Tuesday, October 22, 2013

#PRKSgLimau: Dr Sohaimi lawan ketua pemuda Pas Jerai

pilihanraya kini     12:30 PM    


Ketua Pemuda PAS Jerai Mohd Azam Samat yang juga pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, diumumkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Ketika membuat pengumuman itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Mohd Azam, merupakan anak kelahiran sekolah Pondok Bukit Besar yang terletak dalam kawasan DUN berkenaan.

Mohd Azam, 37, bapa kepada lima anak, dicanang kononnya adalah cucu kepada ‘tiga ulama besar Kedah’.

Abdul Hadi bagaimanapun tidak menyebut nama tiga ulama besar Kedah yang dimaksudkannya itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Menteri Besar Kedah daripada PAS, Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang merupakan penyandang kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004, pada 26 September lepas.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ditetapkan Rabu ini manakala pengundian pada 4 November.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan BN akan menurunkan pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calonnya.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.