Thursday, March 24, 2011

Siapa Dia Baginda Minda Ni...

pilihanraya kini     11:36 AM    




Semalam kecoh dalam satu blog pro pembangkang dengan kenyataan seorang yang mengaku dirinya sebagai rakan kongsi Ummi Hafilda. Dia juga menggertak Ummi untuk menjelajah satu Malaysia bagi membongkar sikap dan perangai sebenar Ummi Hafilda. Baginda Minda mendakwa mempunyai skandal dengan Ummi Hafilda.


Hari ini dalam laporan Utusan Malaysia Ummi menjawab balik, ikuti laporannya...


Menurut Ummi Hafilda,Beliau hanya mengetahui Baginda Minda sebagai seorang pemandu kepada seorang wakil rakyat Kapit, Datuk Sng Chee Hua dan tidak pernah mengenalinya secara peribadi,malah jauh sekali untuk mempunyai hubungan dengannya.

"Saya tidak takut kerana tidak pernah berurusan bahkan tiada satu surat pun yang mengaitkan saya dengannya.Demi Allah demi Rasul,semua itu tidak pernah berlaku.Ini sudah melampau kerana jika benar kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Baginda Minda,saya akan menggunakan peruntukan undang-undang untuk polis menyiasat perkara itu kerana ia merupakan satu jenayah fitnah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda mengulas mengenai laporan sebuah berita portal propembangkang hari ini mengenai Baginda yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan 'skandal' wanita itu pada masa lalu.Baginda Minda yang mengaku dirinya sebagai rakan niaga Ummi Hafilda untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut mendakwa wanita tersebut mempunyai skandal dengannya di London.


Selain itu,Baginda Minda turut mendakwa Ummi Hafilda telah membuat satu perjanjian dengan bekas Menteri Kewangan,Tun Daim Zainuddin supaya berbohong di kandang saksi sewaktu perbicaraan kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkannya diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA bernilai berbilion ringgit.Namun begitu,Baginda Minda mendakwa Ummi Hafilda telah ditipu Daim sehingga menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa 'menjaja' isu liwat melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.Dalam pada itu, Ummi Hafilda menyifatkan Baginda Minda sememangnya orang upahan Anwar dan perbuatan memfitnahnya itu ibarat tuduhan tidak berasas.

* seorang lagi telah dibayar untuk menjadi keldai Anwar dalam usaha untuk melarikan diri bertemu dengan ummi Hafilda. Teringat tragedi yang menimpa Anwar ketika bertembung dengan Ummi Hafilda dalam kempen  di PRK Kerdau baru-baru ini. Tak pernak aku tgk ceramah Anwar hanya tak sampai 30 minit sahaja. Mesti ada sesuatu yang tak kena dengan si Anwar...

* Memang sah Anwar ini seorang Raja segala Auta. Pemutar alam yag mengalahkan Yahudi... 


ikuti laporan Utusan Online..

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.