Thursday, May 14, 2009

Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan

pilihanraya kini     3:55 PM    


Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan

KOTA BHARU 13 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menolak pembentukkan kerajaan perpaduan dengan UMNO walaupun ia menjadi topik hangat menjelang muktamar agung parti itu, Jun ini.

Ia sekali gus menolak tanggapan pihak tertentu bahawa beliau menyokong cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang ditulis oleh anaknya, Nik Abduh dalam laman blognya baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak percaya bahawa UMNO benar-benar ikhlas untuk bekerjasama dengan Pas.

"Tidak boleh, saya dengan UMNO, saya tidak percaya keikhlasan dia (UMNO) sebab dia telah tipu Pas masa dulu. Disebabkan itu, Pas telah berpecah kepada tiga ada yang sokong dan saya tergolong dalam orang yang menyokong masuk Barisan Nasional (BN), ada pula yang menjadi Hamim dan Berjasa.

"Apa jaminan mereka tidak akan 'tendang' kita lagi, bila kami 'ditendang' dulu, kami cuma jadi orang yang tolak kereta buruk UMNO, bila hidup kami ditinggalkan 'makan asap dan selut' dia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Nik Abdul Aziz bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat BN memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata dalam blog anaknya, Nik Abduh: ''Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.

''Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran misalnya. Kita nak jadi Perdana Menteri, mesti mereka tidak terima. Jadi, kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.''

Nik Abduh menjelaskan jawapan tersebut diungkapkan oleh bapanya ketika beliau membangkitkan soal penerimaan kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang disifatkan kedua-duanya bukan daripada jenis negara Islam - ketika mereka berdua sedang berbual.

Cadangan pembentukan kerajaan perpaduan itu diketengahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mac lalu, bagaimanapun ia ditentang oleh banyak pihak termasuk, Nik Abdul Aziz.

Pada bulan lepas, Abdul Hadi menarik balik cadangan tersebut dengan alasan kepimpinan negara telah bertukar dan pihaknya perlu melihat perkembangan terbaru sebelum ia diteruskan semula.

Isu pembentukan kerajaan perpaduan juga menjadi polemik berpanjangan menjelang pemilihan parti itu yang mana golongan pro-Anwar Ibrahim menolak cadangan tersebut, manakala golongan konservatif dilihat lebih terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau akan hanya menerima UMNO sekiranya parti itu menukar dasarnya kepada Islam.

"Tidak ada cara lain, kecuali UMNO tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam, saya akan sokong, kalau dia tukar dasar, tidak ada sebab kami hendak lawan Islam," katanya.

Tambahnya, Kelantan telah menunjukkan contoh kerajaan perpaduan kerana kakitangan kerajaan negerinya terdiri daripada pelbagai kaum.

9 comments :

Mr.KETAM said...

Wahai Nik Aziz.. UMNO itu dianggotai oleh orang ISLAM adakah UMNO itu kotor kerana AKIDAH mereka??

Adakah kafir DAP dan kafir PKR itu lebih MULIA daripada SAUDARA ISLAM kamu??

Anonymous said...

laa... tak nak kene tinggal lagi dengan UMNO.Tak dapat jadi kroni UMNO rupa nye. Laa.. tua kutuk bodoh.
ingat kan kerana islam, rupanye penting diri sendiri jugak. PORAAA!!

syed mahmood

al_fatih said...

@ anonymous 6:37 dan mr ketam,

blajarlh dulu ilmu politik b'teraskn islam sblm mngeluarkn pndpt. pndpt tnpa ilmu adlh jahil. ssat dan mnysatkn. ketepikn sentimen politik, kaji dhl politk islam itu bgimn, kmudian lihat kmbl isu politik m'sia, br beri komen.

GuruBashid said...

Sebab Aziz melihat semua negeri adalah Kelantan

nalapambu said...

Walau apa pun pencacai UMNO hendak kata kan, BN/UMNO tetap akan terkubur pada PRU13 se lewat2 nya.

Kaum melayu sudah berpecah kepada tiga kumpulan - UMNO, PAS dan PKR.

UMNO sudah keseorangan, kaum india dan cina sudah hampir semua tinggal kan BN, kami sudah bersatu dalam DAP.

DAP pula di bantu kuat kan pula oleh PAS dan PKR - "Pakatan Rakyat"

Kekuatan kami sudah terbukti pada PRU12 yang lalu - BN kalah teruk, cuma 'talian hayat' dari Sabah dan Sarawak yang selamatkan BN/UMNO dari berkubur.

Empat PRK BN/UMNO telah tewas dengan teruk - P Pauh, K Terengganu, B Gantang dan B Selambau. Kini BN/UMNO sedang ketar lutut menghadapi PRK N12 Penanti.

Di Perak - BN/UMNO sedang bermati matian mengelak PRU negeri di adakan. Kalau di adakan juga, BN/UMNO pasti tumbang terkangkang.

Mr.KETAM said...

nalapambu..

aku setuju kerana PAS rela MALAYSIA diperintah oleh orang KAFIR DAP.. kerana PAS sendiri tak akan berjaya memerintah dan kalau nak jadi PM pun DAP akan tentang habis-habisan,dan PKR bila Anwar Ibrahim dah mampus puak KAFIR juga akan menerajui PKR pasal MELAYU yg lain macam haprak..kecuali Zulkifli Nordin yg boleh pakai sikit la..

Anonymous said...

Memang gitulah Nik Aziz tu, sebab dia kan bermazahab WAHABI...sebaik sahaja selesai sembahyang Jenazah org kuat PAS di Pondok Tahfiz Yayasan Islam Kelantan di Telong, Bachok, Kelantan dia turun masjid tanpa berdoa pun kpd arwah si mati sedangkan kita disuruh oleh Allah untuk memohon doa kepadaNYA untuk diri sendiri ataupun untuk orang lain..Layakkah dipanggil Tok Guru ?

robotz said...

sekarang ni kita patut tengok dari sudut sejarah tamadun islam..

dulu..ketika tamadun islam mencapai kegemilangannya,ade ke pembangkang?mase tu hanya wujud pemberontak dari org2 munafik..so, saranan dari tok guru adalah wajar..tp, semua pihak harus mainkan peranan..jangan ada yg conquer..jangan ada yang lembik..jangan pula berat sebelah..jangan menganiayai satu sama lain..jangan ada yg ambil kesempatan dengan menyekat kebebasan..jangan ada duri dalam daging,musuh dalam selimut, api dalam sekam,gunting dalam lipatan..nanti dah maju,jangan pula tendang semborono je orang lain..

balik kepada tamadun islam dulu kala..adakah masa tu dia tak laksanakan pentadbiran islam??adakah masa tu dia tak laksanakan hukum islam??semua pentadbiran berlandaskan islam dan tetap dapat menguasai eropah dan asia barat..gemilangnya islam pada masa tu..islam jugak telah membimbing barat kearah kemodenan ketika barat dilanda zaman gelap..

PAS hanya nak melaksanakan pentadbiran islam dalam negara ni..itu matlamat PAS..PAS nak kembalikan kegemilangan islam seperti tamadun islam ketika dulu..

sekarang ni orang persoalkan, boleh ke pentadbiran islam diserap ke dalam negara majmuk??ehh..dulu, islam menguasai 1 per3 dunia la..berapa ratus bangsa duduk dibawah pentadbiran islam..

fikir-fikirkan la...

pendapat tanpa ilmu,JAHIL..ilmu tanpa pendapat,SOMBONG...

dulu nik aziz sendiri setuju tetapi dengan syarat.. skg lain plak cerita.. dah nyanyuk ke orang tua ni?

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.