Sunday, May 3, 2009

Ayam Jadi Barang Kawalan

pilihanraya kini     5:00 AM    


Panglima sokong sangat dengan tindakan kerajaan ini. Biar orang faham kenapa harga barang di Malaysia ini mahal sangat. PKR yang selama ini dok salah kerajaan sebab harga minyak naik maka barang naik. Sekarang tahulah korang siapa yang angkara naikkan harga ayam nih. Sokong jangan bagi AP AP itu pada orang tertentu sahaja. Liberalisasikan ia, bagi pada orang-orang yang susah di bawah sana tu. Mereka perlukan perhatian. Bukan setakat ayam, gula pun patut jadi barang kawalan.

PUTRAJAYA 2 Mei – Setelah kata dua supaya harga ayam diturunkan tidak dipedulikan, kerajaan hari ini memutuskan untuk menjadikan bahan makanan utama rakyat itu sebagai barang kawalan manakala lesen permit importnya (AP) akan diliberalisasikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah meminta ketua setiausaha kementeriannya menyediakan dua kertas cadangan berhubung perkara itu untuk dibentangkan kepada Kabinet dalam mesyuaratnya 13 Mei ini.

Tegasnya, beliau tidak nampak alasan harga makanan yang tinggi dan cuaca panas menjadi punca kenaikan harga ayam oleh Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (PPPM) tetapi berkongsi pandangan dengan orang ramai bahawa ia disebabkan permintaan babi yang menurun akibat wabak Influenza A (h1n1).

‘‘Oleh kerana orang sekarang beralih makan ayam disebabkan wabak Influenza A (h1n1), maka PPPM menaikkan harga ayam.

‘‘Isu harga ayam ini berkepentingan rakyat. Saya tidak boleh berkompromi, sepatutnya semua pihak membantu kerajaan mengurangkan bebanan rakyat. Saya akan pulang ke tanah air 7 Mei ini dan akan membentangkan dua kertas Kabinet ini pada mesyuarat 13 Mei,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di Mekah hari ini.

Beliau mengulas pendirian PPPM enggan menurunkan harga ayam yang melibatkan kenaikan antara 40 sen hingga 60 sen walaupun didesak oleh pelbagai pihak termasuk kementerian.

Tindakan mencabar kewibawaan pihak kementerian itu menunjukkan penternak mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan naik turun harga ayam.

Kenaikan harga ayam antara 40 sen hingga 60 sen itu yang dianggap KPDNHEP sebagai mahal bagaimanapun disifatkan oleh PPPM berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa.

Ismail Sabri berkata, isu harga ayam melibatkan kepentingan rakyat terutama dalam situasi ekonomi sedang meleset ini.

‘‘Tindakan menyusahkan rakyat tidak boleh diterima sama sekali. Oleh itu, untuk mesyuarat Kabinet 13 Mei ini, saya akan mendapatkan pandangan daripada kementerian-kementerian lain dalam menetapkan harga ayam sebagai barang kawalan serta membolehkan monopoli lesen AP ayam dihapuskan.

‘‘Ini kerana isu monopoli lesen AP ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, KPDNHEP memerlukan input dan cadangan pihak berkaitan,” katanya.

Pengerusi Unit Ayam Daging PPPM, Kwei Yew Tong mendakwa PPPM tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga ayam kerana bekalan tidak mencukupi.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.