Monday, April 6, 2009

Undi PAS Tak Boleh Masuk Syurga

pilihanraya kini     6:24 PM    

Gambar gambar ini diambil di Changkat Ibol, tempat kubu kuat PAS di Bukit Gantang. Entah la mereka ni dah ekstrem dengan PAS. Sanggup tulis begitu..apa nak jadi dengan PAS nih. Sampai begitu sekali jadinya mereka ini.
PAS BUKAN AGAMA
PAS ADALAH PARTI
DILULUSKAN OLEH PENJAJAH PADA TAHUN 1951
SELEPAS AHMAD FUAD KALAH LAWAN TUNKU ABDUL RAHMAN
SEBAGAI PRESIDEN PAS
PAS DITUBUHKAN KERANA KECEWA DAN PEREBUTAN KUASA

PAS TIADA DALAM RUKUN ISLAM
PAS TIADA DALAM RUKUN IMAN
PAS HANYALAH PARTI YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH
UNTUK PECAHKAN ORANG MELAYU DARIPADA BERSATU DALAM UMNO

PENJAJAH TAHU KALAU ADA DUA PARTI
SATU BERASASKAN BANGSA
SATU BERASASKAN AGAMA
ORANG MELAYU AKAN BERPECAH KEPADA DUA
SENANGLAH PENJAJAH MASUK JARUM

PAS ADALAH PARTI BUKAN AGAMA
PANGKAH PAS TIDAK BOLEH MASUK SYURGA
PANGKAH PAS TIDAK DAPAT PAHALA
TIDAK PANGKAH PAS PUN TIDAK MASUK NERAKA
TIDAK PANGKAH PAS PUN TIDAK DAPAT DOSA

KERANA PAS HANYALAH PARTI CIPTAAN MANUSIA BUKAN RABBI
PAS HANYA SEMENTARA..LIHATLAH PADA SLOGANNYA..
PAS ADALAH PARTI BUKAN AKIDAH
PAS BUKAN PRINSIP AGAMA
PAS HANYA GUNAKAN NAMA ISLAM SAHAJA

TIADA TERSEBUT DALAM 6666 AYAT AL QURAN
PANGKAH PAS MASUK SYURGA
TIADA HADIS NABI YANG SEBUT PANGKAH PAS
ADALAH WAJIB...

TIADA SEBARANG AYAT AL QURAN DAN HADIS YANG KATA
WAJIB UNDI PAS BUAT ORANG ISLAM

KALAU ADA YANG KATA BEGITU
TERNYATALAH PAS ADALAH PARTI AJARAN SESAT (PAS)



10 comments :

Salam tuan,
Sedih kerana umat Islam di negara luar malaysia tak dapat pahala undi PAS. Pas perlu tubuhkan cawangannya di merata dunia termasuk Amerika, Israel, Cina, Korea Utara, Albania, Turki dan sebagainya. Muhahahahahahahahahaha.
kalau Nik Ajis pun setuju pasal Nga baca Quran dengan tajwid berterabur dan dengan niat untuk meraih undi, hentikanlah yop.... Buat malu jer

Anonymous said...

6666? check balik ya... salah kira rasanya.. karut betul.. percaya bomoh mana ni?

Anonymous said...

betul ke ni? mcm2 pulak sejarah pas ni aku bace

melayu boleh

Anonymous said...

Saudara, saya rasa PAS hanya terdesak dan tertekan dalam meraih undi simpati terhadap orang ramai. Itulah sebabnya sampaikan poster "UNDI PAS ADALAH WAJIB". Tuan-tuan semua tahu kah apa yang dikatakan wajib dalam Islam. Adakah dalam Al-Quran menyatakan wajib bagi setiap umat Islam menyokong PAS. Tentunya tidak. Itulah dikata umat akhir zaman. Sebilangan umat manusia yang mempunyai ilmu yang tidak seberapa menggunakan serta menyalah ertikan maksud-maksud Al-Quran. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekiranya seseorang yang bukan beragama islam melafazkan ayat-ayat yang terdapat dalam Al-Quran maka itu merupakan penghinaan terhadap Islam dan bukannya mereka hendak mengetahui Islam. Kita kena memahami perkataan sebenar penghinaan dan orang yang ingin mengetahui Islam. Parti PAS yang sebelum ini berjuang atas landasan menegakkan Islam telah tenggelam dengan hujah-hujah yang dibawa oleh Dajjal zaman Millenium ini iaitu Anuar Ibrahim. Sejak Pas menyertai Pakatan Rakyat, Pas tidak berani untuk memperjuangkan agama Islam ini kerana Pas takut akan menyebabkan keretakan dalam Pakatan Rakyat. Seperti semua pihak tahu yang mana DAP sama sekali tidak menerima Negara Islam. Mana mungkin Pas boleh menjadi baik bersama DAP. Ini semua adalah boneka semata-mata untuk menjatuhkan Parti yang telah berjuang untuk umat Islam dan bangsa melayu selama lebih 50 tahun di Malaysia iaitu Barisan Nasional. Kenapalah PAS hilang arah sehinggakan sanggup mengadai agama untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Hadi Awang seorang yang dianggap sememangnya hebat didalam mentafsir Al-Quran dan mengetahui maksud didalam ayat-ayat Al-Quran tetapi malang sekali orang begini apabila berada dalam keadaan terdesak sanggup menjual agama sendiri. Inilah dikata manusia akhir zaman. Ibarat buih ditepi pantai, memamng banyak tetapi langsung tidak mendatangkan makna. Cubalah tuan-tuan dan puan-puan sekelian fikirkan, apakah sepanjang pemerintahan Barisan Nasional lebih dari 50 tahun menggadaikan agama, bangsa dan negara kita. Jadi kenapa kita masih tidak percayakan BN. Ini kerana setiap parti mempunyai ideologi dan fahaman masing-masing, mana mungkin parti ini dapat memuaskan hati semua pihak. Bagi saya, fikirlah...fikirlah sebaik mungkin sebelum Nasi menjadi Bubur. Kerana saya adalah rakyat Pulau Pinang. Sejak Pilihanraya ke-12, DAP berjaya menawan Pulau Pinang, sejak itulah bangsa melayu dianak tirikan. Rakyat semakin susah dibawah pemerintahan DAP kerana DAP kini digelar kerajaan tidak berduit. Mana mungkin sesebuah kerajaan dapat mentadbir negara sekiranya kerajaan itu tidak berduit. Pelabur asing usah cakaplah, Ketua Menteri Pulau Pinang ini dalam tempoh setahun kepimpinan beliau hanya 1 pelabur asing je berjaya dibawa masuk ke Pulau Pinang, itu pun bukan main heboh lagi. Sedarlah warga PAS, bersatu lah dengan Parti Barisan Nasional, isnyallah semua akan kembali baik.
Fikir-Fikirkanlah. Wassalam.

Anonymous said...

Perlembagaan PAS menyatakan, PAS akan melaksanakan al quran dan Hadith dalam pemerintahan negara. Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam menyokong PAS. Siapa saja yang menyatakan hasrat untuk melaksanakan ajaran, hukum hakam Islam yang berlandaskan AlQuran dan AsSunnah, wajib kita sokong. Hanya golongan anti Islam saja yang menolak dan mempertikai kannya.

Anonymous said...

Lau saudara kata Perlembagaan Pas menyatakan yang Pas akan melaksanaakan negara Islam sekiranya meraka memimpin negara. Kenapa di Kedah telah pun 1 tahun dibawah pemerintahan Pas masih ada Rumah Urut, masih ada rumah pelacuran, masih ada kedai ekor, masih ada kedai menjual arak.
Adakah semua tu untuk orang-orang Pas yang buta hati macam saudara mengunjungi tempat tersebut.FIKIR-FIKIRKAN LAH. Pas pasti tidak dapat melaksanakan negara Islam selagi Pas bersatu dalam Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

kenapa tak sokong PAS, bagi PAS perentah negara,bukan setakat negeri. Kita tengok dia buat tak???????. Ni kita dok sebok pebetui amenobn, lepas tu dok kutuk PAS, tak yah cakap la, ngaku Islam, cakap dok bohong. Mai tunjuk kat kami, mana rumah urut kat kedah ni, manadia pusat judi yang mu kata tu, kami nak tengok!!. Kalau ada pun yang bawah kontrol amenobn. PAS tak dak kuasa, nak bubar lesen depa tu. Takkan mu tak tau, eh benaq otak mu ni.

Anonymous said...

Macam mana PAS nak haramkan rumah hurut, pelacuran dan arak kat Kedah, kan orang-orang macam saudara minat sangat dengan benda-benda macam itu, kat Perak nak kempen kena ada tarian bogel, macam sakai. Tak dak benda-benda haram macam itu habih lari penyokong BN kat Kedah ni ke Perlis, dekat sangat dengan Danok. Nanti tak muat pula kat Perlis, nak ke Perak ada perompak. Sosah kan??

Anonymous said...

bila dah tercucuk lubang idung sendiri baru terkeluar air mata... parti hamPAS memang pakar putar belit.. keluar fatwa ikut suka hati je....

Anonymous said...

apa nih ? xyah la nak kutuk2 PAS nih.. BN tu bagus sgt ke.. x kan korang2 xleh nak pikir mana yg provoke mana yg betul.. ada otak pakai la.. tu hanya permulaan.. 1st undi PAS, then PAS boleh buat perubahan pada sistem kerajaan & pentadbiran.. then move kpd perubahan peribadi, dari kurang elok kpd lebih baik.. cuba tgok pemimpin BN.. isteri sendiri pun xleh kawal.. aurat tu kira apa ? remeh temeh yek.. pikir la tuan2.. dunia ni luas, jgn jd bodoh.. kalau kita undi kpd kehancuran(akhlaq), musnah la masa dpn kita(dunia & akhirat).. pemimpin BN hanya tau majukan dunia shj.. buat masjid pun sbb nak menunjuk2 and nak bg projek kat kroni.. any comment ? malas aa nak ckp byk, korang nak ikut boleh jer.. aku dah nasihatkan nih.. dosa masing2 tanggung.. kubur pun lain2.. sbg kawan se agama aku dah bgtau.. sekian, wassalam.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.