Wednesday, April 10, 2013

KARPAL AKAN JADI PERDANA MENTERI DAP

pilihanraya kini     2:31 PM    

Tahun 1997 pemimpin DAP , Karpal Singh adalah orang yang pertama membangkitkan kegiatan meliwat Anwar Ibrahim. 

Karpal bukan bangkit atas pentas ceramah atau di tepi-tepi jalan. Dia bangkit dalam Dewan Rakyat. Bukan setakat bangkit malah Karpal turut menjadi peguam kepada Azizan Abu Bakar (mangsa liwat) dan Umi Hafilda. Masa itu Anwar TPM.

Selepas PRU 2008 senario politik tanah air berubah. Anwar tiba-tiba dijulang sebagai king oleh DAP dan PAS kerana dikatakan memain peranan penting dalam menafikan 2/3 BN di Dewan Rakyat. Anwar dipilih sebagai orang yang paling layak mengetuai pakatan pembangkang dan calon PM.

Tup...tup....timbul cerita liwat dua yang melibatkan Saiful Bukhari. Tidak semena-mena Karpal Singh menawarkan diri untuk menjadi peguam Anwar. Sedangkan dia lah orang yang pertama membongkar kegiatan liwat Anwar pada tahun 97.

Kenapa Karpal Singh nak sangat jadi peguam Anwar dan Lim Kit Siang serta Guan Eng dilihat memberi sokongan penuh kepada Anwar semasa perbicaraan berlangsung ?

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.