Wednesday, October 16, 2013

BN Cadang Tiga Nama Untuk Jadi Calon Di Sungai Limau #PRKSgLimau

pilihanraya kini     9:00 PM    





BN Kedah akan mencadangkan tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon PRK DUN Sungai Limau. 

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata individu yang akan dicadangkan itu mesti mempunyai ciri-ciri kelayakan tertentu terutama memenuhi kehendak pengundi di kawasan itu. 

"Tiga calon yang akan kami cadangkan mesti ada pendidikan agama dan anak tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perhubungan Umno Negeri membincangkan persiapan PRK Sungai Limau. 

PRK DUN Sungai Limau bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak 26 Sep lepas. Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berkata BN perlu bekerja keras dan menunjukkan kesungguhan untuk membangunkan kawasan itu dengan menyakinkan penduduknya tentang keikhlasan kerajaan negeri jika mahu menawan Sungai Limau. 

Beliau berkata kira-kira 40 peratus daripada 27,287 pengundi Sungai Limau adalah golongan muda dengan Melayu seramai 25,388 orang. BN yakin mereka (golongan muda) mahukan pembangunan dan lebih banyak peluang pekerjaan diadakan, katanya. 

Pada mesyuarat tersebut, Mukhriz berkata beberapa Jawatankuasa Khas bagi menghadapi PRK Sungai Limau ditubuhkan untuk menggerakkan jentera dan kempen BN agar berjalan lancar termasuk penempatan negeri dan bahagian-bahagian angkat di 19 pusat daerah mengundi dalam DUN itu. 

Adakah bakal calon UMNO bagi PRK Sungai Limau yang dimaksudkan adalah Dr Suhaimi Lazim (Pensyarah UPSI), Hamid Mansor (bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik) dan Datuk Suhaimi (Ketua UMNO Bahagian Jerai).....??? 

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.