Sunday, April 10, 2011

BARU BIAN PEMBULAK

pilihanraya kini     4:41 PM    

Baru Bian, berasal dari kampung Long Semadoh pernah berjanji tidak akan bertanding, jika wakil rakyat Ba' Kelalan yang lepas, iaitu Nelson digugurkan dari bertanding.

Dia pun sudah bertanding tiga kali dan kalah. Janji tersebut merupakan suatu asas untuk dia bertanding. Tetapi sekarang yang bertanding untuk BN adalah Willie .

Baru Bian dan Willie bukan orang lain tetapi saudara mara. Dipercayai keluarga Willie adalah sangat berpengaruh dan amat dihormati di Ba' Kelalan.

Ini menjadikan Baru Bian serba salah. Beberapa rumah panjang sudah mengubah pendirian kembali kepada BN. Hanya tinggal kampung Baru Bian antara yang masih biru muda.

Salah satu rumah panjang adalah yang diduduki orang Lumbawan. Orang Lumbawan adalah jenis orang yang tidak suka pergaduhan.

Ketua Kampung sudah beri amaran keapda Baru Bian. Katanya jangan sampai kerana kau, kemajuan tidak sampai ke kawasan Ulu.

Baru Bian sudah dijanjikan Anwar dan Azmin untuk menjadi Ketua Menteri jika Pakatn mengambilalih Sarawak. DAP pun telah menyatakan sokongan.

Kemunculan Baru Bian sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak pun menimbulkan pelbagai masaalah seperti pertembungan dengan Dominique Ng, ADUN PAdungan yang merupakan satu-satunya ADUN PKR.

Kerana mengikuti kehendak Azmin dan Anwar, Baru Bian terpaksa melayani kehendak DAP untuk 'switch' kerusi Batu Lintang dengan DAP. Ini membantu DAP membuang Dominique yang aada isu dengan bapa Chong Chieng Jen dan ADUN Batu Lintang Voon.

Baru Bian akan memegang kota Sarawak untuk Azmin kekal berkuasa dalam PKR.

Namun keadaan baru Bian sudah goyah di Ba' Kelalan. Kemasyhurannya dalam mempertahankan isu NCR tidak lagi kekal. Tiga kes yang dimenanginya pun masih melalui proses rayuan.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.