Wednesday, July 22, 2009

Kisah Benar Teoh Beng Hock?

pilihanraya kini     12:26 AM    


Latar Belakang

1. YB Ean Yong Hian Wah adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram.

2. Teoh Beng Hock pula adalah Setiausaha Politik kepada YB Ean Yong Hian Wah.

3. YB Ean Yong Hian Wah adalah antara Exco dan ADUN yang disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor.

4. YB Wee Choo Keong (MP Wangsa Maju) telah menyatakan bahawa pejabat salah seorang ahli EXCO kerajaan negeri Selangor digunakan untuk tujuan perniagaan ahli-ahli kongsi gelap.

5. Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng pula menyeru SPRM agar berhenti menindas ahli-ahli politik PR terutama sekali ahli-ahli DAP kerana usaha ini berbau politik dan tidak menegakkan keadilan mau pun membenteras korupsi.

6. Pemimpin-pemimpin PR medesak agar segala siasatan SPRM selanjutnya perlu ditemani wakil guaman dan tidak perlu bertempat dipejabat SPRM.

Persoalan

Jika andaian bahawa Teoh Beng Hock dibunuh adalah benar, siapa dan pihak manakah yang akan beroleh faedah dengan kematian beliau?

i. Kerajaan BN dan SPRM

ii. Kerajaan Negeri Selangor dan DAP

iii. Kumpulan Kongsi Gelap

Jawapan

i) Kerajaan BNdan SPRM

Kedua-dua pihak ini tidak mempunyai sebab untuk membunuh Teoh kecuali:

· Ianya dilakukan sebagai sabotaj terhadap Kerajaan BN dan SPRM

· Berlaku tindakan jenayah oleh mereka yang tidak bertanggung jawab

Jelas kedua-dua kemungkinan ini tidak membabit Kerajaan BN atau SPRM. Insiden saperti ini memberi kesan buruk kepada reputasi Kerajaan BN dan SPRM yang baru ditubuh. Untuk membuat tuduhan bahawa ianya dirancang adalah tidak logik. Anggota SPRM yang terlibat boleh diandaikan berugama Islam. Adakah masuk akal bahawa mereka sanggup membunuh dalam menyoal-siasat kes tuduhan rasuah? Adakah mereka langsung tidak beriman? Jika benar mereka membunuh, maka neraka jahanamlah tempat mereka. Tiada boleh belas kesian.

ii) Kerajaan negeri Selangor dan DAP

Segala siasatan oleh SPRM terhadap ahli-ahli kerajaan negeri Selangor terjejas dan tergendala akibat apa yang berlaku. Apa-apa rahsia yang ada pada Teoh terkubur bersama beliau.

Akibat insiden ini juga, sentiment dan kebencian rakyat terhadap apa yang dilaungkan sebagai Kerajaan BN yang zalim akan bertambah. Ini merupakan modal besar yang boleh digunakan sehingga PRU ke13. Untuk kaum Cina pula, ini satu lagi contoh penindasan terhadap mereka. Apatah lagi apabila yang mati itu anak pemandu teksi yang miskin.

iii) Kumpulan Kongsi Gelap

Hubungan antara ahli politik PR dan ahli kongsi gelap yang disyaki selama ini jelas ujud. Kumpulan triad saperti four heavenly kings amat berpengaruh dan perkasa didalam pelbagai bidang perniagaan.

Demi untuk menutup rahsia dan memberi amaran kepada sesiapa yang ingin membocorkan maklumat, kumpulan kongsi gelap tidak keberatan untuk membunuh.

Rumusan

Disebalik segala tomahan dan tuduhan, Kerajaan BN dan SPRM merupakan pihak yang paling tidak menginginkan sesuatu insiden saperti kematian Teoh Beng Hock ini.

Oleh itu jelas bahawa kita tidak boleh sangkal yang kematian Teoh berpunca dari kegiatan kongsi gelap yang mempunyai pertalian dengan pemimpin politik dan kematian beliau secara kejam ini memberi political mileage yang tidak terhingga.

Dari satu keadaan yang akan membawa padah kepada kumpulan kegiatan gelap, ianya telah berubah dimana Kerajaan BN dan SPRM dipertanggong jawapkan keatas kematian Teoh. Yang paling seronok adalah DAP dan sekutu-sekutu mereka, sentiment anti-BN sekarang semakin meluak.

Bagi yang beragama Islam, haruslah bersabar sebab yang dari SPRM itu juga saudara. Syak itu lebih buruk dari membunuh dan sebelum maklumat sepenuhnya diperolehi tak perlulah membabi buta membuat tuduhan.

20 comments :

Anonymous said...

siapala blogger di sebalik nama panglima ni. pastinya seorang pengecut. mungkinkah di ruangan blog ini banyak tohmahan, ejekan, fitnah?

konklusi; anda seorang yang berfikiran sempit

Anonymous said...

ni blog citer isu politik,
campur sket unsur2 porno,
campur ngan kutukan,
campur ngan ftnah dll.

ibarat cawan penuh susu,
kemudian anda kencing kat cawan tu,
anda berak kat dalam cawan tu,
muntah kat cawan tu dll.

kepada anda yg menyokong blog ni, sama macam anda minum air yg blogger ni sediakan dengan ramuan2 tadi.

Anonymous said...

tinggalkan blog ni!

Anonymous said...

Terima kasih atas kebenaran ini. Kini PENGECUT DAN ANGING2 PR (PENIPU RAKYAT) sedang berada dalam KETAKUTAN. Sehari dua lagi semua penipuan akan polis dedahkan...

mereka cuba menipu rakyat tetapi rakyat akan nampak tok dalang di sebalik apa yang berlaku ini.

pasti pembunuh akan didakwa di Mahkamah tidak lama lagi.

Anonymous said...

hampeh betul bloger nie, tulih cite macam anjing kurap.

Anonymous said...

I sangat setuju. memang setan2 dalam dap ni sedang kepanasan...

Anonymous said...

Malam Aspirasi Generasi Salahuddin - Pidato Perdana
http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/07/image0000123.jpg

Jadual Pengajian Ilmu bagi Bulan Julai-Ogos 2009
http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/07/jadualjo.jpg

Anonymous said...

taw xpew... tulis jerk pandai... xpandai menilai... sesuatu kejadian...kutuk jerk taw... pk la dulu sebelom post...

Anonymous said...

kena belaja balik camne nak tulis blog yang betul2 bermanfaat..mamat ni mesti hidup senang plus tak bercampur dengan bangsa laen dan bukan kerja profesional..betul-betul memalukan orang malaysia..wei,mat saleh kat US / afrika selatan pon dah xde dasar apartheidlar..1malaysia apekebenda camni..malaysia milik sume..bumi ni milik sume manusia..dan sume tu datang dari ALLAH swt..

baginda® said...

apo ang sembang nih? sesuke wat konspirasi

Anonymous said...

memang betul tuh... cuba pikir baik2. jangan dok dalam kempompong bumi malaysia jea. Kalau x percaya g lah singapura tengok camana layanan dia orang kat bangsa melayu. masa tuh baru kita tahu langit tu tinggi ke rendah

Anonymous said...

cuba bayangkan lah, sekiranya malaysia nih asalnya org bangsa lain. Ingat dia orang nak bagi tumpang ke bangsa melayu kat malaysia???

budak kecik pun leh berfikir, ni dok tahu dia salah orang lain salah. Diri sendiri tu kenalah tilik jugak....

Kalau anak anjing dahaga pun dia orang kasi minum. Ingat bangsa kita dahaga bangsa lain nak bagi minu keee???

Tulah kata tun mahathir.... melayu mudah lupa dan haprakkkk...

undi bn kompom tak masyuk surga..kenapa?

http://cupingmerah.blogspot.com/2009/08/pemuda-mca-tolak-hudud.html

SALAM

SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...

SALAM SEJAHTERA

Anonymous said...

aku rasa cina ini kena bunuh ngan gangster DAP punya...bukanlah kerjaan BN @ SPRM bodoh sangat nak bunuh cina ini sbb dia adalah saksi penting dalam kes rasuah melibatkan pemimpin DAP..selepas cini nie mati siapa yang lega?dah tentu Pemimpi DAP lega sbb tiada siapa dah dapat bongkar penyelewengan yang mereka telah lakukan......lagi 1 hebat sangat ker cini ini sampai diangkat sebagai hero?yang mati tetap mati...yang hidup nie perjuangan kena diteruskan !!!!!!!!!!

Anonymous said...

kalo da nama pembangkang.sampai biler bangkang jer.perkara ni simple jer ..kalo bn & sprm yg bunuh adalah utk apa?teoh da kena tangkap sbb kantoi,pastuh org sprm lak bunuh dia..hehe..haa bangkang2..tahu nk bangkang jer..ok kalo DAP yg bunuh,haa br ada logiknya..diorang takut coz da kantoi,kalo adik penyamun kena tangkap bapak penyamun mesti takut..so apalagi.haa bangkang2..mcm kuih bengkang.pembangkang mesti nk kaum cina jadi perdana menteri kan?buatlah kira betul2.contoh kt penang dah ada dah pun..

Chin Beng Ngong said...

masih ramai yg trlalu taksub,dengan parti sehingga tidak dpt berfikir waras. Dari segi logiknya, anak cina tu tak mungkin dibunuh orh org BN n SPRM, sbb dia saksi penting kes rasuah. opposotion nak bangkang lain kali pls use brain OK.

Anonymous said...

kelakar la baca comment org2 yg tak fikir luas ni.. keluar dari tempurung tu.. jgn tegakkan benang yang basah.. satu dunia boleh fikir pasal masalah ni.. nape org kita tak bukak minda lagi? cuba la tgk video clip MACC Downfall Parody.. ok gak tu..

Anonymous said...

Itu hak masing2lah untuk tulis ape pun..kata demokrasi..si anonymous yang x berapa berkenan dgn blog ni plak janganlah nk marah sgt...mmg Malaysia ini milik semua bkn milik bangsa Melayu..itu aku sokong..tp keadilan yang kita minta umpama lelaki berpoligami..isteri pertama anak 4,isteri baru anak 1...duit belanja takkan sama kot..itu xadil namanya...so pklah sebelum nk ckp..aku sokong PAS tp PKR dan DAP dah hancurkan dia...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.