Berita Anda
Saturday, December 22, 2012



Isnin lalu, suami kepada Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K telah pun selamat menjalani pembedahan bagi memulihkan kecederaan dalaman yang dialaminya akibat kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand. Bagaimanapun, beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Southland, Queenstown bagi pemerhatian lanjut.

Hari ini, kakak kepada Dato` K iaitu Datin Zaiton Mohd Jiwa telah memaklumkan sebuah portal hiburan bahawa Datuk K sudah semakin pulih dan tidak lagi ditempatkan di ICU. Sebaliknya dimasukkan ke wad biasa.

Perkembangan terbaru ini mungkin akan mempercepatkan proses membawa pulang Datuk K ke tanah air seperti yang diinginkan oleh Siti.

GUA telah menghubungi pengurus Siti, Rozi Abdul Razak untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Namun, Rozi memberitahu setakat hari ini dia tidak mendapat sebarang khabar berita daripada Siti.

“Saya pun tidak tahu apa yang sedang berlaku di sana sekarang ini. Kiriman SMS saya tidak dibalas oleh Siti. Malah, Siti juga tidak menghubungi saya dalam tempoh beberapa hari ini. Saya hanya tunggu panggilan telefon daripada Siti. Kalau saya yang telefon, bimbang boleh menganggu dia di sana pula. Kalau ada sebarang berita daripada Siti nanti, saya akan maklumkan,” jelas Rozi.