Saturday, October 26, 2013

#PRKSgLimau: Gambar Azizan dalam risalah helah raih undi

pilihanraya kini     1:05 PM    


Pas kelihatan cuba memainkan sentimen Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengatakan calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samat ialah anak didik bekas Menteri Besar Kedah tersebut.

Pas turut menggunakan gambar Azizan dalam risalah mengenai biodata, latar belakang dan visi Mohd. Azam yang diedarkan kepada orang ramai sempena PRK ini.

Dua keratan gambar yang memaparkan Azam dan Allahyarham ditampalkan dalam risalah berkenaan.

Dalam pada itu, blog propembangkang, Kedahlanie dalam satu entri kelmarin yang bertajuk 'Sg. Limau: Selepas fitnah calon Pas Syiah tak makan, kini puak BN buat pula cerita Azam musuh Azizan' turut menggunakan gambar Allahyarham yang ditampal bersebelahan dengan Mohd. Azam.

Entri tersebut bagi mempertahankan Mohd. Azam selepas ada pihak yang mengatakan calon Pas itu adalah calon proksi Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang didakwanya merupakan tangan yang mahu menjatuhkan Allahyarham Azizan semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Selain itu, beberapa laman blog seperti Kedah Ke KL turut menyiarkan entri yang mempersoalkan apakah kaitan Mohd. Azam dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah I, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang sebelum ini dikatakan mempunyai perbezaan 'pendapat ketara' dengan Azizan sehingga mewujudkan pergolakan dalaman Pas Kedah.

Sementara itu, Phahrolrazi ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Mohd. Azam iaitu hubungan dua pupu.

Menurutnya, datuk Mohd. Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk beliau, Aziz Pendang merupakan dua beradik. - Utusan



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.