Sunday, April 18, 2010

Pakatan Haram Cemarkan Masjid

pilihanraya kini     7:53 PM    

100 penyokong pembangkang baling telur busuk bantah isu Apco Worldwide

IPOH: Pemimpin dan penyokong pembangkang yang menyertai perhimpunan membantah isu syarikat perunding, Apco Worldwide, di pekarangan Masjid Sultan Idris Shah II, di sini, membaling telur busuk hingga mencemari masjid dan jemaah yang baru selesai solat Jumaat, semalam.

Balingan itu menyebabkan percikan teluk busuk itu turut mengenai orang ramai selain kelihatan kasut berterbangan dibaling peserta perhimpunan ke arah papan itu.

Penganjur kemudian meletakkan papan berkenaan di atas jalan di pintu pagar masjid, sebelum meminta umat Islam memijak dan penunggang motosikal menggilisnya ketika mahu keluar.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakari yang diminta mengulas kejadian itu, berkata perbuatan membaling telur busuk di kawasan masjid, haram hukumnya kerana ia mencemari kesucian rumah Allah.

"Perbuatan ini (baling telur busuk dalam kawasan masjid) sangat biadap... itu bukan ajaran Islam, buatlah kerja yang senonoh sikit," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, turut menyelar tindakan peserta perhimpunan itu.

"Perbuatan mereka ini terlalu biadap. Ini bukan budaya Islam atau budaya Melayu," katanya ketika dihubungi.

LEPAS NI KORANG LETAK PULA GAMBAR NUAR DAN WOLFOWITZ & AL GORE...BALING LE DGN KASUT PULAK

BHarian

5 comments :

Anonymous said...

Pembangkang ni dengan penyokong tegar mereka memang suka buat kerja yg tak berfaedah. Bukan depa nak pegi solat Jumaat malah nak tunjuk kononnya mereka ni la yg baik. Hampa baling signboard tu dgn telur busuk buat pa? Bodoh betui...sebab itu cuma signboard jer. Kalau betul nak bertindak, pi ke Ibu Pejabat APCO tu...tunjuk terrer hampa, silaps silap kena masuk lokap sebab nanti kat sana depa kata hampa semua ni orang gila yg patut masuk Hospital Gila!! Syabas pembangkang kerana mempunyai poyokong yg gila dan bodoh!!

Anonymous said...

kalau nak jadi gila pun biarle bertempat.,pi dok tampoi ke,tjg ke..susahx2 pi dok sg buluh ...standby jadi geng tokey meroyan nak jadi PM

Anonymous said...

benda nie kena tanya TGNA....kot2 dia ada dalil pasal benda nie diharuskan...xpun mntk org2 PAS tlg sampaikan kt dia..

Anonymous said...

Kononnya pembela agama..tapi sikap spt Jahiliyah.... adakah ini melambangkan keperibadian seorang beragama Islam?

pkr said...

MENGAKU DULANG PAKU SERPIH,MENGATA ORG BN YG LEBIH...HAHAHA ETH2 TU PENYOKONG BN..PAS TU WT FITNAH...IGT SEMUA ORG NI BODOH NK CAYE JEW CETE TU...

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.