Thursday, April 30, 2009

Senarai Pemuda UMNO 2008-2011


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri bagi sesi 2008-2011.

Kesemua mereka merupakan muka-muka baru.

Turut dilantik ialah empat muka baru dan seorang muka lama sebagai Exco Lantikan Pemuda UMNO Malaysia, kata Setiausaha pergerakan itu, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Senarai Ketua Pemuda Umno Negeri ialah:-

1. Perlis - Mohsin Mohd Yusoff (Ketua Pemuda bahagian Padang Besar)

2. Kedah - Badrol Hisham Hashim (Ketua Pemuda bahagian Padang Terap)

3. Pulau Pinang - Norman Zahalan (Ketua Pemuda bahagian Bayan Baru)

4. Perak - Maslin Sham Razman (Ketua Pemuda bahagian Kuala Kangsar)

5. Selangor - Suhaimi Mohd. Ghazali (Ketua Pemuda bahagian Sepang)

6. Wilayah Persekutuan - Rizalman Datuk Mokhtar (Ketua Pemuda bahagian Bandar Tun Razak)

7. Negeri Sembilan - Mohd Helmi Din (Ketua Pemuda bahagian Rasah)

8. Melaka - Karim Yaacob (Ketua Pemuda bahagian Bukit Katil)

9. Johor - Mohd. Fadil Muskon (Ketua Pemuda bahagian Air Hitam)

10. Pahang - Abu Jimi Samat (Ketua Pemuda bahagian Lipis)

11. Terengganu - Bahri Baharuddin (Ketua Pemuda bahagian Marang)

12. Kelantan - Anuar Safian (Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian)

13. Sabah - Azman Ruslan (Ketua Pemuda bahagian Keningau)

Senarai Exco Lantikan:-

1. Abdul Razak Abd. Rahman (Ketua Pemuda bahagian Kota Melaka)

2. Khairul Azwan Datuk Harun (Ketua Pemuda bahagian Pasir Salak)

3. Badrol Hisham Zakaria (Ketua Pemuda bahagian Kuala Terengganu)

4. Mohd Faizal Ramli (Ketua Pemuda bahagian Teluk Kemang)

5. Anis Hisham Abdul Aziz (Pemuda Umno bahagian Kuala Selangor - muka lama)

Monday, April 27, 2009

Nik Abduh Dedah Kejahatan Kumpulan Tingkat 4 Nik Aziz


Siapa ya geng Tingkat 4 yang selalu menasihati Nik Aziz???? Tak mustahil orang itu diketuai oleh Husam Musa dan anak menantu Nik Aziz sendiri iaitu Arif. Sejak Nik Abduh berada dalam tahanan ISA, mereka inilah yang menjadi Tingkat 4 kepada Nik Aziz. Rosak habis pemikiran Nik Aziz.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia menerima kerajaan perpaduan dengan syarat BN bersedia memberi jawatan-jawatan penting untuk diterajui parti itu, seperti menteri kewangan dan menteri pendidikan.

“Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.

"Berikan kementerian kewangan dan kementerian pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM (perdana menteri) mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama,” menteri besar Kelantan dipetik berkata dalam blog anaknya Nik Abduh.

Dalam blognya itu, Nik Abduh yang juga timbalan ketua pemuda PAS negeri juga menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi)," tulis Nik Abduh.

nik mohd abduh nik azizBagaimanapun, tulisnya, selepas diadakan "pertemuan kurang sepuluh mata" bersama presiden PAS, Nik Aziz tidak lagi menyerang isu tersebut.

"Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya (Nik Aziz)," tulis Nik Abduh.

Menurutnya lagi, 'modus operandi yang sama pernah digunakan oleh pembantu bapanya itu berhubung isu muzakarah atau muqabalah dengan Umno sebelum ini.

"(Bagaimanapun), selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 (kediaman rasmi menteri besar Kelantan) beberapa bulan lalu, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.

"Saya diberitahu dari sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH," tulisnya.

Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu bapanya sebagai "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga".

Wednesday, April 22, 2009

Khalid Pijak Bangsa Sendiri

Khalid tak sedar ke? Dulu dia jadi kaya dan senang kerana DEB. Bila dah jadi MB Pakatan Rakyat buat buat lupa pulak dah. Khalid..Khalid...macam kacang lupakan kulit. Lexus beli mahal-mahal sampai sejuta...duit RM50 kat budak-budak tadika pun kau tak boleh bagi. Khalid...janganlah pijak bangsa sendiri. Insaflah Lid. Masih belum terlambat..kalau serabut sangat pergi lah jumpa Nik Aziz macam Elizabeth tu.

KUALA LUMPUR 21 April - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mengingatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menjadi hero dengan cara 'memijak' bangsanya sendiri.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, sebagai ketua kerajaan negeri, sememangnya Abdul Khalid perlu mentadbir dengan bijaksana, adil dan saksama tetapi janganlah sampai menyentuh kepentingan orang Melayu.

Katanya, menjadi satu tragedi kepada orang Melayu apabila salah seorang anak bangsanya yang pernah memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sewaktu menerajui Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjadi lupa diri apabila menceburi bidang politik.

"Dia bukan sebarang Melayu, dia pernah pimpin PNB dan pernah menguasai saham agensi itu. Dia bertuah kerana diangkat menjadi Menteri Besar, nasihat saya jagalah tuah itu baik-baik dan janganlah sesekali melupakan bangsa.

"Tadbir negeri dengan bijaksana, adil dan saksama tetapi jangan sentuh kepentingan orang Melayu, bangsa sendiri, belum sampai waktu untuk tergopoh-gapah, jangan jadi hero dengan cara mengorbankan kepentingan Melayu," katanya dengan penuh emosi sewaktu dihubungi di Mekah hari ini.

Semalam, sewaktu berucap pada majlis penyerahan bantuan kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Shah Alam. Abdul Khalid menegaskan penggantungan rakyat termasuk bumiputera terhadap DEB tidak perlu kerana Selangor mempunyai sumber yang banyak untuk diagihkan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa.

"Di Selangor kita mempunyai sumber yang cukup untuk semua, tidak perlu bergaduh," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Moehamad Izat melahirkan kesedihan dengan situasi semasa dalam negara selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu kerana terlalu banyak isu yang merobek hati sanubari orang Melayu telah dicanang.

Lebih malang lagi katanya, isu-isu berkenaan turut dicanang oleh orang Melayu sendiri sedangkan selama 51 tahun sebelum ini, dunia mengenali Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang ditadbir dengan aman damai.

Katanya, orang Melayu tidak pernah berdengki dengan kejayaan kaum lain dalam negara ini namun sebarang usaha untuk meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu tidak boleh sesekali disekat.

"Kita hanya perlu mengatur langkah bagi mencapai kedudukan yang masih belum selesai iaitu 30 peratus pegangan ekonomi namun selaku Presiden Perdasama, kita sudah tidak mahu berbicara tentang peratusan lagi.

"Kita mahu berjuang habis-habisan supaya orang Melayu boleh menguasai sebanyak mungkin ekonomi di tanah tumpah nenek moyang sendiri," tegasnya.


Tuesday, April 21, 2009

Elizabeth Wong Dah Pakai Tudung Lepas Jumpa Nik Aziz

Elizabeth Wong dah mula belajar pakai tudung lepas jumpa dengan Nik Aziz. Bagus lah kalau macam tu. Tapi Eli jangan la lupa pakai sepender kalau tidur. Eli kenalah belajar melawan nafsu dan berhenti daripada bersekedudukan secara tanpa nikah. Nanti Nik Aziz marah tau. Khalid kenalah ajar Eli pakai baju kurung tiap tiap hari ya. Bagus juga kalau Teresa Kok pakai baju kurung juga ya.

Saturday, April 18, 2009

Wan Azizah Bakal Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang




Wan Azizah bakal jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang????

DUA hari selepas mengumumkan perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin iaitu pada 19 Mac dikatakan turut menyerahkan surat tidak lagi menjadi Adun N 12 Penanti.

Namun rupa-rupanya Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menyimpan surat itu dan hanya mendedahkannya pada 14 April, menyebabkan Ketua Menteri Lim Guan Eng terkilan kerana tidak diberitahu lebih awal isu ini.

Tunggulah Guan Eng, ada banyak lagi tindak-tanduk Anwar yang pasti akan mengklentong kamu kelak. Jika sudah puas mencapai matlamatnya, Anwar mungkin juga mengatur strategi lebih licik bagi menghumban DAP sebagaimana orang yang pernah menjadi konconya seperti Ezam Mohd Nor dan Ghani Haroon – dipinggirkan walaupun mereka ini sanggup masuk penjara kerana DSAI.

Lebih menarik lagi, akhbar kerdil Buletin Rakyat di muka depan berkata Anwar akan mengumumkan satu kejutan April ini.

Pembaca tentunya akan membuat pelbagai ramalan lantas menghidupkan perbincangan berkisar pada Anwar dan PKR.

Satu kemungkinan ialah calon bakal bertanding di Penanti adalah Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang sudah tentu mengisi kekosongan jawatan TKM1 Pulau Pinang.

Walaupun sudah ada nama-nama diuar-uarkan sebagai TKM1 yang baru, namun kedua-duanya ditolak dan dipenyapkan Anwar.

Itupun, laporan berkata pengundi Penanti akan pasti memangkah siapa saja calon PKR biarpun ia kucing atau pokok pisang lawan calon BN.

Kita kena tunggulah drama di Penanti ini dengan 15,421 pengundi membuat keputusan mereka mungkin pada Mei atau paling lewat Jun.

Sebenarnya kemelut dan skandal rasuah sekitar Fairus, PKR Pulau Pinang dan perebutan kuasa dalaman dicanai oleh Anwar sendiri sudah lama berbunga hingga akhirnya melimpah ke dada akhbar beberapa bulan lalu.

Menurut laporan sesetengah blog sejak 11 bulan lalu tercetus perebutan berkaitan kontrak untuk mencetak Majalah Rakyat, diikuti dengan penggunaan kad minyak milik kerajaan untuk kenderaan peribadi.

Babak selanjutnya melibatkan pelantikan abang Fairus sebagai Penasihat Khas TKM 1, lantas terdedah pula kes rasuah membabitkan kuari dan pembelian kereta BMW dan Mercedes Benz.

Percakaran dalaman PKR Pulau Pinang berterusan dengan terbentuknya dua kumpulan mewakili dengan Kem Selatan dan Kem Pulau. Kedua-duanya Abdul Malik Abul Kassim (Batu Maung) atau Makahtar Shapee (Sungai Bakap) walaupun dijangka terpilih sebagai TKM1, ditolak oleh Anwar.

Berdasarkan inilah besar kemungkinan jika Wan Azizah dipilih bertanding di Penanti, maka jelaslah Anwar berangan-angan membina satu dinasti dengan isterinya menjadi TKM 1 Pulau Pinang pula.

Itupun jika aktivis Umno-BN khususnya Abdul Jalil Majid yang tewas di Penanti pada pilih raya umum ke-12 terus berpeluk tubuh (jika beliau terus tidak dipilih lagi kali ini seperti di Permatang Pauh pada Ogos , 2008), maka akan tercapailah impian DSAI itu.

Bagaimanapun, Fairus mengugut akan membongkar lebih banyak lagi skandal dalaman PKR dan juga pakatan pembangkang. Mungkin semua itu lebih memeranjatkan.

sumber - malaysiaaktif

Friday, April 17, 2009

Bukan soal siapa MB, tapi siapa wakil dalam kabinet

Kawan bagi maklumat kata mula-mula dalam mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Perlis, semua pakat setuju Zahidi jadi wakil Perlis. Bila Shahidan hand over surat tersebut pada Najib, dia tukar nama adiknya, Ismail Kassim sebagai wakil Perlis. Bila Radzhi dan Azmi dapat tahu nama Ismail yang dicalon, mereka cantas Ismail. Last sekali siapa pun tak boleh. Bergaduh lah lagi. Memang salah geng-geng purba ni.


Rakyat Perlis tidak memikirkan berhubung persoalan masalah perebutan siapa yang sepatutnya untuk memegang jawatan pengerusi perhubungan Umno negeri. Sebaliknya mereka memikirkan ketiadaan pemimpin dari Perlis dilantik menganggotai kabinet baru Datuk Seri Najib Razak, kata timbalan pengerusi perhubungan Umno Perlis."Pemimpin Umno di Perlis langsung tidak mendapat tempat dalam kabinet Najib," kata Datuk Zahidi Zainol Abidin kepada Malaysiakini."Rakyat kecewa. Sokongan mereka tidak dihargai. Menjadi hasrat mereka, wakil rakyat Perlis mengganggotai kabinet, sekurang-kurangnya timbalan menteri."Kena ingat undi rakyat. (Undi) mereka minta dihargai," katanya.Umno Perlis memenangi kesemua tiga parlimen di negeri itu: Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan Datuk Ismail Kassim (Arau).


Sebelum ini, dalam era kepemimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dua ahli parlimen Perlis menjadi menteri penuh iaitu, Radzi dan Azmi masing-masing menteri hal-ehwal dalam negeri dan menteri sumber asli dan alam.Mengulas keinginan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mendapat jawatan pengerusi perhubungan Umno Perlis, Zahidi berkata keputusan tersebut terserah kepada Najib, sebagai presiden Umno, untuk mempertimbangkannya."Itu masalah lama ... ia (adalah) mainan politik 'pemimpin purba' di negeri Perlis,” katanya."Dalam usaha untuk meremajakan Umno, lebih-lebih lagi Umno dalam keadaan lemah, kepentingan peribadi letak tepi."Diminta mengulas kemungkinan krisis di Terengganu berulang di Perlis, Zahidi berkata beliau tidak nampak kemungkinan akan berlaku undi tidak percaya kepada Md Isa.Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berdepan dengan masalah pemulauan 10 ADUN BN, Selasa lalu - pada asalnya ura-ura untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya di DUN yang berakhir Rabu lepas.

12 Dalil Hubungan Pakatan Rakyat & Luar Negara


1) Bila sakit pinggang & tengkuk, rawat di Munich


2) Bila tiada kerja, Wolfowitz beri 3 jawatan di Washington


3) Bila meliwat, sembunyi dekat Duta Turki


4) Bila DNA mahu diambil, jurucakap White House membela


5) Bila dicabar bersumpah, mahu ulamak luar negara


6) Bila bertanding, Gus Dur & Estrada datang membantu


7) Bila HINDRAF merusuh atas jalan, cari perlindungan di India


8) Bila ditangkap bogel, bercuti ke oversea.


9) Bila pecah tembelang kerana curi pasir, lari sambung belajar luar negara


10) Bila tak cukup duit, jumpa Walter Chia dari seberang


11) Bila Thailand merusuh, mereka mahu merusuh juga di Perak


12) Bila Perdana Menteri Melayu naik, akhbar asing mula burukkan imej PM.


Minat sangat Pakatan Rakyat dgn orang asing ini. Mereka ini kena taja atau jadi boneka sahaja buat pihak terbabit. Demi umat Melayu, fikirkanlah sejenak.

Tuesday, April 14, 2009

Hussam Cabar Hadi Lawan Presiden PAS


Mesyuarat kawasan-kawasan PAS bermula 9 Mac, akan berakhir hujung minggu ini. Manakala mesyuarat ketiga-tiga dewan - Pemuda, Muslimat dan Ulama - di peringkat negeri akan berlangsung antara 20 April hingga 10 Mei. Pemilihan barisan pemimpin atasan parti di muktamar ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam antara 3 hingga 7 Jun dijangka menampilkan pertarungan sebenar aliran-aliran utama parti itu, khususnya golongan pro-muzakarah dan pro-Pakatan Rakyat (dikenali juga "kumpulan Erdogan").Ia dijadual disertai lebih 1,000 perwakilan dari 175 kawasan PAS di seluruh negara.Pemilihan dan persidangan Pemuda, Muslimat dan Ulama dijadual berlangsung sehari pada 4 Jun.


PAS akan hadapi pemilihan pulak dah..gila kuasa serupa tu jugak...semua nak asyuk..tadi ada beberapa orang calon yang kalah dalam PAS dah kecewa dan menyatakan nak lompat masuk UMNO. Berita paling best sekali ialah perlawanan antara Husam Musa menentang Haji Hadi untuk jawatan Presiden PAS. Sudah ada bahagian yang mahu mencalonkan Husam. Abislah Haji Hadi.

Saturday, April 11, 2009

Kabinet Satu Malaysia, Kecuali Perlis


Kesian tengok senarai penuh kabinet baru yang diumumkan, Perlis tiada tempat. MCA tambah kerusi, Gerakan tambah kerusi, wakil dari Sabah tambah kerusi. Raja Nong Chik ganti Zulhasnan di Wilayah. Koh Tsu Koon jadi menteri. Perlis menang besar dalam pilihan raya lepas, hanya kalah dua kerusi kepada PAS. Menang semua kerusi Parlimen. Sekecil kecil Perlis, Perlis juga satu negeri dan satu kerajaan. Rasanya Perlis tak penting sangat lah dalam Kabinet nih. Tiga-tiga calon UMNO dari Perlis yang bertanding untuk Majlis Tertinggi semuanya kalah. Pemuda UMNO pun tiada wakil Perlis. PPP yang tak bantu sangat di Bukit Gantang pun dapat jadi Timbalan Menteri. Awat lekeh sangat kah orang Perlis, sampai sorang pun tak dapat masuk dalam kabinet nih??????? Teruk sangatkah depa???


Pada tahun 2004-2008, Perlis seolah negeri emas. Agong dari Perlis, Speaker Dewan Negara dari Perlis, dapat dua menteri dan SU Agung UMNO Malaysia. Menang pula Piala Malaysia dua kali pulak tu. Perlis popular sekejap. Lepas tu, Perlis tak dapat apa langsung. Menteri tidak dapat, timbalan menteri jauh sekali lah. Harap harap dalam perlantikan untuk Majlis Tertinggi UMNO dan barisan Pemuda UMNO, ada wakil dari Perlis. Takut juga orang Perlis kecik hati jika rakyat Perlis tidak dipandang sama sebagai rakyat Malaysia. Apa jadi kalau dari Perlis sampai Selangor semuanya dapat pada Pakatan Rakyat????? Perlis negeri yang susah, pembangunan pun tak banyak, kalau tak pandang Perlis, silap haribulan Perlis dapat pula kat pembangkang. Jenguk jenguk samalah orang Perlis selagi UMNO masih kuat lagi kat sana.

Tuesday, April 7, 2009

Keputusan Di Batang Air, Bukit Selambau dan Bukit Gantang

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit. Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008. Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.


8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau.

8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. PKR juga mendahului di Bukit Selambau.

8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi. Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.


8.04pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi. Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

7.56pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.
BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.

7.42pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,577 undi. PAS 14,720 undi, BN 12,143 dan bebas 32 undi.

7.36pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi. Parti itu tewas di tangan BN di dua daerah mengundi, Bukit Lembu dan Kuala Sin masing-masing 33 dan 210 undi.

7.32pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,380 undi. PAS 13,571 undi, BN 11,191 dan bebas 31 undi.

7.26pm Sumber rasmi SPR: BN mendahului PAS di Bukit Gantang dengan 799 undi. BN 2,048 undi, PAS 1,249 dan bebas 4 undi.

7.22pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,377 undi. PAS 11,375 undi, BN 8,998 dan bebas 29 undi.

7.21pm PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

7.12pm PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 900 undi.

7.00pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,776 undi.

6.44pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,768 undi.

6.34pm Menurut satu sumber MIC, persaingan "sangat, sangat, sangat sengit" antara calon BN Datuk S Ganesan dengan calon PKR S Manikumar di DUN Bukit Selambau.

6.30pm Penyokong BN dan PAS mula berkumpul depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.Maklumat SPR: Peratus keluar mengundi di Bukit Gantang 75.1 peratus, Bukit Selambau (70.28) dan Batang Ai (71.2).

6.23pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti lebih besar. BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.

5.56pm Para penyokong BN dan PAS dijangka berkumpul sebelah padang bandaran di depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang. Hujan renyai-renyai. Belum kelihatan penyokong parti-parti berkenaan. Mereka kini sedang menikmati minum di restoran berdekatan selepas penat berkempen.

5.14pm Penat lelah merayu undi sepanjang hari ini berakhir jam 5 petang. Kini debaran para penyokong BN, PAS dan PKR bermula sementara menanti proses pengiraan undi di tiga kawasan pilihanraya. Drama ejek-mengejek, membaling botol dan ketegangan sudah tamat, digantu dengan drama sewaktu keputusan diumumkan, paling awal kira-kira 9 malam ini.Proses pengiraan di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dijadual bermula jam 5.30 petang ini. Sementara bagi beberapa pusat pembuangan undi di Batang Ai yang ditutup jam 2 petang, kotak-kotak sudah dibuka untuk pengiraan mulai pukul 3 petang tadi di pusat penjumlahan undi.Di Bukit Gantang, persaingan sengit antara calon BN Ismail Saffian dengan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS). Di Bukit Selambau, dua daripada 15 calon menjadi tumpuan utama - S Manikumar (PKR) dan Datuk S Ganesan (BN), manakala di Batang Ai, majoriti yang bakal diperolehi BN menjadi fokus utama.
Pengiraan kotak undi dari 14 pusat pengundian di Batang Ai. Ia bermula pada jam 3 petang di pusat perjumlahan di kompleks sukan Lubok Antu.Berdasarkan pengiraan undi setakat ini, BN mendahului, dengan memperolehi 331 undi, manakala PKR mendapat 300 undi.

Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:Ulu Engkari - BN 42, PKR 33, Bertik - BN 107, PKR 47Sempang - BN 37, PKR 52Delok - BN 86, PKR 21Mengiling - BN 59, PKR 147

Nizar Ada Nama Dalam Bahasa Cina

Taiping27 Mac 2009Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bukan sahaja mempunyai ibu berketurunan Cina, juga diberikan nama Cina, iaitu Chan Ah Choong.”Ibu saya panggil saya Ah Choong. Ketika saya belajar di sekolah vokasional Ipoh, pengetua, guru dan rakan-rakan memanggil saya Ah Choong.

Kalau nak cari Mohamad Nizar, ramai rakan tidak mengenali siapa.”Nizar berkata, beliau dipanggil Ah Choong kerana dipercayai ibunya bernama Chan. Ketika ibu mengahwini bapanya, nama beliau ditukar kepada Hamidah. Beliau juga telah diberikan satu nama Cina.Beliau memberitahu semasa ditemuramah oleh pemberita akhbar Cina: ”Saya telah biasa dengan panggilan Ah Choong.”
Nizar juga memberitahu pada masa antara hari penamaan calon dan hari membuang undi beliau sudah pun bergelarkan datuk kerana anak perempuannya yang sulong Fatimah, 25 tahun, melahirkan anak baru-baru ini. Ditanya sama ada kelahiran cucu oleh anaknya sebagai petanda membawa tuah kepada beliau, beliau menjawab harap-harap begitulah.


Monday, April 6, 2009

Undi PAS Tak Boleh Masuk Syurga

Gambar gambar ini diambil di Changkat Ibol, tempat kubu kuat PAS di Bukit Gantang. Entah la mereka ni dah ekstrem dengan PAS. Sanggup tulis begitu..apa nak jadi dengan PAS nih. Sampai begitu sekali jadinya mereka ini.
PAS BUKAN AGAMA
PAS ADALAH PARTI
DILULUSKAN OLEH PENJAJAH PADA TAHUN 1951
SELEPAS AHMAD FUAD KALAH LAWAN TUNKU ABDUL RAHMAN
SEBAGAI PRESIDEN PAS
PAS DITUBUHKAN KERANA KECEWA DAN PEREBUTAN KUASA

PAS TIADA DALAM RUKUN ISLAM
PAS TIADA DALAM RUKUN IMAN
PAS HANYALAH PARTI YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH
UNTUK PECAHKAN ORANG MELAYU DARIPADA BERSATU DALAM UMNO

PENJAJAH TAHU KALAU ADA DUA PARTI
SATU BERASASKAN BANGSA
SATU BERASASKAN AGAMA
ORANG MELAYU AKAN BERPECAH KEPADA DUA
SENANGLAH PENJAJAH MASUK JARUM

PAS ADALAH PARTI BUKAN AGAMA
PANGKAH PAS TIDAK BOLEH MASUK SYURGA
PANGKAH PAS TIDAK DAPAT PAHALA
TIDAK PANGKAH PAS PUN TIDAK MASUK NERAKA
TIDAK PANGKAH PAS PUN TIDAK DAPAT DOSA

KERANA PAS HANYALAH PARTI CIPTAAN MANUSIA BUKAN RABBI
PAS HANYA SEMENTARA..LIHATLAH PADA SLOGANNYA..
PAS ADALAH PARTI BUKAN AKIDAH
PAS BUKAN PRINSIP AGAMA
PAS HANYA GUNAKAN NAMA ISLAM SAHAJA

TIADA TERSEBUT DALAM 6666 AYAT AL QURAN
PANGKAH PAS MASUK SYURGA
TIADA HADIS NABI YANG SEBUT PANGKAH PAS
ADALAH WAJIB...

TIADA SEBARANG AYAT AL QURAN DAN HADIS YANG KATA
WAJIB UNDI PAS BUAT ORANG ISLAM

KALAU ADA YANG KATA BEGITU
TERNYATALAH PAS ADALAH PARTI AJARAN SESAT (PAS)



AMAL MA'ARUF NAHI MUNGKAR CARA DAP


GUAN ENG KATA AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR
KERANA DIA SEBUT MACAM TU..TERUS DIA DIGELAR UMAR ABDUL AZIZ
GUAN ENG MENGUCAP SYAHADAH KER HINGGA LAYAK DIGELAR KHALIFAH ISLAM???

AMAR MAARUF APA KALAU ORANG BOGEL DIBELA HABIS HABISAN OLEH PAS
PAS KATA BN PUNCA ANAK MUDA MINUM ARAK, BERZINA, PAKAIAN BEBAS..
APA PAS TAK SEDAR KAH..ELIZABETH TU BERZINA DAN BERBOGEL TERUS...

PAS SUDAH SESAT..KATA UNDI DIA MASUK SYURGA DAN DAPAT PAHALA...
MAKNANYA KALAU ELIZABETH BOGEL DAPAT PAHALA KAH????

Sunday, April 5, 2009

GAM Yassin dan Juara Akademi Nasyid


Yasin dan juara Akademi Nasyid Azhar Atan malam tadi bukan sekadar tampil menghiburkan penonton, malah menyelitkan unsur-unsur kempen untuk pembangkang dalam persembahan mereka di Simpang, Bukit Gantang.Yasin dilihat beberapa kali memberikan ingatkan kepada kira-kira 150 peminat dan penyokong Pakatan di konsert santai di Simpang itu. "Jangan lupa, Selasa ini, undilah calon Pakatan Rakyat," disambut tepukan dan sorakan penonton di pentas terbuka di kawasan rehat R&R di situ. Selain mereka, Akhbar juga datang utuk kempen dengan pembangkang. Gam sahaja mereka ni dari keluar di stesyen TV. Kalau nak cari publisiti buatlah TV sendiri dengan Pakatan Rakyat. Dasar tak kenang budi.

RASUAH BALAK PAS RM30,000


PAS KANTOI BERI RASUAH BALAK. TOLAK PERASUAH PAS. KONON BAGI RESIT UNTUK DERMA TAPI SEBENARNYA UNTUK PERMOHONAN KONSESI BALAK.


PERBINCANGAN TENTANG PERMOHONAN KONSESI BALAK INI DIBINCANGKAN ANTARA SYARIKAT TETUAN KINABALU DENGAN MISHBAHUL MUNIR (SETIAUSAHA POLITIK NIZAR). TAK MALU PUNYA PAS...MAKAN RASUAH TAPI BERSELINDUNG DI SEBALIK NAMA DERMA.


TETUAN KINABALU MEMOHON KAWASAN PEMBALAKAN DI TANAH KERAJAAN. RESIT INI DIDEDAHKAN OLEH SEORANG AHLI PAS KAWASAN TAPAH. SETIAUSAHA POLITIK NIZAR MEMBERITAHU PAS MEMERLUKAN RM1 JUTA UNTUK MENGANJURKAN MUKTAMAR PAS DI PERAK PADA 16 OGOS 2008. BUAT APA NAK SAMPAI 1 JUTA RINGGIT????


PAS BUKAN PERNAH BAGI SUMBANGAN PADA ORANG SUSAH PUN..BUAT RUMAH ORANG SUSAH PUN TAK PERNAH..MINTA DERMA DARI ORANG SUSAH ADALAH...


1 JUTA NAK GUNA UNTUK RASUAH PERWAKILAN PAS KAH????? NIZAR NAK LAWAN NAIB PRESIDEN PAS KAH????? TOLAK PAS...PARTI AMALAN SESAT (PAS)

ORANG MELAYU KENA IKUT RAJA MELAYU BUKAN RAJA PASOLA

ANTARA TITAH SULTAN
DAN CAKAP NIZAR...KENA DENGAR TITAH SULTAN

ANTARA TITAH SULTAN
DAN CAKAP KARPAL HAPRAK..KENA DENGAR TITAH SULTAN

ANTARA TITAH SULTAN
DAN CAKAP ANWAR KELING..KENA DENGAR TITAH SULTAN

TITAH SULTAN..MUFTI PUN DENGAR
ANTARA MUFTI DAN NIK AZIZ MANA SATU NAK DENGAR CAKAP???
KENA DENGAR CAKAP MUFTI...NIK AZIZ PENASIHAT PAS BUKAN PENASIHAT AGAMA DAN MUFTI...

DENGARLAH TITAH SULTAN DAN MUFTI BUKAN
TITAH RAJA PASOLA NEGERI PASIR BERDENGUNG

Saturday, April 4, 2009

BAND OF KRONI DALAM PAKATAN RAKYAT


BAPA JADI WAKIL RAKYAT

ANAK PUN JADI WAKIL RAKYAT

ISTERI JADI WAKIL RAKYAT JUGA


BAPA LUMPUH

ANAK CELUPAR


BAPA SUDAH JADI WAKIL DUN

WAKIL RAKYAT PARLIMEN PUN NAK SAPU JUGA


KERJA TAK BUAT..APA KERJA YANG BUAT???

CERAMAH..CERAMAH DAN CERAMAH

MAKI ORANG, TUDUH ORANG, TUDING JARI ORANG

SENDIRI PUNYA KAWASAN TINGGAL TERUS


DAPAT KERETA TAK NAK PULANG PULANG

DAPAT LEMBU MAKAN SORANG SORANG

DAPAT PASIR JUAL KAT TAUKEH CINA

DAPAT KAMERA TANGKAP GAMBAR ORANG BOGEL


PAKATAN OH PAKATAN

PAKATAN RAKYAT YANG PENUH DENGAN KRONI.

Friday, April 3, 2009

APA TUJUAN NIZAR JADI CALON


FIKIRKAN LAH KEMBALI APA TUJUAN SEBENAR NIZAR BERTANDING NIH???



1) UNTUK BALAS DENDAM PADA ZAMBRY KERANA HILANG KUASA



2) UNTUK DAPAT GAJI DAN PENDAPATAN YANG LUMAYAN SEMULA SETELAH HILANG GAJI SEBAGAI MENTERI BESAR.



3) UNTUK MELUNASKAN HUTANG-HUTANG TERTUNGGAK DENGAN ALONG-ALONG DAP.



4) UNTUK BERLAGAK DENGAN CAMRY BARU PUSING KAWASAN DI BUKIT GANTANG



5) UNTUK TUNJUK DIA LEBIH HEBAT DARIPADA SULTAN PERAK??? WALAUPUN DERHAKA TAPI ORANG HENDAK PILIH LAGI.

PERCAYALAH KALAU NIZAR DIPILIH, IANYA ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA PIHAK ISTANA. JELAS JELAS NIZAR TELAH DERHAKA. BUAT APA LAGI HENDAK PILIH DIA. BUKAN DIA HENDAK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT BUKIT GANTANG PUN TAPI NAK JADI KEPENTINGAN PERIBADI DIA SAHAJA. DULU DAH JADI MB..TAK TERJAGA PUN KEBAJIKAN ORANG DI BUKIT GANTANG..KENAPA BILA HILANG KUASA BARU TERHEGEH-HEGEH MAHU BERBAKTI PULA..NAMPAK LAH NIZAR NI PELAKON JUGA MACAM ANWAR IBRAHIM.

Thursday, April 2, 2009

PAS, Parti Ajaran Sesat

Nizar boleh hadir majlis sambutan Krismas untuk raikan DAP yang beragama Kristian. Menari atas jalan pun PAS sokong. Tak menjadi maksiat dan khurafat sesuatu program kalau PAS yang anjurkan. Konsert mereka lawan habis habisan...kalau mereka anjur sambutan hari Krismas boleh pula. Begitulah PAS for All bukan lagi Membangun Bersama Islam dan Bersama Kepimpinan Ulama. PAS sudah jadi Parti Ajaran Sesat.

Tiga Gadis DAP Perangkap BN Di Kuala Sepetang


Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media Kampung Baru Kuala Sepetang . Menurut maklumat yang Panglima terima, tiga orang gadis tersebut didatangkan khas dari sebuah kelab malam popular di Taiping untuk sengaja mengenakan Zahid Hamidi dan membuat pengundi Melayu membenci BN. Pemilik kelab tersebut adalah rakan baik Nga Kor Ming. Semua ini dirancang untuk membunuh karakter Zahid dan BN dalam pilihan raya di Bukit Gantang. Siapa yang paling banyak jadi peminum todi, arak dan judi???? Mereka adalah DAP. Jangan cepat terperangkap dengan strategi DAP. Mereka upah wanita seksi untuk burukkkan imej pemimpin Melayu. Jahat benar mereka.

PAS PELAWOK SARKAS

JANGAN PILIH PELAWOK SARKAS
DI BUKIT GANTANG.

Wednesday, April 1, 2009

Meriahnya Bukit Selambau







Pakatan Rakyat (Perompak Rakyat)

Pakatan Rakyat Perompak Budak Budak. Bodoh punya Pakatan. Budak Budak pun nak buli.

NIZAR SUDAH 2 BULAN DERHAKA...BUAT APA NAK PILIH PENDERHAKA..

Pakatan Rakyat adalah Penderhaka Raja. Orang macam Nizar yang sudah 2 bulan menderhaka pada raja tak patut jadi calon di Bukit Gantang. Patutnya Ustaz Idris Ahmad yang jadi calon PAS bukannya Nizar Si Penderhaka.