Friday, May 22, 2009

Padan Muka Kena Tangkap

Mereka yang demo ni tak boleh dibiarkan. Tangkap jer mereka nih. Enam belas yang ditahan malam tadi, termasuk ADUN Teratai, Jenice Lee, akan ditahan reman selama dua hari untuk siasatan atas dakwaan menyertai perhimpunan haram.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pagi ini.

janice lee teratai adun dap candle light vigil arrest 210509 14Turut ditahan malam tadi ialah pembantu Lim Kit Siang - Lim Swee Kuan - dan ahli majlis MPAJ S Supiramany dan seorang lelaki tua berusia 72 tahun.

Kesemua tahanan lelaki ditahan di ibupejabat balai polis Ampang manakala tahanan wanita ditahan di balai polis Pandan Indah.

Polis merakam kenyataan mereka semalaman. Para saksi ternampak Jenice memakai pakaian lokap pada kira-kira jam 1.30 pagi.

Ini merupakan kali kedua Jenice ditahan minggu ini. Selasa lalu, beliau ditahan selama enam jam, juga kerana menyertai nyalaan lilin.

Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 8.45 malam tadi selepas mengadakan nyalaan lilin di luar pusat khidmat Jenice. Padan muka korang. Ada ker logik sambut hari jadi pakai baju hitam tiup lilin tengah jalan. Ingat ke orang gila rupanya wakil rakyat yang buat perangai.

Tuesday, May 19, 2009

Bapak Bohong Anak Pencuri


Anak Raja Petra didakwa tuduhan mencuri

19/05/2009 3:01pm

SHAH ALAM 19 Mei - Anak kedua penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam.

Raja Azman Raja Petra, 33, dari No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh didakwa mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ nombor pendaftaran BJQ 9597 bernilai RM8,000 milik seorang lelaki, Syaiful Setapa.

Tertuduh juga mengaku mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, sebuah jam tangan Seiko dan serangkai kunci motosikal yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM3,850 dari sebuah kediaman milik Saipul Adli Mohamad Yunus.

Raja Azman juga mengaku telah memecah masuk ke dalam kediaman dan mencuri wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu milik Mohd. Syaiful Setapa.

Dia juga mengaku atas tuduhan pilihan iaitu memiliki sebuah motosikal Yamaha 135LC bernombor pendaftaran NBT 7332 milik Ahmad Firdaus Jalaluddin.

Kesemua perbuatan didakwa dilakukan Azman antara pukul 9.30 pagi, 20 Mac lalu dan 10.40 malam, 5 Mei lalu di Seksyen 19, Seksyen U2, dan di Kinrara Court Puchong dekat sini. Hukuman akan dijatuhkan pada 19 Jun ini. - Utusan

Haramkan Import Babi

KUALA LUMPUR 18 Mei – Langkah mengharamkan pengimportan babi dan semua produk haiwan itu bagi mengawal penularan wabak influenza A (H1N1) ke seluruh negara perlu dilaksanakan secara konsisten oleh semua kerajaan negeri.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, tindakan kerajaan Sabah untuk mengharamkan import babi dan semua produk haiwan itu perlu dicontohi oleh negeri-negeri lain.

“Semua pihak perlu bertindak secara proaktif untuk mengawal penularan wabak influenza A (H1N1) di negara ini jika terdapat bukti kukuh menunjukkan virus itu berpunca daripada babi.

“Langkah-langkah yang bertujuan melindungi keselamatan rakyat harus dilaksanakan secara telus sebelum wabak tersebut mengorbankan nyawa rakyat di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Sabah mengharamkan import babi dan semua produk haiwan itu sebagai langkah mengawal wabak influenza A (H1N1) menular ke negeri itu.

Timbalan Ketua Menterinya, Datuk Yahya Hussin berkata, notis larangan itu sudah dihantar kepada semua syarikat pengimport makanan sejuk beku yang berkuatkuasa pada 28 April lalu.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, larangan tersebut termasuk import produk babi dalam tin dari Semenanjung dan Sarawak.

Marimuthu berkata, golongan pengguna boleh memilih berhenti makan daging babi dan produk haiwan itu buat sementara waktu dan menggantikannya dengan makanan lain sebagai langkah berjaga-jaga.

“Lagi pun mereka tidak akan mati kerana tidak makan daging babi,” ujar beliau.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George pula melihat langkah memperketatkan saringan di semua pintu masuk negara lebih efektif berbanding mengharamkan pengimportan babi dan semua produknya.

Katanya, ramai yang mengetahui wabak tersebut bukan berpunca daripada babi semata-mata malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara itu.

“Oleh itu, semua pihak harus bertenang dan bekerja secara profesional serta mematuhi nasihat WHO sebelum mengambil sebarang tindakan yang akan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat,” katanya.

Menurut Jacob, kerajaan perlu meningkatkan kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di negara ini untuk memperketatkan sistem penyaringan di lapangan terbang dan semua pintu masuk negara bagi mengawal penularan wabak tersebut.

Monday, May 18, 2009

Awas Gigi Tian Chua

Hahaha...susah lah kalau macam ni..kena tangkap je gigit orang..tangkap je gigit orang...apa lah Tian Chua nih..rilekslah bro..janganlah gigit gigit, kesian kat polis polis tu. Kalau nak gigit Elizabeth Wong tak aperlah..Gamaknya gigi Tian Chua ini diperbuat daripada besi kot.


Uthayakumar Bukan Ikon Malaysia

Ade ke logik Uthayakumar dipanggil oleh Gobind Singh Deo sebagai ikon Malaysia????? Bapa Gobind Singh Deo lagi layak dipanggil sebagai ikon. Uthayakumar, pemimpin Hindraf yang baru dibebaskan dari ISA digelar sebagai ikon? Orang yang berbohong kepada masyarakat India di Malaysia kerana menjanjikan RM1 juta setiap orang dikatakan sebagai ikon...orang yang menyebabkan masyarakat India hilang kuasa dalam pentadbiran kerajaan dan hilang banyak kerusi di negeri dikatakan sebagai ikon??? Inilah dia penyelewengan fakta oleh sesetengah pihak yang mahu melihat orang yang mengepalai demo jalanan dan membaling batu bata kepada polis sebagai hero...pandai betul mereka berlakon kan...tengok lah nanti kalau dah bebas nih..nak pandai terima kasih ke tak???????

Sunday, May 17, 2009

Hingus Babi


Kes kedua Influenza A (HINI) dikesan di P Pinang
May 16, 09 12:34pm
Kes kedua influenza A (HINI) dikesan di Hospital Pulau Pinang semalam.

Ia membabitkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Pelajar itu, yang merupakan teman pelajar kes pertama, turut menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari New York yang tiba di KLIA pada jam 7.15 pagi 13 Mei lepas.

Pelajar mangsa pertama itu - berusia 21 tahun - dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan semalam.

Panglima cadangkan agar sesiapa yang membuka ladang babi agar dimusnahkan kandang tersebut. Hingus babi ini bahaya. Tidak boleh dibiarkan berterusan. Boleh membunuh manusia. Tak kan lah kerana sayangkan babi sebagai makanan kita sanggup biarkan manusia mati?????

Thursday, May 14, 2009

Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan


Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan

KOTA BHARU 13 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menolak pembentukkan kerajaan perpaduan dengan UMNO walaupun ia menjadi topik hangat menjelang muktamar agung parti itu, Jun ini.

Ia sekali gus menolak tanggapan pihak tertentu bahawa beliau menyokong cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang ditulis oleh anaknya, Nik Abduh dalam laman blognya baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak percaya bahawa UMNO benar-benar ikhlas untuk bekerjasama dengan Pas.

"Tidak boleh, saya dengan UMNO, saya tidak percaya keikhlasan dia (UMNO) sebab dia telah tipu Pas masa dulu. Disebabkan itu, Pas telah berpecah kepada tiga ada yang sokong dan saya tergolong dalam orang yang menyokong masuk Barisan Nasional (BN), ada pula yang menjadi Hamim dan Berjasa.

"Apa jaminan mereka tidak akan 'tendang' kita lagi, bila kami 'ditendang' dulu, kami cuma jadi orang yang tolak kereta buruk UMNO, bila hidup kami ditinggalkan 'makan asap dan selut' dia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Nik Abdul Aziz bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat BN memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata dalam blog anaknya, Nik Abduh: ''Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.

''Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran misalnya. Kita nak jadi Perdana Menteri, mesti mereka tidak terima. Jadi, kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.''

Nik Abduh menjelaskan jawapan tersebut diungkapkan oleh bapanya ketika beliau membangkitkan soal penerimaan kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang disifatkan kedua-duanya bukan daripada jenis negara Islam - ketika mereka berdua sedang berbual.

Cadangan pembentukan kerajaan perpaduan itu diketengahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mac lalu, bagaimanapun ia ditentang oleh banyak pihak termasuk, Nik Abdul Aziz.

Pada bulan lepas, Abdul Hadi menarik balik cadangan tersebut dengan alasan kepimpinan negara telah bertukar dan pihaknya perlu melihat perkembangan terbaru sebelum ia diteruskan semula.

Isu pembentukan kerajaan perpaduan juga menjadi polemik berpanjangan menjelang pemilihan parti itu yang mana golongan pro-Anwar Ibrahim menolak cadangan tersebut, manakala golongan konservatif dilihat lebih terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau akan hanya menerima UMNO sekiranya parti itu menukar dasarnya kepada Islam.

"Tidak ada cara lain, kecuali UMNO tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam, saya akan sokong, kalau dia tukar dasar, tidak ada sebab kami hendak lawan Islam," katanya.

Tambahnya, Kelantan telah menunjukkan contoh kerajaan perpaduan kerana kakitangan kerajaan negerinya terdiri daripada pelbagai kaum.

Saturday, May 9, 2009

Sidang DUN PERAK Kecoh.

Sidang DUN Perak kecoh-SewelKumar Punya Angkara


Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 tertangguh kira-kira lima jam akibat kekecohan yang berlaku antara penyokong kerajaan dan pembangkang. Dr. Zambry Abd. Kadir cuba mententeramkan keadaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh semalam. – HANAFI KHAMIS


IPOH 7 Mei – Kecoh dan menghina institusi diraja. Begitulah suasana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hari ini. Majlis perasmian yang sepatutnya berlangsung kira-kira pukul 10 pagi tertunda ke pukul 3.15 petang.

Hanya selepas kira-kira lima jam drama keangkuhan dan kedegilan barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang ‘ditayangkan’, barulah majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Perak Ke-12 berjaya disempurnakan.

Itu pun selepas Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim yang tiba kira-kira pukul 9.30 pagi terpaksa menunggu di kamar diraja kira-kira lima jam.

Sedangkan sebelum itu, baginda telah pun memeriksa barisan kawalan kehormat dan sepatutnya merasmikan majlis pembukaan selepas itu.

Peliknya, selepas menimbulkan kekecohan sehingga berlaku adegan tolak-menolak, pergelutan kecil dan hamburan kata-kata kesat, ADUN pakatan pembangkang akhirnya sanggup pula untuk akur.

Kesemuanya itu didorong oleh sikap angkuh, degil dan tindakan mempermainkan kemuliaan Dewan sehingga mewujudkan suasana tegang dan menuntut Raja Dr. Nazrin supaya ‘menunggu’.

Dengan diketuai bekas Speaker, V. Sivakumar, Aturan Mesyuarat yang sepatutnya membantu melancarkan perjalanan sidang DUN diketepikan.

Malah, pakatan pembangkang seolah-olah lupa diri dan tidak menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi suara majoriti.

Sebaik berakhirnya upacara membaca doa, Sivakumar bertegas tidak mahu memulakan sidang DUN selagi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exconya berada di dalam Dewan.

Beliau turut mengarahkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaitu Hee Yit Foong (Jelapang), Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) meninggalkan Dewan dengan segera.

Beliau juga mengumumkan tempat duduk ADUN adalah berdasarkan status quo seperti sebelum ini.

‘‘Saya tak mahu ketujuh-tujuh orang (Zambry dan enam ahli Exco) yang digantung berada dalam Dewan. Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah diterima pada 3 Mac lalu, bukan saya.

‘‘Saya juga arah ketiga-tiga orang yang saya anggap telah meletak jawatan keluar daripada Dewan. Saya hendak 10 orang ini (tujuh ADUN BN dan tiga ADUN Bebas) keluar Dewan dulu baru mulakan sidang,” katanya sebaik mengambil tempat duduk Speaker dalam DUN di sini hari ini.

Bagaimanapun, Zambry dan sembilan lagi ADUN terbabit tidak mempedulikan arahan Sivakumar.

Kekecohan berlarutan sehingga ada ketikanya hampir bertumbuk apabila kedua-dua pihak cuba menegakkan pendapat masing-masing.

Dalam suasana kelam kabut itu, Zambry membuat usul memecat Sivakumar sebagai Speaker dan Timbalan Speaker, Yit Foong mengumumkan mengambil alih tugas menggantikan Sivakumar.

Bagaimanapun Sivakumar menegaskan, usul itu tidak boleh diterima daripada seseorang yang telah digantung keahliannya sebagai ADUN.

Keputusan menggantung 10 ADUN tersebut daripada menghadiri sidang DUN dibuat oleh Sivakumar menerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang bersidang di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Zambry kemudian mengulangi usul yang sama dan sekali lagi disokong oleh semua ADUN Barisan Nasional (BN) dan tiga ADUN Bebas.

Sebaik sahaja usul pelantikan Speaker baru diluluskan oleh penyokong BN, Yit Foong mengisytiharkan R. Ganesan sebagai Speaker baru sebelum dipakaikan jubah oleh Zambry.

Selepas mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ADUN BN, bekas ADUN Sungkai itu mengambil alih sidang Dewan daripada Yit Foong.

Empat usul telah diluluskan oleh Ganesan iaitu pelantikan ahli baru bagi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri, Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Turut diluluskan ialah usul membatalkan sidang DUN Perak di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Sivakumar yang sejak awal mempertikaikan kedudukan Ganesan kemudian menegaskan beliau menolak kesemua usul tersebut.

Memandangkan situasi yang semakin tegang, Zambry mengusulkan supaya sidang Dewan ditangguhkan selama sejam bermula pukul 11.15 pagi.

Walaupun ditangguhkan, Sivakumar tetap tidak berganjak daripada tempat duduk Speaker sejak pukul 9.45 pagi.

Sidang Dewan sekali lagi ditangguhkan pada pukul 1 petang. Ketika ini Sivakumar masih juga berada di tempatnya.

Keadaan agak terkawal apabila polis mula memasuki Dewan dan mengarahkan Sivakumar bangun daripada kerusi Speaker yang didudukinya.

Kedegilannya menyebabkan polis dan beberapa petugas Dewan terpaksa ‘mengangkat’ serta mengusung beliau ke luar.

Walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan ADUN pembangkang masih lagi mempertikaikan tindakan terhadap Sivakumar, namun kehadiran Raja Dr. Nazrin berjaya menenangkan keadaan.

Selepas baginda berjumpa dengan Mohammad Nizar dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, pembangkang dilihat mula mematuhi peraturan Dewan.

Monday, May 4, 2009

BERSIH tak payah pakai bajulah lagi senang


Panglima terkejut bila tiba-tiba ja Gabungan Bersih untuk pilihan raya ni tak tukar baju dari warna kuning menjadi hitam. Panglima hilang respect terus pada mereka. Jelas lah BERSIH ini alat pada pembangkang ja. Tak hormat langsung raja MELAYU. Korang ni lebih baik tak yah pakai baju langsung lah. Buat menyemak je...korang ni kat atas jalan..otak tak bersih langsung. Dah kuning dah dengan ideologi Anwar dan AMERIKA. Raja pun korang tak hormat

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mahu lagi berbaju kuning, ia akan melancarkan kempen berbaju hitam sempena membantah sidang DUN Perak, Khamis ini.

NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang" - meniru slogan perdana menteri baru.

Jurucakapnya Faisal Mustaffa berkata Bersih menganggap slogan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai "lawak jenaka kepada rakyat Malaysia" apabila rampasan kuasa Februari lalu membelakangkan perlembagaan.

Bersih akan mengadakan sidang media jam 10 pagi esok di Kuala Lumpur bagi mengumumkan pendiriannya tentang perkara tersebut.

Sementara itu, Speaker DUN V Sivakumar berkata beliau telah mengutuskan surat rasmi kepada Sultan Perak pagi ini, memohon baginda menangguhkan persidangan tersebut "buat sementara waktu" bagi mengelakkan insiden "yang sukar dikawal."

Beliau juga berharap persidangan DUN dapat diadakan selepas pertikaian antara menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir.

"Saya juga berasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.

"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing.

Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang dewan negeri diadakan dalam kedudukan YAB menteri besar Perak masih dalam pertikaian di mahkamah."

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan, polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berhimpun berhampiran bangunan DUN itu sewaktu persidangan sedang berlangsung.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata polis banyak menerima maklumat terdapat pemimpin-pemimpin parti tertentu dalam ceramah mereka sebelum ini telah menyeru orang ramai supaya berhimpun di bangunan SUK dan seruan yang
sama juga didapati di laman-laman blog tertentu dan media alternatif.

"Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram termasuk mereka yang merancang atau yang menganjurkan perhimpunan-perhimpunan tersebut," beliau dipetik berkata hari ini.

"Polis akan bertindak tegas ke atas sesiapa sahaja yang merancang atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam."

Beliau juga menyeru pengguna-pengguna jalan raya tidak menggunakan jalan-jalan berdekatan dengan bangunan DUN pada hari tersebut dan menasihatkan orang ramai yang tiada kaitan dengan persidangan itu supaya tidak berkumpul dan mereka yang menerima jemputan sahaja dibenarkan masuk ke bangunan tersebut.

Zulkefli berkata satu perjumpaan antara polis dengan wakil-wakil dan ADUN PAS, PKR dan BN telah diadakan pagi tadi di ibu pejabat kontinjen Perak untuk berbincang bagi melancarkan perjalanan sidang dewan berkenaan tetapi beliau dukacita wakil parti DAP tidak turut serta walaupun telah dijemput sama dalam pertemuan tersebut.

Sunday, May 3, 2009

Ayam Jadi Barang Kawalan


Panglima sokong sangat dengan tindakan kerajaan ini. Biar orang faham kenapa harga barang di Malaysia ini mahal sangat. PKR yang selama ini dok salah kerajaan sebab harga minyak naik maka barang naik. Sekarang tahulah korang siapa yang angkara naikkan harga ayam nih. Sokong jangan bagi AP AP itu pada orang tertentu sahaja. Liberalisasikan ia, bagi pada orang-orang yang susah di bawah sana tu. Mereka perlukan perhatian. Bukan setakat ayam, gula pun patut jadi barang kawalan.

PUTRAJAYA 2 Mei – Setelah kata dua supaya harga ayam diturunkan tidak dipedulikan, kerajaan hari ini memutuskan untuk menjadikan bahan makanan utama rakyat itu sebagai barang kawalan manakala lesen permit importnya (AP) akan diliberalisasikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah meminta ketua setiausaha kementeriannya menyediakan dua kertas cadangan berhubung perkara itu untuk dibentangkan kepada Kabinet dalam mesyuaratnya 13 Mei ini.

Tegasnya, beliau tidak nampak alasan harga makanan yang tinggi dan cuaca panas menjadi punca kenaikan harga ayam oleh Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (PPPM) tetapi berkongsi pandangan dengan orang ramai bahawa ia disebabkan permintaan babi yang menurun akibat wabak Influenza A (h1n1).

‘‘Oleh kerana orang sekarang beralih makan ayam disebabkan wabak Influenza A (h1n1), maka PPPM menaikkan harga ayam.

‘‘Isu harga ayam ini berkepentingan rakyat. Saya tidak boleh berkompromi, sepatutnya semua pihak membantu kerajaan mengurangkan bebanan rakyat. Saya akan pulang ke tanah air 7 Mei ini dan akan membentangkan dua kertas Kabinet ini pada mesyuarat 13 Mei,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di Mekah hari ini.

Beliau mengulas pendirian PPPM enggan menurunkan harga ayam yang melibatkan kenaikan antara 40 sen hingga 60 sen walaupun didesak oleh pelbagai pihak termasuk kementerian.

Tindakan mencabar kewibawaan pihak kementerian itu menunjukkan penternak mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan naik turun harga ayam.

Kenaikan harga ayam antara 40 sen hingga 60 sen itu yang dianggap KPDNHEP sebagai mahal bagaimanapun disifatkan oleh PPPM berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa.

Ismail Sabri berkata, isu harga ayam melibatkan kepentingan rakyat terutama dalam situasi ekonomi sedang meleset ini.

‘‘Tindakan menyusahkan rakyat tidak boleh diterima sama sekali. Oleh itu, untuk mesyuarat Kabinet 13 Mei ini, saya akan mendapatkan pandangan daripada kementerian-kementerian lain dalam menetapkan harga ayam sebagai barang kawalan serta membolehkan monopoli lesen AP ayam dihapuskan.

‘‘Ini kerana isu monopoli lesen AP ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, KPDNHEP memerlukan input dan cadangan pihak berkaitan,” katanya.

Pengerusi Unit Ayam Daging PPPM, Kwei Yew Tong mendakwa PPPM tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga ayam kerana bekalan tidak mencukupi.