Tuesday, October 27, 2009

Anwar Rancang Jatuhkan Haji Hadi, Ini Buktinya

pilihanraya kini     8:03 PM    

ANWAR MAHU HUSAAM MELOMPAT CEPAT NAIK JADI PRESIDEN PAS. PERCAYALAH NIK AZIZ DAN ANWAR MAHU HUSAM SEBAGAI PRESIDEN PAS, BUKANNYA HADI

Isu kerajaan perpaduan adalah isu yang menjadi punca kemurkaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kerat pimpinan PAS. Mereka yang beberapa kerat ini dituduh sebagai pelemah kepada Pakatan Rakyat dan punca kepada larinya undi bukan Islam kembali kepada BN. Mursyidul AM PAS itu sudah diketahui sangat alergik dengan perkataan UMNO, maka sebarang usaha untuk berunding, jauh sekali bekerjasama merupakan pantang no. 1 Tuan Guru PAS tersebut.

Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bahawa dalang terbesar kepada perundingan Unity Government UMNO-PAS ini adalah Dato’ Rameli Musa. Menurut Perisik Rakyat, Rameli Musa, Pengarah Sapura adalah Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno [1]. Selain itu, Datuk Rameli Musa adalah Executive Vice Chairman kepada Ingress Corporation Bhd [2].

Harus diingat bahawa apabila isu UG ini dibangkitkan dan Rameli Musa dituduh sebagai dalang, Anwar bingkas membela kroninya itu atas dasar mengetahui “hati budi”nya [3]. Maka, apakah maksud Anwar tersebut?

Namun, konspirasi ini tidak tamat sekadar Anwar dan Rameli Musa. Salah seorang pemain di belakang rundingan ini adalah Dr Wahab Ismail. Dr Wahab Ismail pernah menjawat jawatan AJK PAS Pusat [4] dan sekarang ini merupakan ahli jawatankuasa tambahan kepada Badan Perhubungan PAS Pahang [5].Dr Wahab Ismail merupakan Penasihat dan juga pemegang saham terbesar melalui Ramdawi Sdn Bhd kepada Kumpulan Ingress [6]. Dr Wahab Ismail disenaraikan sebagai dalang kepada rundingan ini oleh Tulang Besi, salah seorang bloggers Erdogan/IRC.

Tulang Besi said...

Dr wahab pro UMNO tu ada bukti ke?Puad zarkashi tu pulak JIM, ada bukti ke?.
Ada. Bukan Ingress di belakang perundingan sulit PAS – UMNO. Orang bodoh je tak tau benda ni. HAHAHAHAHAHA

Dr Wahab Ismail dikenali sebagai seorang yang pernah terlibat dalam perkaderan islamic Representative Council di UK dan merupakan perintis kepada kemasukan golongan IRC ataupun JIM ke dalam PAS. Sebenarnya, teras kepada group Erdogan adalah mereka yang pernah mengikut tarbiyyah IRC/Alami (Mesir).

Hubungan antara Dr Wahab dan golongan-golongan IRC di dalam PAS tidak boleh disangkal, dan begitu juga dengan hubungan Anwar dengan Rameli Musa. Oleh itu, adakah Kerajaan Perpaduan ini adalah mainan Anwar-Rameli Musa-Wahab Ismail-Erdogan PAS dalam menjatuhkan Haji Hadi?

Jika ini benar, maka sebenarnya perancangan ini telah dilakukan dengan sangat teliti untuk menjatuhkan kumpulan Haji Hadi, Harun Taib, Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa dan tempiasnya terkena juga kepada Hassan Ali yang pernah memecat Saari Sungip iaitu bekas YDP JIM dan juga Amir IRC di UK dari jawatankuasa PAS Selangor. Dan malang sekali, Mursyidul Am Pas termakan dengan tipu daya puak-puak Erdogan yang sangat licik ini.

Maka, tepat sekali kata-kata Anwar dalam blognya, bahawa Anwar sangat mengetahui hati budi Rameli Musa dalam isu kerajaan perpaduan.

Sekarang yang makan getah adalah group Haji Hadi kerana memakan umpan yang dipasang. Jikalau konspirasi ini berjaya, Group Erdogan telah akan berjaya menendang keluar golongan Haji hadi dan menguasai PAS atas isu rekaan Anwar-Erdogan sendiri iaitu isu Kerajaan Perpaduan.

Jika konspirasi ini berhasil, maka berjayalah puak-puak JIM/IRC ini menguasai PAS setelah mereka berusaha berulang kali menguasai parti Islam itu sejak dari tahun 1987 sehinggalah pemilihan PAS yang lalu.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.