Tuesday, April 2, 2013

11 PAS Kawasan Hendak Gulingkan Azizan Razak

pilihanraya kini     1:31 PM    







Pergolakan antara kumpulan syiah dan ulama di Kedah semakin parah. Adegan pulun memulun untuk menjadi Menteri Besar Kedah sudah sampai klimaks. Kali ini kumpulan Syiah / Erdogan yang dipimpin oleh Phalrolrazi dengan kerjasama Mahfuz Omar sudah mendapat sokongan daripada PAS di  11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Bukan itu sahaja, khabarnya  Dewan Ulama PAS Kedah sepakat mendesak Menteri Besar, Azizan Razak berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah kerana dianggap lemah dalam memimpin PAS di Kedah.

Gelombang Erdogan bermula bila  PAS kawasan Jerlun yang membuat desakan agar Azizan berundur. Kemudian, PAS kawasan Jerai turut sama bersetuju dengan team Phahrolrazi untuk menolak  Azizan.

Phahrolrazi  dan kumpulan Syiah/ Erdogan mengadu domba bahawa Azizan adalah seorang yang celupar, sombong dan tidak sihat untuk menjadi Menteri Besar bagi mendapatkan sokongan ahli PAS akar umbi.

Isu KUIN, pembalakan dan kegagalan Azizan untuk menjaga kebajikan ahli ahli PAS di peringkat bawahan dijadikan senjata oleh kumpulan Syiah / Erdogan bagi memujuk ahli ahli PAS bersetuju untuk singkirkan Azizan.

Azizan dipersalahkan sepenuhnya atas apa yang berlaku terhadap pembalakan haram di Kedah. Azizan juga dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam isu staff di KUIN. Khabarnya kroni Azizan menguasai KUIN.

Kebetulan pula Azizan tidak  menghormati serta mengiktiraf peranan Dewan Ulama PAS Kedah sebagai tempat rujukan hal ehwal berkaitan parti dan
Kerajaan Negeri.

Azizan sendiri dikatakan sebagai “ejen UMNO” kerana sikapnya yang kelihatan rapat dengan orang orang UMNO seperti Bashah.

Malah keluarga Azizan juga ramai yang menjadi ahli UMNO. Ini membuatkan dakwaan bahawa Azizan adalah ejen UMNO pula dipercayai oleh ahli ahli PAS di bawah.


 Azizan sanggup  memakai baju 1Malaysia For You(1M4U) untuk bersama sama dengan UMNO



Gambar tersebut digunakan sebaiknya oleh golongan Syiah / Erdogan untuk memujuk hati ahli ahli PAS tegar bagi gulingkan Azizan.

Khabarnya, seramai 2,000 orang ahli PAS yang simpati pada Azizan mengambil keputusan untuk tidak mahu lagi turun mengundi sebagai protes terhadap PAS.

 Dalam ketika ini, khabarnya Mat Sabu pula memujuk Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi DUN di Kedah. Mat Sabu bakal Menteri Besar baru Kedah?


4 comments :

Anonymous said...

PAS KEDAH TAK PAYAH MEMBAZIR MASA BERGOMOL SESAMA SENDIRI..

BUBAR SAJA PAS BUKAN SAJA DI KEDAH MALAH SELURUH NEGARA...LAGI AFDAL BERSATU DALAM UMNO DALAM SATU UKHUWAH ISLAMIAH.

gen2felda

Anonymous said...

mat sabu nak jadi mb kedah.... mengucap panjang aku weii

Anonymous said...

maaf mencelah sikit.... knp dok kutuk sesama melayu/islam? cuba pikiaq sikit utk agama.... bangsa lain (agama lain) dok gelak kat kita.

bagi aku la.... baik kalian kempen undi supaya pilih orang islam kita... tak kiralah apa parti pun, jnj islam kena jadi pemimpin

kalau BA letak calun kapir laknat... kamu nak pilih? sama juga kalau BN letak calun kapir laknat, kamu nak ikut?... ikut sama2 masuk neraka? kalau satu2 kawasan tu semua calunnya kapir, tak payah keluar ngundi>>>>>

kenapa nak menggomol sesama sndri?? parti sma knapa bermusuhan? nie tandanya PAS tidak layak untuk mentadbir. bubar shja PAS senang cerita.. masuk UMNO..

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.