Wednesday, March 23, 2011

ANWAR TERIAK GELAR ORANG SARAWAK BODOH!!

pilihanraya kini     11:34 AM    


ANWAR IBRAHIM dikatakan telah mula dikagumi dan disayangi orang2 Sarawak. Sejauhmana relevennya kenyataan ini? Impian Ketua Pembangkang untuk merampas Negeri Sarawak demi mendapatkan kuasa Negara. Kuasa Negara bukan satu2 nya impian Bekas Timbalan Perdana Menteri ini. Malah lebih dari itu, beberapa strategi telah dibentangkan secara sulit kepada setiap orang2 kanannya yang akan diletakkan sebagai orang terpenting di Negeri2 yang berjaya dirampas. Kerana Anwar mengakui, PKR tidak mampu menggondol kesemua kerusi DUN bagi sesebuah Negeri. Mungkin sebilangan masyarakat Sarawak seakan2 tidak kelihatan apa yang telah dilaksanakan oleh Anwar di Semenanjung setelah Pembangkang berjaya merampas 4 buah Negeri.



KELANTAN. Salah 1 Negeri yang berjaya kekal ke tangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) pimpinan Diktator parti tersebut, Nik Aziz Nik Mat. Ramai yang memang menjangka Kelantan akan menjadi hak milik PAS. Jika dikira tahun ini sudah menjangkau 21 Tahun pemerintahan PAS di bawah Negeri tersebut. Kelantan sebuah Negeri yang pada dasarnya tidak ada apa2 tarikan akibat kelembapan pemerintahan Nik Aziz yang agak kurang cerdik dalam mengatur strategi Ekonomi.

Ikutkan hati, Anwar sememangnya mahu mencantas Nik Aziz yang semakin lemah berhadapan dengan penyakit2 tuanya. Langsung tidak bermaya dan membiarkan dirinya lemah walaupun mahu terus memegang kuasa. Namun, pengaruh Nik Aziz di Kelantan tidak dapat dinafikan masih berbisa. Maka Anwar mesti mencantas Nik Aziz dengan cara 'berhemah'.

HUSAM MUSA. Manusia ini secara tiba2 muncul aktif dalam perjuangan PAS selepas Anwar diusir dari UMNO. Beliau merupakan antara orang kanan Anwar yang telah menyeludup PAS Kelantan sehingga memegang jawatan No. 2 di dalam pimpinan PAS Kelantan. Anwar telah berjaya meletakkan Husam dan 'memikat' Nik Aziz sehingga orang tua ini tertawan dengan beliau.

Hari ini, Husam Musa berjawatan Exco Kebajikan dan Perancangan Ekonomi Negeri Kelantan merangkap Exco paling kanan. Husam kini menjadi Think Tank kepada Nik Aziz. Strategi Anwar meletakkan beliau sebagai salah seorang orang paling kanan Kerajaan Negeri berjaya. Nik Aziz amat mengharapkan Husam mampu menjana ekonomi Kelantan kerana yakin dengan krelibiliti beliau yang dianggap bijak seperti Anwar. Apa kejayaan Anwar dan Husam Musa di Kelantan?


RAMPASAN TANAH. Rampasan tanah Penduduk Orang Asli di Loging, Gua Musang, Kelantan yang sememangnya tidak bergeran. Tanah2 ini tanpa sebarang perbincangan dengan penduduk kawasan telah berjaya dijual kepada Taukeh2 Cina dari Singapura bagi membangunkan pertanian sayur2 an termasuklah Tanah2 Perkuburan milik mereka. Orang2 Asli ini dihalau dan diarah berpindah ke kawasan2 lain. Amat bijak Husam Musa kerana tidak merampas kesemuanya secara drastik. Sedikit demi sedikit tanah Orang Asli di Loging ini dirampas. Sehinggakan perkampungan mereka semakin mengecil menunggu masa untuk ditarah kesemuanya. VIDEO 1 DI ATAS telah memaparkan kekejaman PAS Kelantan melalui Husam Musa. Tanah2 Orang Asli milik nenek moyang mereka kesemuanya telah ditarah. Video ini telah berjaya dirakamkan oleh Blogger2 yang mengendalikan GalasUntukBN.


Kini Perkampungan Orang Asli di Loging yang dahulunya merupakan sebuah perkampungan terbesar hari ini dilihat antara yang paling kecil di Negeri tersebut. Apa yang mampu mereka perjuangkan. Kerajaan Negeri Kelantan bukan sahaja tidak boleh menggunapakai Undang2 sedia ada yang hampir menyerupai NCR, malah geran tanah juga tidak diberikan walaupun telah dimohon berulangkali. Rupa2 nya, Husam Musa mahu jual tanah tinggalan nenek moyang mereka. VIDEO 2 ini juga membuktikan situasi yang berlaku terhadap Tanah2 Orang Asli di Kelantan. Video ini juga telah berjaya dirakamkan oleh Blogger2 yang mengendalikan GalasUntukBN.


Banyak lagi Video2 yang berjaya dirakamkan seperti di atas yang telah dirakamkan oleh oleh blogger Darul Ehsan Today yang turut melibatkan analisis serta temubual blogger2 lain seperti PapaGomo dan Blogger Gelombang Rakyat sendiri. Ianya berjaya disembunyikan oleh Kerajaan Negeri sejak sekian lama. Pilihan Raya Kecil DUN Galas, Gua Musang Kelantan telah menjadi saksi rahsia rampasan tanah ini dipamerkan ke seluruh masyarakat Malaysia.

Husam Musa kini berjaya mencapai misi Anwar yang sememangnya kemaruk hendakkan kuasa politik, kuasa harta kekayaan hasil bumi Malaysia. Fikirkan sejenak apa sebenarnya yang Anwar beriya2 mahukan Sarawak ini menjadi hak milik Pembangkang? Anwar sebenarnya tidak kemaruk mahu PKR mengetuai Kerajaan Negeri Sarawak.Asalkan Pembangkang waimah DAP sekalipun, Anwar telah mengatur strategi tersendiri.

ADAKAH SARAWAK BAKAL MENGHADAPI NASIB YANG SAMA SEPERTIMANA YANG BERLAKU DI KELANTAN?? SIAPA 'HUSAM MUSA' DI SARAWAK YANG AKAN MELAKSANAKAN MISI ANWAR DI NEGERI BUMI KENYALANG?? ADAKAH ORANG IBAN, ORANG DAYAK DAN ORANG PENAN TURUT AKAN MENGHADAPI NASIB YANG SAMA SEPERTI DI KELANTAN??

1 comments :

Ezatie said...

http://izatilsuhaimi.blogspot.com/

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.