Saturday, September 11, 2010

PM KENA TENGOK SAMA BAKAT YANG DAH ADA DI MALAYSIA

pilihanraya kini     11:56 PM    

AKU SETUJU BILA PM KATA NAK KAJI GAJI UTK TARIK ORANG KITA KAT LUAR KERJA KAT MALAYSIA....TAPI HANYA NAK KAJI UNTUK ITU SAHAJA TAK GUNA JUGAK..DIAORANG NI BUKAN HARGAI PUN APA YANG KERAJAAN BUAT..BALIK SOKONG PAS DAN PKR JUGAK...

PM TENGOK LAH SAMA ORANG YANG SIANG MALAM SOKONG BN NI..MEREKA NI GAJI CIPUT JA..KERJA SIANG MALAM..KADANG KADANG SAPI NI PUNYA KERJA..LEMBU LAIN YANG DAPAT SUSU...SOKONG SOKONG JUGA..ORANG LAIN BARU SOKONG DUA TIGA HARI DAH DAPAT MACAM MACAM..SAPI NI KERJA MACAM SAPI GILA...KADANG2 TAK DIHARGAI PUN..INILAH PASAL RAMAI ORANG SOKONG SAMA PKR DAN PAS....PM KENA TENGOK BETUL BETUL BENDA NI...KENA JUMPA GRASSROOT BETUL BETUL...

JANGAN ASYIK KENA TIPU JA DENGAN PENGAMPU PENGAMPU PM..PENGAMPU NI LAH YANG AKAN BUAT PM HILANG SOKONGAN DI AKAR UMBI....BUAT TALENT CORPORATION NI CARILAH DENGAN ADIL BAKAT KAT DALAM NEGARA ...JANGAN TENGOK KUMAN KAT SEBERANG TU HEBAT SANGAT...GAJAH DEPAN MATA NI SOKONG MACAM NAK MATI...BILA MATI PUN INGAT ORANG TAK KENANG PUN...HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU..

Struktur gaji Malaysia dikaji, kata Perdana Menteri

11/09/2010 10:40pm

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Kerajaan akan mewujudkan langkah-langkah bagi memastikan struktur gaji di Malaysia setara dengan nilai sebenar bakat seseorang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Saya berpendapat bakat sumber manusia di Malaysia mempunyai nilai di bawah pasaran. Maka, kami perlu mencari satu mekanisme, yang boleh meningkatkan tahap gaji di negara ini,” katanya.

Ini merupakan antara langkah-langkah yang akan diambil kerajaan bagi menarik diaspora rakyat Malaysia, kata beliau ketika diwawancara Martin Soong dalam rancangan The CNBC Conversation.

Najib berkata, kerajaan juga akan mengumumkan beberapa perkara penting sedikit masa lagi dalam hal pengwujudan Talent Corporation (perbadanan bakat) yang akan menarik rakyat Malaysia yang berada di luar negara, untuk menggalakkan mereka kembali berkhidmat di negara ini.

Daripada segi untuk mengurangkan pengaliran keluar dana, beliau berkata, setakat ini, terdapat beberapa petunjuk awal yang positif.

"Dalam suku pertama tahun ini, aliran kekayaan adalah sedikit sebanyak setara. Ini adalah satu petanda baik. Kemungkinannya adalah sudah wujud lebih keyakinan dan semakin jelas daripada segi hala tuju negara ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata perolehan kerajaan kini adalah berdasarkan kepada tender terbuka atau terhad.

Sebagai sebahagian daripada tindakan besar yang diinstitusikan oleh kerajaan bagi membanteras rasuah, beliau berkata proses secara rundingan terus telah banyak berkurangan.

Beliau berkata, kerajaan akan terus komited untuk membanteras rasuah, yang menjadia sebahagian besar agenda nasional dan Program Transformasi Kerajaan(GTP).

“Kami akan mengukuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi kami perlu menghasilkan lebih banyak keputusan, iaitu sabitan. Ini adalah satu proses, satu perjalanan, kami komited melakukannya (membanteras rasuah). Kami pastinya akan memfokuskan kepada bagaimana hendak melaksanakannya,” kata Najib. - Bernama

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.