Terkejut juga Abang Nara membaca artikel yang dikeluarkan di Utusan
Malaysia ini. Mana taknya, daripada penulisan tersebut, dikatakan
hubungan Aidil Zafuan, suami Rita Rudaini dengan Jue Aziz sudah
memasuki fasa yang serius. Tahap keseriusannya ialah apabila mereka
berdua menggunakan perkataan “sayang” sebagai kata ganti diri.
Menurut artikel itu juga, Aidil dikatakan membeli sebuah beg tangan
berjenama mewah di pusat membeli belah Pavilion. Beg itu dikatakan
sebagai hadiah kepada Jue yang merajuk baru-baru ini. Agak pelik kalau
perkara ini benar-benar terjadi kerana Jue sebelum ini mengakui hanya
berkawan dengan Aidil.
Daripada tulisan di Utusan Malaysia ini juga, khabarnya Aidil telah
menghantar surat permohonan cerai kepada peguam Rita Rudaini sehari dua
yang lalu. Ini adalah permohonan cerai kali kedua yang dilakukan selepas
Aidil menarik balik permohonan cerai yang pertama. Benar atau tidak,
kena nantikan perkembangan kisah ini di mahkamah kelak.
Abang Nara cuma berharap agar kalau benar Aidil ada hubungan dengan
Jue Aziz seperti yang ditulis dalam Utusan Malaysia ini, biarlah
hubungan tersebut dilakukan selepas penceraian. Tak manis kalau bercinta
dengan orang lain sedangkan status masih suami orang. Selesaikan apa
yang patut dulu dan lepas tue nak buat apa suka hatilah. Tak gitu?
2 comments:
glamour lebih...terpilih sebab glamour ke?
maaf ya, saya tompang promot kat sini.. tq
Collagen Powder
ESP – Soy Protein Isolate Powder
GLA Complex
Omega Guard
Vita-E Complex
B-Complex
Post a Comment