Wednesday, October 30, 2013

#PRKSgLimau : Muhyiddin Umum Peruntukan RM400,000 Untuk Madrasah Di Yan

asyraf ringo     7:30 AM    


Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan peruntukan RM400,000 untuk kerja penambahbaikan Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras dekat Yan dan membaiki jalan masuk ke madrasah itu.

Timbalan perdana menteri berkata sebanyak RM350,000 adalah peruntukan bagi membiayai bangunan baharu madrasah yang sedang dalam pembinaan dan surau madrasah.

Sebanyak RM50,000 lagi ialah untuk pembaikan jalan ke madrasah berkenaan, katanya semasa berucap dalam lawatannya di madrasah itu di Yan.

Beliau berkata peruntukan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu umat Islam di negara menjadi contoh kepada negara lain.

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Muhyiddin kemudian bersolat jemaah di Masjid Bukit Choras sebelum menghadiri program sepetang bersama penduduk Bukit Choras. - Bernama


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.