Saturday, October 26, 2013

#PRKSgLimau: Calon Pas bohong pengundi Sungai Limau?

pilihanraya kini     8:05 PM    


Melewati beberapa kawasan Unit Peti Undi (UPU) PAS di sekitar kawasan Sungai Limau memberikan gambaran awal bahawa jentera parti itu belum bersedia bagi menghadapi Pilihanraya Kecil DUN tersebut. Malah persiapan lesu PAS di kawasan terbabit akhirnya terjawab apabila saya difahamkan bahawa beberapa Ketua UPU mengugut akan menutup bilik gerakan mereka kerana calon parti itu bukanlah pilihan akar umbi.

Malah eksplotasi imej Allahyarham Ustaz Azizan Razak secara keterlaluan dalam bahan-bahan terbitan PAS ternyata mendapat tentangan penyokong kuat bekas ADUN tersebut yang mendakwa kepimpinan PAS Kedah begitu terdesak sehingga sanggup mempergunakan imej bekas Menteri Besar itu demi memenangkan calon mereka, Mohd Azam Ab Samat.

Malah sumber rapat kepada keluarga Ustaz Azizan sendiri menafikan sebarang pertalian darah antara Mohd Azam dan bekas ADUN Sungai Limau itu, sebaliknya beberapa sumber lain pula mendakwa bahawa calon PAS itu merupakan anak sepupu kepada Datuk Pahrolrazi Nawawi, bekas Exco kerajaan negeri Kedah sama seperti didedahkan blogger Kedah ke KL (klik sini dan sini).


Persoalannya mengapakah calon PAS sanggup berbohong dengan mendakwa bahawa dirinya mempunyai perhubungan kekeluargaan dengan Allayarham Ustaz Azizah?

Saya difahamkan bahawa penduduk setempat begitu menyenangi keperibadian bekas ADUN Sungai Limau, Ustaz Azizan kerana dianggap begitu merendah diri dan mudah mesra kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira fahaman politik. Malah kemenangan Ustaz Azizan tempoh hari bukan sahaja disebabkan sokongan padu penyokong Pakatan Pembangkang, sebaliknya kelompok pengundi atas pagar yang begitu menggagumi beliau.


Menyedari hakikat itu, maka calon PAS, Mohd Azam "terpaksa" mencanang kepada semua pihak bahawa dia mempunyai perkaitan dengan Ustaz Azizan untuk meraih sokongan dan undi simpati kalangan pengundi yang selama ini menyanjung tokoh PAS tersebut. Namun tindakan tersebut jelas menimbulkan kemarahan kalangan penyokong Ustaz Azizan yang mendakwa sanggup memboikot calon PAS itu kerana mempergunakan imej bekas Menteri Besar demi kepentingan politik dan peribadi.

Malah beberapa kenalan terdekat kepada Ustaz Azizan sendiri melahirkan perasaan kurang senang dengan calon ditampilkan kepimpinan PAS Kedah kerana mempunyai hubungan dengan Pahrolrazi. Difahamkan Pahrolrazi merupakan antara individu yang menentang keras pentadbiran Ustaz Azizan sehingga sanggup memalukan tokoh PAS Kedah itu semasa sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.


Hakikatnya PAS Kedah sendiri nampaknya tidak begitu yakin untuk menawan kembali kerusi DUN tersebut memandangkan berlaku perpecahan antara kumpulan penyokong Ustaz Azizan dan kelompok penyokong Pahrolrazi sehingga menyebabkan beberapa program anjuran parti itu tidak mendapat sambutan kalangan pengundi Sungai Limau. 


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.