Tuesday, May 19, 2009

Bapak Bohong Anak Pencuri

pilihanraya kini     4:34 PM    


Anak Raja Petra didakwa tuduhan mencuri

19/05/2009 3:01pm

SHAH ALAM 19 Mei - Anak kedua penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam.

Raja Azman Raja Petra, 33, dari No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh didakwa mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ nombor pendaftaran BJQ 9597 bernilai RM8,000 milik seorang lelaki, Syaiful Setapa.

Tertuduh juga mengaku mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, sebuah jam tangan Seiko dan serangkai kunci motosikal yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM3,850 dari sebuah kediaman milik Saipul Adli Mohamad Yunus.

Raja Azman juga mengaku telah memecah masuk ke dalam kediaman dan mencuri wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu milik Mohd. Syaiful Setapa.

Dia juga mengaku atas tuduhan pilihan iaitu memiliki sebuah motosikal Yamaha 135LC bernombor pendaftaran NBT 7332 milik Ahmad Firdaus Jalaluddin.

Kesemua perbuatan didakwa dilakukan Azman antara pukul 9.30 pagi, 20 Mac lalu dan 10.40 malam, 5 Mei lalu di Seksyen 19, Seksyen U2, dan di Kinrara Court Puchong dekat sini. Hukuman akan dijatuhkan pada 19 Jun ini. - Utusan

1 comments :

ini lah yang org tua2 kita kaa dulu " siakap senohong,gelama ikan duri" bapa bercakap bohong , lama2 anak jadi pencuri....

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.