Wednesday, October 30, 2013

#PRKSgLimau: Muhyiddin Yassin lawat Pusat Media

asyraf ringo     5:02 PM    


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Limau yang dijadikan pusat operasi bagi petugas-petugas media sepanjang pilihanraya kecil berlangsung.

Beliau yang diiringi Menteri di Jabatan Perdana, YB Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Suraya Yaacob meluangkan masa hampir 30 minit di pusat itu sambil meninjau persiapan para petugas media di sana.

Muhyiddin sebelum itu merasmikan Program Ramah Mesra bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Titi Batu.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.