Wednesday, April 22, 2009

Khalid Pijak Bangsa Sendiri

pilihanraya kini     2:12 PM    

Khalid tak sedar ke? Dulu dia jadi kaya dan senang kerana DEB. Bila dah jadi MB Pakatan Rakyat buat buat lupa pulak dah. Khalid..Khalid...macam kacang lupakan kulit. Lexus beli mahal-mahal sampai sejuta...duit RM50 kat budak-budak tadika pun kau tak boleh bagi. Khalid...janganlah pijak bangsa sendiri. Insaflah Lid. Masih belum terlambat..kalau serabut sangat pergi lah jumpa Nik Aziz macam Elizabeth tu.

KUALA LUMPUR 21 April - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mengingatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menjadi hero dengan cara 'memijak' bangsanya sendiri.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, sebagai ketua kerajaan negeri, sememangnya Abdul Khalid perlu mentadbir dengan bijaksana, adil dan saksama tetapi janganlah sampai menyentuh kepentingan orang Melayu.

Katanya, menjadi satu tragedi kepada orang Melayu apabila salah seorang anak bangsanya yang pernah memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sewaktu menerajui Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjadi lupa diri apabila menceburi bidang politik.

"Dia bukan sebarang Melayu, dia pernah pimpin PNB dan pernah menguasai saham agensi itu. Dia bertuah kerana diangkat menjadi Menteri Besar, nasihat saya jagalah tuah itu baik-baik dan janganlah sesekali melupakan bangsa.

"Tadbir negeri dengan bijaksana, adil dan saksama tetapi jangan sentuh kepentingan orang Melayu, bangsa sendiri, belum sampai waktu untuk tergopoh-gapah, jangan jadi hero dengan cara mengorbankan kepentingan Melayu," katanya dengan penuh emosi sewaktu dihubungi di Mekah hari ini.

Semalam, sewaktu berucap pada majlis penyerahan bantuan kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Shah Alam. Abdul Khalid menegaskan penggantungan rakyat termasuk bumiputera terhadap DEB tidak perlu kerana Selangor mempunyai sumber yang banyak untuk diagihkan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa.

"Di Selangor kita mempunyai sumber yang cukup untuk semua, tidak perlu bergaduh," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Moehamad Izat melahirkan kesedihan dengan situasi semasa dalam negara selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu kerana terlalu banyak isu yang merobek hati sanubari orang Melayu telah dicanang.

Lebih malang lagi katanya, isu-isu berkenaan turut dicanang oleh orang Melayu sendiri sedangkan selama 51 tahun sebelum ini, dunia mengenali Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang ditadbir dengan aman damai.

Katanya, orang Melayu tidak pernah berdengki dengan kejayaan kaum lain dalam negara ini namun sebarang usaha untuk meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu tidak boleh sesekali disekat.

"Kita hanya perlu mengatur langkah bagi mencapai kedudukan yang masih belum selesai iaitu 30 peratus pegangan ekonomi namun selaku Presiden Perdasama, kita sudah tidak mahu berbicara tentang peratusan lagi.

"Kita mahu berjuang habis-habisan supaya orang Melayu boleh menguasai sebanyak mungkin ekonomi di tanah tumpah nenek moyang sendiri," tegasnya.


13 comments :

nalapambu said...

Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

taktik kotor lord anwar n khalid..sebut pasal DEB, UMNO akan marah..bila UMNO marah maka cina n india pikir ia rasis..bila jd gitu, cina n india undi parti mereka..

matlamat halalkan cara.

guna melayu untuk mampuskan melayu.

x-pkr said...

si Khalid nie dia peduli apa pada bangsa...

si Khalid nie masa lecturer UKM, dia pandai bodek jer, PhD pun tak siap, lps tu pi PNB.

masa di PNB, melayu jer ingat kat dia, dia tak penah ingat kat melayu pun. masa dia keje kat PNB institusi Melayu, tapi brp byk saham proksi dia lps kat tokey I-corporation [cina]. masa kat guthrie pun mcm tu gak, byk job-job besar pegi kat I-Corp.

pasal tu aku tak terkejut dia ckp mcm tu....dia mmg tak penah ingat melayu..

lagipun, personally, si Khalid nie kedekut betul.w/pun kaya, semua nak yg free ajer dia nie...

oh ya, satu lagi pasal dia marah sangat kat melayu nie dia kata, melayulah yg jahanamkan dia masa dia kena halau dari guthrie dulu, mintak syer sikit pun melayu tak bagi. tokey i-corp si cina tu yg byk bantu dia lps terbuang dari guthrie, w/pun sebenarnya dia dah cukup kaya utk tak terima bantuan tokey cina nie....

tapi mcm aku ckp tadi....kedekut punyer pasal, duit sendiri tak nak keluar, harap duit org jer.....

x-pkr
http://x-pkr.com

Anonymous said...

woi nalapambu, nama pun dah mcm merapu, patut lah tak paham keadaan semasa, cian dia, merapu je tahu

ceparpuk said...

salam semua...

xperlu mengangkat bangsa lain, bantulah bangsa sendiri..

Anonymous said...

[url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#wccws]cialis online[/url] - buy cialis online , http://buycialispremiumpharmacy.com/#baqmq buy cialis

Anonymous said...

[url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#jwhty]buy viagra[/url] - viagra online , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#pbcnb buy viagra

Anonymous said...

[url=http://viagraboutiqueone.com/#ktctk]viagra 100 mg[/url] - buy viagra , http://viagraboutiqueone.com/#bieud buy generic viagra

Anonymous said...

Hi, buy generic soma online no prescription - generic soma no prescription http://www.dollarforaction.com/, [url=http://www.dollarforaction.com/]soma price [/url]

Anonymous said...

Li, Generic Provigil - buy generic provigil http://www.provigilbenefitsonline.net/, [url=http://www.provigilbenefitsonline.net/]Cheap Modafinil[/url]

Anonymous said...

4, Terbinafine Generic - generic lamisil no prescription http://www.lamisilfast24.net/, [url=http://www.lamisilfast24.net/] Terbinafine Generic[/url]

Anonymous said...

5, [url=http://www.nexiumpricewatch.net/] Nexium Price [/url] - Nexium For Sale - generic nexium http://www.nexiumpricewatch.net/ .

Anonymous said...

12, [url=http://www.nemedicalmassage.com/] Sibutramine Diet Pill [/url] - Generic Reductil - sibutramine online http://www.nemedicalmassage.com/ .

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.