Thursday, October 31, 2013

#PRKSgLimau: Pas larang penyokong BN solat di Masjid?

pilihanraya kini     6:30 PM    


Masjid sepatutnya bebas dari sebarang agenda politik. Institusi itu mesti dilihat bebas dan berperanan sebagai pusat penyatuan kepada umat Islam.

Namun apa yang berlaku di Masjid Bukit Besar adalah suatu perkara yang mendukacitakan.

Pas dikesan menyalahgunakan institusi masjid apabila dikesan melarang penyokong Barisan Nasional untuk menunaikan solat di masjid itu.

Kawasan masjid itu turut dipagari dengan bendera Pas seolah-olah menggambarkan masjid adalah markas mereka sedangkan masjid itu dibina atas ikhsan kerajaan BN sebelum ini.

Kebiadapan penyokong Pas telah mencemari institusi itu. Pas sepatutnya lebih matang dan berkempen secara sihat. Amalan politik sihat tidak menggugat agama Islam.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.