Tuesday, April 7, 2009

Keputusan Di Batang Air, Bukit Selambau dan Bukit Gantang

pilihanraya kini     8:21 PM    

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit. Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008. Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.


8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau.

8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. PKR juga mendahului di Bukit Selambau.

8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi. Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.


8.04pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi. Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

7.56pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.
BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.

7.42pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,577 undi. PAS 14,720 undi, BN 12,143 dan bebas 32 undi.

7.36pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi. Parti itu tewas di tangan BN di dua daerah mengundi, Bukit Lembu dan Kuala Sin masing-masing 33 dan 210 undi.

7.32pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,380 undi. PAS 13,571 undi, BN 11,191 dan bebas 31 undi.

7.26pm Sumber rasmi SPR: BN mendahului PAS di Bukit Gantang dengan 799 undi. BN 2,048 undi, PAS 1,249 dan bebas 4 undi.

7.22pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,377 undi. PAS 11,375 undi, BN 8,998 dan bebas 29 undi.

7.21pm PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

7.12pm PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 900 undi.

7.00pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,776 undi.

6.44pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,768 undi.

6.34pm Menurut satu sumber MIC, persaingan "sangat, sangat, sangat sengit" antara calon BN Datuk S Ganesan dengan calon PKR S Manikumar di DUN Bukit Selambau.

6.30pm Penyokong BN dan PAS mula berkumpul depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.Maklumat SPR: Peratus keluar mengundi di Bukit Gantang 75.1 peratus, Bukit Selambau (70.28) dan Batang Ai (71.2).

6.23pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti lebih besar. BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.

5.56pm Para penyokong BN dan PAS dijangka berkumpul sebelah padang bandaran di depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang. Hujan renyai-renyai. Belum kelihatan penyokong parti-parti berkenaan. Mereka kini sedang menikmati minum di restoran berdekatan selepas penat berkempen.

5.14pm Penat lelah merayu undi sepanjang hari ini berakhir jam 5 petang. Kini debaran para penyokong BN, PAS dan PKR bermula sementara menanti proses pengiraan undi di tiga kawasan pilihanraya. Drama ejek-mengejek, membaling botol dan ketegangan sudah tamat, digantu dengan drama sewaktu keputusan diumumkan, paling awal kira-kira 9 malam ini.Proses pengiraan di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dijadual bermula jam 5.30 petang ini. Sementara bagi beberapa pusat pembuangan undi di Batang Ai yang ditutup jam 2 petang, kotak-kotak sudah dibuka untuk pengiraan mulai pukul 3 petang tadi di pusat penjumlahan undi.Di Bukit Gantang, persaingan sengit antara calon BN Ismail Saffian dengan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS). Di Bukit Selambau, dua daripada 15 calon menjadi tumpuan utama - S Manikumar (PKR) dan Datuk S Ganesan (BN), manakala di Batang Ai, majoriti yang bakal diperolehi BN menjadi fokus utama.
Pengiraan kotak undi dari 14 pusat pengundian di Batang Ai. Ia bermula pada jam 3 petang di pusat perjumlahan di kompleks sukan Lubok Antu.Berdasarkan pengiraan undi setakat ini, BN mendahului, dengan memperolehi 331 undi, manakala PKR mendapat 300 undi.

Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:Ulu Engkari - BN 42, PKR 33, Bertik - BN 107, PKR 47Sempang - BN 37, PKR 52Delok - BN 86, PKR 21Mengiling - BN 59, PKR 147

15 comments :

Anonymous said...

alhamdulillah..kemenangan berpihak pada yang berhak..=)congrate to pakatan rakyat...

Anonymous said...

Ya Allah, Kau buka kanlah hati2 mereka yang ditutup rapat oleh mu. Janganlah biarkan fitnah tersebar lagi. Jika Penulis blog ni berada di landasan kebenaran Engkau perkuatkanla dia, tapi jika sebaliknya Engkau buka kanlah pintu hatinya. Jika si Penulis blog masih berpeluang untuk menjadi baik Engkau permudahkanlah tetapi jika sebaliknya Engkau laknatlah serta azabkan lah dia dengan seksaan azab api NERAKA Mu, Sesungguhnya Engkau MAHA MENGETAHUI dan Engaku bukakanlah pintu hati2 kami. Amin.

Berikanlah KEMENANGAN PADA YANG HAK! Takbir

Anonymous said...

perhaps this blogger should just retire and tanam sayur....kau punya style akan divide Malaysia. tidak contructive langsung.

Anonymous said...

this dog author, dividing Malaysia...
ur dog brain should think that u're not the only person in the world..the world has different people with different beliefs, cultures and religions and all should be respected. ur dog brain should be open up...racist dog

Anonymous said...

menaNNG PAKATAN RAKYAT TKDA ERTI BaGi AKU.......apa yg aku tahu cina dan india ingin dptkan apa yg mereka inginkan seperti apa yg bumiputra perolehi.....hak2 istimewa yg mereka mahukan seperti org melayu....apa yg terjadi dbukit gantang penduduk bukit gantang telah dsebar ftnah kononya 2 adun pkr....dbeli oleh bn...dan mennyebabkan mereka rasa simpati pd nizar hakikatnya nya byk penduduk bukit gantang...tidak tahu cerita sebenar ttg nizar.....tkpala mgkin mereka buta hati...tapi bagi aku aku tetap bersama umno hinga ke akhir hayat....PAS TERNYATA LEBIH TERUK DARI UMNO DARI SEGI SOAL AKIDAH MENGHALALKAN YG HARAM.....DAP BACA AYAT AL-QURAN PUN NAK BANGGA....LAIN LAH KLU DAP DAP BETUL2 PERCAYA AKAN ALLAH PELUK LAH ISLAM BARULA BETUL...aku sendiri dengar nizar sendirI menafikan negara islam dan hudud.....tkpalah dunia kau lepas nizar....akhirat pasti ka terima balasan.....jgn ingat nizar menang keranA pertolongan ALLAH...KORANG SEMUA SILAP.....TUNGGU AKU PASTI BALASAN TETAP AKAN DTERIMA BAGI MEREKA2 YG SUKA MEMAINKAN HUKUM ALLAH....ANWAR IBRAHIM LAMA MANA DIA BLEH HIDUP....SETIAP YG HIDUP PASTI AKAN MATI......KES LIWAT...AKAN MENENTUKAN ANWAR KE SUNGAI BULUH.....JGN SANGKA LANGIT SELALU CERAH.....

Anonymous said...

fool blog by fool people.

Anonymous said...

aduyaiii...

Rozez95 said...

jADILAH BLOGGER YANG CERDIK PANDAI.JANGAN BODOH SANGAT.PIKIRLAH

Anonymous said...

hahaha..geli usus aku bace post2 kt blog ni. Blogger ni nmpak sgt desperate..sian2. BA..dulu,kini dan selamanya.

Anonymous said...

aik...cm x update je blog neh..wahai blogger..ke manakah kamu menghilangkan diri???bizi ke??

x-pkr said...

webmaster p/rayakini,

t/kasih krn link kan x-pkr. blog saya masih dlm proses pembesaran, byk lagi nak kena buat. dah selesai nanti saya link kan pulak ke x-pkr.

t/kasih atas sokongan!!

x-pkr
http://x-pkr.com
expikeiar@gmail.com

Anonymous said...

haha..lawak btol komen korang ni..papehal pn tahniah le kat author blog ni dalam menyuarakan pendapat beliau walaupn byk improvement yg perlu dlakukan..congrate to PR sbb dapat tawan 2 bukit and BN atas kejayaan menawan batang I. hahaha...adioss...

Anonymous said...

kah kah kah.
pinjam gelak isham rais.

satu malaysia nak tahu.
siapa bunuh altantuya?

kah kah kah..

Anonymous said...

My partner and I really enjoyed reading this blog post, I was just itching to know do you trade featured posts? I am always trying to find someone to make trades with and merely thought I would ask.

Anonymous said...

Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed browsing your blog posts. In any case I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.