Wednesday, July 22, 2009

Kisah Benar Teoh Beng Hock?


Latar Belakang

1. YB Ean Yong Hian Wah adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram.

2. Teoh Beng Hock pula adalah Setiausaha Politik kepada YB Ean Yong Hian Wah.

3. YB Ean Yong Hian Wah adalah antara Exco dan ADUN yang disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor.

4. YB Wee Choo Keong (MP Wangsa Maju) telah menyatakan bahawa pejabat salah seorang ahli EXCO kerajaan negeri Selangor digunakan untuk tujuan perniagaan ahli-ahli kongsi gelap.

5. Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng pula menyeru SPRM agar berhenti menindas ahli-ahli politik PR terutama sekali ahli-ahli DAP kerana usaha ini berbau politik dan tidak menegakkan keadilan mau pun membenteras korupsi.

6. Pemimpin-pemimpin PR medesak agar segala siasatan SPRM selanjutnya perlu ditemani wakil guaman dan tidak perlu bertempat dipejabat SPRM.

Persoalan

Jika andaian bahawa Teoh Beng Hock dibunuh adalah benar, siapa dan pihak manakah yang akan beroleh faedah dengan kematian beliau?

i. Kerajaan BN dan SPRM

ii. Kerajaan Negeri Selangor dan DAP

iii. Kumpulan Kongsi Gelap

Jawapan

i) Kerajaan BNdan SPRM

Kedua-dua pihak ini tidak mempunyai sebab untuk membunuh Teoh kecuali:

· Ianya dilakukan sebagai sabotaj terhadap Kerajaan BN dan SPRM

· Berlaku tindakan jenayah oleh mereka yang tidak bertanggung jawab

Jelas kedua-dua kemungkinan ini tidak membabit Kerajaan BN atau SPRM. Insiden saperti ini memberi kesan buruk kepada reputasi Kerajaan BN dan SPRM yang baru ditubuh. Untuk membuat tuduhan bahawa ianya dirancang adalah tidak logik. Anggota SPRM yang terlibat boleh diandaikan berugama Islam. Adakah masuk akal bahawa mereka sanggup membunuh dalam menyoal-siasat kes tuduhan rasuah? Adakah mereka langsung tidak beriman? Jika benar mereka membunuh, maka neraka jahanamlah tempat mereka. Tiada boleh belas kesian.

ii) Kerajaan negeri Selangor dan DAP

Segala siasatan oleh SPRM terhadap ahli-ahli kerajaan negeri Selangor terjejas dan tergendala akibat apa yang berlaku. Apa-apa rahsia yang ada pada Teoh terkubur bersama beliau.

Akibat insiden ini juga, sentiment dan kebencian rakyat terhadap apa yang dilaungkan sebagai Kerajaan BN yang zalim akan bertambah. Ini merupakan modal besar yang boleh digunakan sehingga PRU ke13. Untuk kaum Cina pula, ini satu lagi contoh penindasan terhadap mereka. Apatah lagi apabila yang mati itu anak pemandu teksi yang miskin.

iii) Kumpulan Kongsi Gelap

Hubungan antara ahli politik PR dan ahli kongsi gelap yang disyaki selama ini jelas ujud. Kumpulan triad saperti four heavenly kings amat berpengaruh dan perkasa didalam pelbagai bidang perniagaan.

Demi untuk menutup rahsia dan memberi amaran kepada sesiapa yang ingin membocorkan maklumat, kumpulan kongsi gelap tidak keberatan untuk membunuh.

Rumusan

Disebalik segala tomahan dan tuduhan, Kerajaan BN dan SPRM merupakan pihak yang paling tidak menginginkan sesuatu insiden saperti kematian Teoh Beng Hock ini.

Oleh itu jelas bahawa kita tidak boleh sangkal yang kematian Teoh berpunca dari kegiatan kongsi gelap yang mempunyai pertalian dengan pemimpin politik dan kematian beliau secara kejam ini memberi political mileage yang tidak terhingga.

Dari satu keadaan yang akan membawa padah kepada kumpulan kegiatan gelap, ianya telah berubah dimana Kerajaan BN dan SPRM dipertanggong jawapkan keatas kematian Teoh. Yang paling seronok adalah DAP dan sekutu-sekutu mereka, sentiment anti-BN sekarang semakin meluak.

Bagi yang beragama Islam, haruslah bersabar sebab yang dari SPRM itu juga saudara. Syak itu lebih buruk dari membunuh dan sebelum maklumat sepenuhnya diperolehi tak perlulah membabi buta membuat tuduhan.

Saturday, July 4, 2009

Guan Eng Lepas Tangan

Kampung Buah Pala akan dirobohkan oleh Kerajaan DAP Penang pimpinan Guan Eng. Masa nak undi dulu bukan main sedap lagi DAP dok kata macam macam kat BN. Sekarang ni bila dah naik jadi orang nombor satu di Penang, baru lah ketahuan DAP. Aku cadang Hindraf minta satu sorang satu juga untuk rakyat India di Kampung Buah Pala. Guan Eng memang racist, dengan orang Melayu dia hapus DEB, dengan orang India dia hapus Kampung Buah Pala. Naik Pala betul Guan Eng nih....memang patut pun patung Guan Eng kena bakar.

Wednesday, July 1, 2009

Tanda Tanda Anwar Kena Sumpahan Saiful

1) Anwar takut nak hadapi perbicaraannya
2) Anwar mula canang bahawa kes perbicaraannya satu konspirasi
3) Anwar upah budak budak PKR dan PAS buat ceramah beritahu kata kes nya satu kes aniaya
4) Anwar buah ceramah untuk timbulkan mood reformasi
5) Anwar mula cari simpat dari luar negara. Gelabah Anwar bila Najib sendiri sudah telefon Obama