Saturday, April 18, 2009

Wan Azizah Bakal Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

pilihanraya kini     6:25 PM    




Wan Azizah bakal jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang????

DUA hari selepas mengumumkan perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin iaitu pada 19 Mac dikatakan turut menyerahkan surat tidak lagi menjadi Adun N 12 Penanti.

Namun rupa-rupanya Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menyimpan surat itu dan hanya mendedahkannya pada 14 April, menyebabkan Ketua Menteri Lim Guan Eng terkilan kerana tidak diberitahu lebih awal isu ini.

Tunggulah Guan Eng, ada banyak lagi tindak-tanduk Anwar yang pasti akan mengklentong kamu kelak. Jika sudah puas mencapai matlamatnya, Anwar mungkin juga mengatur strategi lebih licik bagi menghumban DAP sebagaimana orang yang pernah menjadi konconya seperti Ezam Mohd Nor dan Ghani Haroon – dipinggirkan walaupun mereka ini sanggup masuk penjara kerana DSAI.

Lebih menarik lagi, akhbar kerdil Buletin Rakyat di muka depan berkata Anwar akan mengumumkan satu kejutan April ini.

Pembaca tentunya akan membuat pelbagai ramalan lantas menghidupkan perbincangan berkisar pada Anwar dan PKR.

Satu kemungkinan ialah calon bakal bertanding di Penanti adalah Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang sudah tentu mengisi kekosongan jawatan TKM1 Pulau Pinang.

Walaupun sudah ada nama-nama diuar-uarkan sebagai TKM1 yang baru, namun kedua-duanya ditolak dan dipenyapkan Anwar.

Itupun, laporan berkata pengundi Penanti akan pasti memangkah siapa saja calon PKR biarpun ia kucing atau pokok pisang lawan calon BN.

Kita kena tunggulah drama di Penanti ini dengan 15,421 pengundi membuat keputusan mereka mungkin pada Mei atau paling lewat Jun.

Sebenarnya kemelut dan skandal rasuah sekitar Fairus, PKR Pulau Pinang dan perebutan kuasa dalaman dicanai oleh Anwar sendiri sudah lama berbunga hingga akhirnya melimpah ke dada akhbar beberapa bulan lalu.

Menurut laporan sesetengah blog sejak 11 bulan lalu tercetus perebutan berkaitan kontrak untuk mencetak Majalah Rakyat, diikuti dengan penggunaan kad minyak milik kerajaan untuk kenderaan peribadi.

Babak selanjutnya melibatkan pelantikan abang Fairus sebagai Penasihat Khas TKM 1, lantas terdedah pula kes rasuah membabitkan kuari dan pembelian kereta BMW dan Mercedes Benz.

Percakaran dalaman PKR Pulau Pinang berterusan dengan terbentuknya dua kumpulan mewakili dengan Kem Selatan dan Kem Pulau. Kedua-duanya Abdul Malik Abul Kassim (Batu Maung) atau Makahtar Shapee (Sungai Bakap) walaupun dijangka terpilih sebagai TKM1, ditolak oleh Anwar.

Berdasarkan inilah besar kemungkinan jika Wan Azizah dipilih bertanding di Penanti, maka jelaslah Anwar berangan-angan membina satu dinasti dengan isterinya menjadi TKM 1 Pulau Pinang pula.

Itupun jika aktivis Umno-BN khususnya Abdul Jalil Majid yang tewas di Penanti pada pilih raya umum ke-12 terus berpeluk tubuh (jika beliau terus tidak dipilih lagi kali ini seperti di Permatang Pauh pada Ogos , 2008), maka akan tercapailah impian DSAI itu.

Bagaimanapun, Fairus mengugut akan membongkar lebih banyak lagi skandal dalaman PKR dan juga pakatan pembangkang. Mungkin semua itu lebih memeranjatkan.

sumber - malaysiaaktif

8 comments :

Anonymous said...

Saudara pembaca sekalian, sikranya Wan Azizah dilantik untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang seperti yang dijangkakan makan akan tercapailah hasrat si Dajjal Millenium ini untuk memperluaskan lagi empayar beliau. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan daripada calon-calon dari Parti Pakatan Rakyat semuanya gilakan kuasa, mana tidaknya cuba kita lihat akan Lim Guan Eng yang menyandang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ahli Perlimen. Paling sedikit pun gaji + elaun beliau sebulan mencecah RM 25,000 dan sepekara lagi ayah beliau yang juga ahli poltik. Ini menunjukkan mereka ini gilakan kuasa dan ingin memberikan peluan kepada ahli keluarga mereka terlibat dalam politik. Kini rentak ini akan diikuti oleh si Dajjal Anuar ini, manakan tidak dengan memperalatkan dan memperbodohkan pengundi-pengundi sekitar Permatang Pauh dengan mengarahkan isteri beliau Wan azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semata-mata untuk merealisasikan impian beliau. Sekiranya beliau dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat, kenapa beliau tidak berani untuk bertanding di kawasan Parliman lain. Ternyata si Dajjal ini seorang yang penakut dan hanya berani menyorok dibawah ketiak penyokong-penyokong fanatik beliau. Adakah pengundi-pengundi di Penanti akan sedar atau terus ditipu sekiranya berlaku pilihanraya kecil kawasan Adun Penanti. Sebenarnya si Dajjal ini sanggup menjatuhkan ahli-ahli dalam perti beliau seperti saudara Fairus Khairudin ini semata-mata untuk membuka empayar beliau sekaligus mahukan semua ahli keluarga beliau berada dalam politik. Minggu depan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan status sebenar kawasan Adun Penanti. Tidakkah rakyat nampak siapa sebenarnya yang paling banyak menghabiskan wang rakyat dikala krisis ekonomi duani kini. Sekiranya kita melihat kebelakang sejak pilihanraya Mac 2008, 5 pilihanraya kecil telah diadakan dan kos yang telah dibelanjakan oleh SPR mencecah
RM2.5 juta. Tidak salah sekiranya pilihanraya kecil ini diadakan sekiranya penyandang tersebut meninggal dunia tetapi ini segaja diadakan oleh Pakatan Rakyat semata-mata untuk kepentingan politik keluarga mereka. Sedarlah wahai pengundi-pengundi di kawasan penanti, jangalan anda tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh si Dajjal ini. Anaknya pun telah diserap masuk ke politik, apakan beliau benar-benar mahu membantu rakyat atau mempunyai agenda tersendiri.
Renungkanlah sebelum terlambat.

Anonymous said...

respek betuila dengan pm bijan hangpa..belum spr istihar ada pilihanray dah tak nak bertanding..aku ingat pak lah saja yg lemah dalam umno..ni bijan pastu tok det pun lemah juga..aisey pi beli kopi radix satu bagi kuat sikit yg tu..heheh

Anonymous said...

Wan Azizah tak boleh bertanding lah........kena tunggu 5 tahun sejak letak jawatan MP Permatang Pauh.

kot kot Anwar sendiri jadi Adun Penanti ?

mana tau kan.

Tok Pawi said...

Anwar calon Penanti? Nak jadi KM Penang ke? DAP setuju ke?

x-pkr said...

aku dengaq cina penanti nak swing ke BN if PKR letak calon cerdik pandai mcm Mansor Othman (tak brp cerdik pun), nurul izzah atau yusmadi (ni pun npk cerdik tapi bodo bertingkat2).

cina mau calon mcm fairus yg tak reti apa2 n tau nak masuk poket sendiri jer...baru depa undi PKR!!

AnWAR dok penin cari calon tu...

x-pkr
http://x-pkr.com

Jika diteliti peranan Melayu di Pulau Pinang kini yakni semenjak PR mengambil alih kerajaan dari BN dengan kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional adalah amat jelas perbezaannya. Lihat bagaimana Cina DAP telah menguasai hampir keseluruhan EXCO Negeri. PR Melayu hanya diberi peranan memegang portfolio 'Second Class' yang tidak penting manakala portfolio penting seperti kewangan, tanah, pembangunan dan kerjaraya dikuasai oleh orang Cina. Berbanding kerajaan terdahulu walaupun Ketua Menteri dipimpin oleh Gerakan namun EXCO Melayu UMNO masih diberi peluang memegang portfolio kewangan dan portflio penting lain.

Alasan yang diberikan Anwar bagi menjelaskan penguasaan DAP adalah amat mudah. Kononnya dengan perubahan senario politik ini yakni memberi lebih kuasa kepada orang Cina dapat menghapuskan kronisme dan penyelewengan yang menurut Anwar sering dilakukan oleh pemimpin UMNO dulu walhal tidak pernah sekalipun tuduhan tersebut disertakan dengan bukti yang sahih. Lebih menyedihkan lagi kini, sejak DAP berkuasa, sudah banyak tanah yang sebelum ini digazetkan sebagai tanah pertanian ditukar kepada industri yang jelas menguntungkan tokey-tokey besar Cina.

narapidana said...

Saya amat terkejut dan terkilan bilamana mendengar pimpinan PKR menggelar Aminah Abdullah sebagai MInah ronggeng…! selaku ahli PKR, sedikit sebanyak telah mencalarkan kepercayaan saya dan sokongan saya pada PKR. Mengapa perlu ada politik mengata-ngata dan maki hamun. saya nampak, pemakian, pengataan orang telah di’halalkan’ oleh PKR. satu cara politik yang tidak matang.. meminjam kata2 Karpal Singh ‘Azmin Ali harus bertaubat!”. dengan hanya kata2 tersebut, undi saya kali ini akan beralih kepada bukan PKR…

Datang beramai2 malam ini 29hb May 2009 di Simpang Tiga Kubang Ulu untuk mendengar siri ceramah Kak Min dengan beberapa speaker bekas pimpinan tertinggi PKN dan PKR. Beberapa pendedahan akan dibuat malam ini berkenaan halatuju sebenar PKR yang telah menyimpang.. Hebahkan… datang..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.