Sunday, August 29, 2010

Khairy Jamaluddin Giliran Kau Pulak

pilihanraya kini     10:57 PM    

Namewee cabar ketua Puteri Umno berdebat
Ogos 29, 10 2:11pm
Kongsi 28
Namewee atau Wee Meng Chee telah menarik balik video kontroversi terbarunya minggu ini, dan mencabar pengkritiknya, ketua Puteri Umno Datiuk Rosnah Rashid Shirlin untuk berdebat secara terbuka.

Sebelum ini Rosnah mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee kerana didakwanya telah mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Menurut Rosnah, klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Saya ingin tahu daripadanya (Rosnah), kenapa dia menyerang mangsa (masyarakat Malaysia), sedangkan pelaku sebenar isu ini belum dihukum," kata Wee (kiri) dalam satu kenyataan di blognya hari ini.

"Jika dia merasakan saya tidak menghormati dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara saya sendiri, maka sila terima pelawaan untuk berdebat secara terbuka tentang isu ini.

"Bantu kami rakya Malaysia untuk mendefinisikan, bagaimana untuk menjadi warganegara Malaysia yang patriotik, tolong ajar kami," katanya.

Wee bersungguh-sungguh mahu membela dirinya di arena awam dengan berkata: "Banyak tuduhan dilemparkan terhadap saya sejak 2007... tidak ada yang nampaknya membela diri saya di arena politik.

"Nama saya telah dipergunakan dalam banyak insiden oleh ahli politik sejak bertahun-tahun. Kali ini saya tidak akan membiarkan tuduhan kosong tanpa asas dilemparkan terhadap saya lagi.

"Saya hanya seorang individu tanpa agenda atau motif politik, yang ingin menyuarakan pendapatnya menentang sikap perkauman di negara ini," katanya.



AKU CABAR KAU KJ PERGI DEBAT DENGAN BUDAK NAMEWEE NIH..ROSNAH DAH BUAT TUGAS DIA..SEKARANG GILIRAN KAU PULAK NAK BERDEBAT DENGAN BUDAK NAMEWEE NIH...

3 comments :

agbr47 said...

"Sorry lah. Saya akan bersara tak lama lagi. Berilah peluang pada orang lain. Kerja saya hanya untuk memerhati orang yang boleh buat kerja"

He, he, he... Sekadar persepsi.

agbr47: Takde beraninya dia.

ajai62 said...

Salam Bro
Mana ada telor...kena hentak dengan Perkasa pun dah nak merajuk...macam pondan...

amnitpg said...

Berani dia sebab dulu pak mentua PM, laa ni dak tak da sapa nak bergayut..berani ka.. lebih baik teloq simpan untuk M*** yang disayang.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.