Friday, March 4, 2011

KHALID GAGAP INGKAR SULTAN SELANGOR

pilihanraya kini     11:07 PM    

INILAH MB PALING BENGONG AKU PERNAH TENGOK...SIOL JE

 

MB Selangor: Umum Canselor Unisel awal bukan perkara ganjil

March 02, 2011
SHAH ALAM, 2 Mac – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan negeri mengumumkan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor Universiti Selangor (Unisel) sebelum majlis watikah pelantikan disempurnakan, sebagai satu perkara biasa.
Beliau berkata ini kerana Sultan Selangor sudahpun dimaklumkan mengenai cadangan pelantikan itu dan telah mendapat perkenan baginda.

“Cadangan pelantikan Tan Sri Raja Arshad mula dibincangkan selepas Hari Raya tahun lepas dan telahpun dapat perkenan Sultan. Justeru, majlis penyerahan watikah pelantikan kepada Raja Arshad selaku Canselor Unisel oleh Sultan Selangor semalam dibuat pada masa sesuai.

“Serupa juga pada 9 Mac 2008, orang sudah tahu saya akan jadi Menteri Besar tetapi saya hanya diberikan watikah pelantikan oleh Sultan pada 13 Mac. Oleh itu, (tindakan umum Canselor Unisel sebelum majlis watikah pelantikan) bukanlah satu perkara ganjil,” katanya kepada pemberita selepas  mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media hari ini yang memetik kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus yang kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang tidak menghormati Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila mendahului bidang kuasa baginda dalam isu  pelantikan Canselor Unisel.

Abdul Shukor berkata tindakan kerajaan negeri menerusi exconya, Dr Halimah Ali mengumumkan pelantikan Raja Arshad sebagai Canselor Unisel sebelum majlis watikah pelantikan disempurnakan oleh Sultan Selangor semalam tidak wajar dan dilihat cuba membelakangkan baginda.

Abdul Khalid berkata spekulasi mengenai bakal calon Canselor Unisel telah hangat diperkatakan setelah Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya daripada jawatan itu pada November lalu. – Bernama

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.