Friday, April 8, 2011

Sarawak Insider Dedah Calon BN Kena Lempar Cat Dengan Pembangkang

pilihanraya kini     7:45 PM    

Calon BN Dilempar Cat Oleh Pembangkang


Baru lepas dua hari tempoh berkempen bagi Pilihanraya Negeri Sarawak, telah berlaku perbuatan khianat dan budaya samseng yang ditunjukkan oleh pihak pembangkang. Budaya ini bukan daripada penduduk dan warga Sarawak, tetapi ianya adalah budaya yang dibawa oleh PKR, DAP dan PAS yang terkenal dengan budaya ganas dan agresif yang selama ini mendakwa mereka adalah penegak demokrasi dan pejuang Islam bagi PAS.

Apakah ini merupakan contoh kepimpinan yang dimahukan oleh penduduk SARAWAK? Sedangkan selama ini, penduduk negeri Sarawak telah terkenal dengan kepelbagaian kaum yang hidup aman damai tanpa sentimen perkauman yang dibawa oleh PAS, mahupun PKR dan DAP. Pastinya, rakyat Sarawak dapat menilai sendiri bakal-bakal pemimpin yang akan mewakili mereka di peringkat Dewan Undangan Negeri. Perbuatan khianat seperti yang digambarkan di dalam gambar, memberikan satu gambaran bagaimana keperibadian dan nilai yang dibawa oleh Parti yang akan mewakili mereka.


Rakyat Sarawak cukup berbangga dengan budaya, nilai, dan lambang negeri mereka. Tidak seperti budaya PKR dari SEMENANJUNG, yang sanggup meletakkan maruah dan  juga lambang mereka (gambar) seumpama sampah. Begitulah gambaran hinanya, PARTI SAMPAH yang kononnya cuba untuk menjadi hero di Sarawak. RAKYAT SARAWAK PANDAI MENILAI.  

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.