Monday, April 27, 2009

Nik Abduh Dedah Kejahatan Kumpulan Tingkat 4 Nik Aziz

pilihanraya kini     8:11 PM    


Siapa ya geng Tingkat 4 yang selalu menasihati Nik Aziz???? Tak mustahil orang itu diketuai oleh Husam Musa dan anak menantu Nik Aziz sendiri iaitu Arif. Sejak Nik Abduh berada dalam tahanan ISA, mereka inilah yang menjadi Tingkat 4 kepada Nik Aziz. Rosak habis pemikiran Nik Aziz.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia menerima kerajaan perpaduan dengan syarat BN bersedia memberi jawatan-jawatan penting untuk diterajui parti itu, seperti menteri kewangan dan menteri pendidikan.

“Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.

"Berikan kementerian kewangan dan kementerian pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM (perdana menteri) mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama,” menteri besar Kelantan dipetik berkata dalam blog anaknya Nik Abduh.

Dalam blognya itu, Nik Abduh yang juga timbalan ketua pemuda PAS negeri juga menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi)," tulis Nik Abduh.

nik mohd abduh nik azizBagaimanapun, tulisnya, selepas diadakan "pertemuan kurang sepuluh mata" bersama presiden PAS, Nik Aziz tidak lagi menyerang isu tersebut.

"Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya (Nik Aziz)," tulis Nik Abduh.

Menurutnya lagi, 'modus operandi yang sama pernah digunakan oleh pembantu bapanya itu berhubung isu muzakarah atau muqabalah dengan Umno sebelum ini.

"(Bagaimanapun), selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 (kediaman rasmi menteri besar Kelantan) beberapa bulan lalu, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.

"Saya diberitahu dari sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH," tulisnya.

Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu bapanya sebagai "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga".

5 comments :

anti UMNO dan PKR said...

oii otak lu BENGONG SENTOT nk tulis blog jugak..wakakaka bukan nik abduh la kena ISA, nik adli..

aku sokong artikel nik abduh, mantap beb nk halang geng haram anwar ibrahim dalam PAS

Anonymous said...

Anti UMNO, kalau nak halang Geng Haram Anwar dalam PAS kita sama sama bunuh politik Husam Musa, Annuar Tan, Hanipa Pasir Mas, Hatta Ramli, Saiffuddin, Kamaruddin Jaafar. Mereka ni hipokrit dan akan jadi Penghancur Perjuangan Tok Guru kita. Takbir

Pasal tulisan pemilik pilihanrayakini kita abaikan...kita kena bunuh pepijat atal tilam dan dalam kelambu kita dulu.

Anonymous said...

Saya amat terkejut dan terkilan bilamana mendengar pimpinan PKR menggelar Aminah Abdullah sebagai MInah ronggeng…! selaku ahli PKR, sedikit sebanyak telah mencalarkan kepercayaan saya dan sokongan saya pada PKR. Mengapa perlu ada politik mengata-ngata dan maki hamun. saya nampak, pemakian, pengataan orang telah di’halalkan’ oleh PKR. satu cara politik yang tidak matang.. meminjam kata2 Karpal Singh ‘Azmin Ali harus bertaubat!”. dengan hanya kata2 tersebut, undi saya kali ini akan beralih kepada bukan PKR…

Datang beramai2 malam ini 29hb May 2009 di Simpang Tiga Kubang Ulu untuk mendengar siri ceramah Kak Min dengan beberapa speaker bekas pimpinan tertinggi PKN dan PKR. Beberapa pendedahan akan dibuat malam ini berkenaan halatuju sebenar PKR yang telah menyimpang.. Hebahkan… datang..

mat isa said...

saya hadiri pecah tanah bazar tok guru pada 1hb jun 2009 di jalan ibrahim ...wau hebat nya org2 besar cakap2 yg bazar ni di bangunkan untuk membantu peniagga2 kecil...sedih sekali cakap2 mereka ni indah khabar dari rupa..peniagga2 kecil di hantar tingat 1 dan 2 manakala tingkat bawah untuk org kaya berniagga..wauuu hebat kerajaan pas nii..harga satu kedai RM90,000 satu..10x10 .dulu cakap lain hari ini cakap lain. Dulu cakap nak bagi tingkat bawah, nak tolong ,hasrat tok guru sebelum pejam mata..harga nurah kerana PMBK tak nok untung ..nak tolong rakyat.apa ni...sedar laaa

Anonymous said...

baik berhati hati kerna pemimpin pas sedang bertengkar nanti orang PAS muallaf akan jadi MB kelantan.Bila dia jadi MB baru semua ternganga>Hati hati dijalan raya ya.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.