Thursday, April 2, 2009

PAS, Parti Ajaran Sesat

pilihanraya kini     6:59 PM    

Nizar boleh hadir majlis sambutan Krismas untuk raikan DAP yang beragama Kristian. Menari atas jalan pun PAS sokong. Tak menjadi maksiat dan khurafat sesuatu program kalau PAS yang anjurkan. Konsert mereka lawan habis habisan...kalau mereka anjur sambutan hari Krismas boleh pula. Begitulah PAS for All bukan lagi Membangun Bersama Islam dan Bersama Kepimpinan Ulama. PAS sudah jadi Parti Ajaran Sesat.

10 comments :

GOMO said...

YE PAS FOR ALL
EMM ALAMAT PAS AKAN BERKUBUR LAH...
NEGARA ISLAM BUKAN LAGI MATLAMAT MEREKA....
MATLAMAT MEREKA PUAK EDROGAS PAS INI HANYA INGIN BERKUASA SEMATA-MATA.

Jadi, kita ada masaalah besar sekarang. Di mana hendak kita letakkan sokongan politik kita. Di mana pengundi nak pangkah sekarang.

Sekiranya betul, "PAS, Parti Ajaran Sesat" sebagaimana yang dinyatakan di sini dan UMNO pula sudah lama mengamalkan perbuatan yang menyebabkan PAS dilabel sebagai sesat, Melayu kini memang sudah tidak ada pemimpin yang boleh diikuti.

Cubalah kita sama-sama mencari penyelesaiannya. Tidak wajar kita biarkan keadaan kita sebegini. Bagaimana kita akan dapat mencapai kemajuan sekiranya kita bergerak tanpa sesiapa di antara kita yang layak memimpin?

Masing-masing kita bergerak dan bertindak sendiri. Tiada kepimpinan berwibawa yang dapat menyatukan kita untuk bergerak dalam satu kumpulan?

Adakah perlu kepada rombakan kepada sistem politik dan kerajaan yang diamalkan sekarang?

Persoalan seterusnya, mungkin sekiranya kita dapat mengenalpasti punca terjadinya ketandusan kepimpinan yang kita hadapi kini, tindakan wajar boleh kita laksanakan agar keadaan kita tidak berterusan begini.

MENGIKUT satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951). Fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

Semenjak ditubuhkan PAS sudah mempunyai 8 orang Presiden yang mendasari perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Jikalau berdasarkan 4 tujuan yang tersebut tanpa ada sebarang pindaan sejak 1951 hingga sekarang maka bekas MB Perak tidak berbohong ketika berbahas di dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika masih bergelar Menteri Besar, amat menarik kerana secara jelas Nizar mencabar supaya dibuktikan PAS hendak menubuhkan sebuah negara Islam. Berdasarkan rakaman tersebut, isu berkenaan dibangkitkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli yang menyatakan PAS kini sudah lari daripada matlamat asal mereka untuk menubuhkan Negara Islam.


Nizar yang mendengar kenyataan Tajol itu, bangun meminta penjelasan. “Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar. (agendadaily.com)

Nizar tidak berbohong. Pembohong paling besar adalah partinya sendiri yang memainkan isu-isu penubuhan sebuah negara Islam sebagai gimik menghadapai setiap kali pilihanraya. PAS hanya BERHASRAT untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Hasrat dan niat tidak salah tetapi janganlah ianya dijadikan polimik berpanjangan bagi menagih sokongan daripada pengikutnya yang taksub.

Apabila slogan 'Membangun Bersama Islam' yang menjadi moto pilihanraya 2004 bertukar kepada 'Negara Kebajikan' dalam pilihanraya 2008 ianya bukan sesuatu yang memeranjatkan. Anwar Ibrahim sendiri telah membuat kenyataan,“Isu negara Islam bukan lagi satu isu bagi PAS. Mereka tidak bercakap mengenainya atau membangkitkan isu ini sejak tiga tahun yang lalu. Saya tidak fikir ianya relevan untuk dibangkitkan sekarang," (Malaysiakini.com)

Kalau PAS boleh berbohong dengan penubuhan negara Islam tidak mustahil juga PAS berbohong mengenai perlaksanaan hukum Hudud. Bagi penyokong PAS yang boleh berikir terutama pengundi-pengundi di Bukit Gantang supaya jangan lah sampai ditipu sepanjang hayat. Bagi mereka yang suka berdemontrasi atau yang baring di atas jalanraya......udah-udahlah tu. Janganlah menjadi alat dan 'kambing hitam' kerana perjuangan kamu betul tetapi perjuangan kamu itu tidak ada pun tertulis di atas mana-mana dokumen sebagai bukti kejujuran pemimpin-pemimpin kamu. Sedarlah pemimpin -pemimpin kamu samalah dengan pemimpin-pemimpin politik yang lain. Sama busuk kentutnya iaitu perebutan untuk mendapatkan KUASA.

MAJLIS MAULIDUR RASUL PERDANA(ESOK) BERSAMA DYMM YDPB NEGERI SEMBILAN, YTM UNDANG LUAK REMBAU DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN



Tuan/Puan :

Majlis Maulid Rasul s.a.w ini akan dimulai dengan :

FORUM PERDANA
(2.30 petang - 5.00 petang) yang terdiri daripada panel berikut :

i. Dato’ Habib Omar bin Abdul Qadir Aidarus dari Terengganu
ii. Dr.Yusri bin Mohamad, Presiden ABIM Malaysia.
iii. Tuan Haji Solahudin bin Azrai, STIAS.

Majlis forum ini adalah kerjasama dengan pihak KEMAs Daerah Rembau.







TUAN / PUAN SEKELIAN :

Alhamdulillah, Sambutan Majlis Maulidur Rasul s.a.w Perdana akan diraikan bersama-sama beberapa pembesar negeri sepertimana keterangan di atas.

Tarikh : 04 April 2009 ( Sabtu )

Masa : Bermula 6.00 petang

Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

Tentatif Program :

05.30 pm - Ketibaan Orang ramai / Jemputan

06.00 pm - Bacaan Maulid Daibaie

07.00 pm - Ketibaan Tetamu dan VVIP Jemputan

07.25 pm - Solat Maghrib

- Bacaan Marhaban / Madih / Pujian

- Ceramah Maulid Perdana olen Penceranah Jemputan

- Majlis Perlancaran Kitab

- Penyampaian Cenderahati

- Solat Isyak

- Jamuan / Bersurai

MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
http://pondokhabib.wordpress.com

Anonymous said...

teruja aku dengan komen dalam ni tahniah ade kesedaran


melayu boleh

Anonymous said...

bodo sungguh pembuat blog neh penuh dengan rekaan cerita dan buruk sangka...

Anonymous said...

Gambar kabur, tulisan pun tak boleh baca, sumberpun tak jelas, dancing ke disco?dulu haram sekarang halal...apa dia hang cakap...nak rai tahun baru orang lain tak boleh???aku tak tahulah mana hang mengaji...Anyway kalau BN/UMNO tak pa la kot?? Islam tu satu saja.

Ni lah namanya hangpa bercakap berbau politik! PAS hantar memorandum bantahan I DANCE, hang buat tak nampak. Buat2 pekak! Kembali kepada ajaran Islam Bubar umno masuk pas ramai2 agar kita bernaung di bawah satu parti yang akan memimpin Malaysia. Bersatulah!

Pirahhh masuk PAS..Parti Sesat..
Bila tengok UMNO lalai barulah hangpa kalut jd 'pak lebai' tunjuk Islamik..

Tapi bila UMNO berusaha nak kembali pada Islam..menuju perubahan hangpa jaid celaka bersekongkol dengan puak Kuffar..menghalalkan jualan arak berganda-ganda..menghalalkan penzinaan melalui kelab2 malam dengan import ayam2 China haram jadah tu..hangpa jadi syaitan bisu lagi pekak..kemudia amik jalan mudah hangpa cuci tangan dengan ayat celaka ni " ni semua UMNO yang tinggalkan..kami mana tau.."

Wahai puak2 kaki jilat PAS..dengan manusia hangpa boleh lah berlakon berlagak menipu 'Islam'..tapi dengan Allah Dia Maha Mengetahui munafiq nya perjuangan PAS Al-Laknatullah ini..
Dengan sikap mursyidul hangpa yang sesat..yang samakan Allah seperti makhluk fana ini..maka seluruh bahtera PAS menjadi sesat lagi menyesatkan..bencikan UMNO lebih dr puak kuffar..
Nah sekarang Allah SWT akan landakan keburukan kepada Tok Guru munafiq kesayangan hangpa dengan keburukan..dia hentam orang lain rasuah..menantu orang kroni nah sekarang menantu dia sndiri korup..samseng lagi perosak rakyat..

Allah SWT tu Maha Mengetahui..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.