Saturday, March 5, 2011

SYURGA PAS MAKIN JAUH

pilihanraya kini     11:21 AM    



Perjuangan PAS suatu ketika dahulu menjadikan Islam, al Quran dan al Hadis sebagai tajuk penting. Dan untuk memastikan mereka mendapat sokongan meluas daripada orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti dan umat Islam majoriti negara ini, PAS menggunakan isu-isu agama sebagai daya tarikan. Maka bermula dari situlah, kedengarannya cerita tentang hukum hudud dan qisas yang dijadikan sandaran bagi mengukuhkan pandangan mereka bahawa UMNO perlu ditolak dan digantikan oleh PAS yang seringkali ditampilkan sebagai faham agama dan pelaksana hukum Islam.

Namun keadaan itu sebenarnya sudah berubah sama sekali. PAS tidak lagi menjadikan Islam sebagai objektif perjuangannya. Sekalipun masih lagi mendabik dada mengatakan, dasar perjuangan PAS tidak berubah, yang berubah cuma cara, namun hakikatnya PAS sebenarnya sudah melepaskan ‘syurga’ mereka yang mereka sangat agung-agungkan sebelum ini.

Barangkali generasi baru pemimpin PAS menyedari, mereka tidak akan ke mana-mana dengan perjuangan yang bermula dari tahun 1951 itu. Istiqomah mereka terhadap Islam sudah luput apabila mereka sentiasa gagal untuk mengubah struktur politik negara. Tawakkal mereka kepada Allah Taala juga beransur-ansur berkurangan sebaliknya digantikan dengan tawakkal kepada parti-parti politik yang menjadi rakannya (DAP dan PKR).

Beberapa pilihanraya kecil dan yang terbaru adalah Merlimau dan Kerdau memperlihatkan sisi-sisi lemah PAS yang sebelum ini berjaya ditutup dan disembunyikan daripada pihak musuh.

Dalam kedua-dua pilihanraya berkenaan, begitu jelas bagaimana PAS bersendirian tanpa dibantu oleh PKR dan DAP. Sungguhpun PKR dan DAP ada menghantar pemimpin pada hari penamaan calon, ternyata begitu jelas, jentera kempen kedua-dua parti tersebut langsung tidak membantu.

PAS kehilangan syurga yang mereka idam-idamkan. PAS terpaksa bergelut sendirian meskipun pada masa yang sama, masih lagi mewar-warkan tentang kesungguhan mereka untuk berada di dalam Pakatan Rakyat.
Para pemimpin PAS sendiri pun seperti kehilangan sumber dan punca. Nik Abdul Aziz masih lagi bercakap tentang perkara-perkara kontroversi di dalam agama bagi menunjukkan betapa dia lebih pandai daripada segala manusia di Malaysia bahkan di dalam dunia tentang hukum-hakam Islam. Pada masa yang sama, Pengarah Pilihanraya Kecil PAS Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyatakan, Kerdau tidak memerlukan pandai agama, sebaliknya seorang profesional memandangkan calon UMNO adalah seorang pandai agama yang gagal ditandingi oleh calon bahkan tokoh-tokoh PAS sendiri. Di Merlimau pula, PAS awal-awal lagi sudah tenggelam punca dengan memilih seorang calon yang serba bermasalah, termasuklah masalah di tempat kerja lamanya selain penipuan Diploma Tasawwur yang dimilikinya.

Mungkin masih ramai penyokong PAS terutama anak-anak muda yang baru belajar nak bertaubat, kelihatan sangat teruja dan tidak menghiraukan segala macam faktor yang menunjukkan PAS telah ditolak oleh pengundi, namun para pemimpin PAS sudah mula mempamerkan keresahan. Sehinggakan pemimpin PAS yang paling tongong seperti Mahfuz Omar pun sudah dapat melihat, PAS sekadar menyertai pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau sebagai syarat kerana PAS adalah parti politik, namun kemenangan yang dicari-cari oleh PAS sebenarnya semakin jauh untuk digapai.

Itulah natijah daripada tindakan PAS bermain-main dengan ‘fatwa’ dan hukum agama, sehingga akhirnya mereka sendiri yang terpukul dek hukum agama yang cuba dilawak-lawakkan!

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.