Tuesday, November 1, 2011

PUNCA TERENGGANU KALAH BOLA

pilihanraya kini     8:53 AM    


Semalam ketawa besar kami apabila membaca keratan berita di atas. Bermacam-macam alasan diberi apabila sudah tewas. Akhirnya "gangguan misteri" pula yang dipersalahkan.

Bagi kami berkesempatan mengikuti perlawanan akhir tersebut secara langsung di stadium, tidak nampak pula tanda-tanda kehadiran sebarang bentuk gangguan misteri. Hanya kehadiran penjaga gol flop seperti Sharbinie yang menjadi persoalan di kotak fikiran. Walaupun bersusun rekod yang menunjukkan beliau adalah penjaga gol prolifik yang paling banyak mengutip bola dalam gawang sendiri.

Umpama wahyu  yang turun dari langit, secara tiba-tiba suatu perkara yang tidak kena pada malam itu kembali menerjah fikiran kami. Ya, betullah seperti apa yang didakwa. Sebenarnya apa yang dikatakan oleh jurulatih Terengganu mengenaI "Gangguan misteri" tersebut sememangnya menjadi penyebab kekalahan pasukan Terengganu pada saat akhir malam itu!

"Gangguan" tersebut diperhatikan telah muncul secara berkala dalam satu bentuk pola tertentu. Contohnya, jika ia mula muncul di satu seksyen atas stadium, gangguan yang sama akan mulai kelihatan di beberapa kawasan yang lain, seolah-olah telah dirancang dengan teliti masa kemunculan dan gangguan yang akan dilakukan.

Kami percaya gangguan tersebut datangnya dari sekelompok JIN HIJAU yang dihantar oleh khawarij Malaya dengan ditaburkan di antara para penyokong pasukan Terengganu. Ini adalah kerana, beberapa bendera hijau ala-Bangladesh akan mulai muncul dalam masa tertentu. Dan perkara ini telah menggangu secara teruk konsentrasi dan fokus para pemain Terengganu!

Para pemain sebenarnya merasa sangat terganggu dan janggal apabila mendapat tahu PAS akan memobilisasi penyokongnya di kalangan penyokong Terengganu bagi tujuan politik. Dan perkara ini sangat tidak dipersetujui oleh para pemain kerana memikirkan jasa dan pengorbanan Kerajaan BN Terennganu yang berhempas pulas memastikan kejayaan mereka selama ini!

Dek kerana itulah juga Sharbini Alawi boleh secara tiba-tiba hilang fokus dan kawalan bola yang pada asalnya sudah berada di tangannya! Malah, Hai-O sebagai anak negeri juga merasa sangat kecewa sehingga menghadiahkan GOL kemenangan kepada N. Sembilan!!!

Mereka sebenarnya sangat terkejut dan marah kerana masih ada lagi anak negeri sendiri yang tidak tahu malu dan bersyukur di sebalik segala kemudahan dan subsidi yang telah diberikan!!!   


Antara beberapa JIN HIJAU yang berjaya dirakamkan sejurus sebelum perlawanan

Misteri: Bendera ini mulai dikibarkan di saat kekalahan Terengganu

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.