Thursday, October 24, 2013

#PRKSgLimau: Presiden Pas main kotor, hina BN guna khalimah Allah

pilihanraya kini     12:49 PM    



Ceramah oleh Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi hambar apabila hanya dihadiri lebih kurang 30 orang terdiri daripada penyokong Pas sendiri.

Ceramah yang bermula hambar itu menjadi kesempatan kepada Abdul Hadi untuk menghina dan membuat serangan kepada Barisan Nasional (BN) dengan membangkitkan isu kontroversi penggunaan kalimah Allah dengan menyalahkan pentadbiran kerajaan BN.

Beliau mendakwa kononnya UMNO gagal menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Islam mengikut landasan yang betul.

Serangan itu jelas merupakan serangan membabi buta dengan membuat dakwaan yang jelas sama sekali adalah fitnah. Sedangkan, sepanjang umat Islam berhadapan dengan kontroversi kalimah Allah. Hanya UMNO sahaja yang dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh penganut Kristian.

Mana pemimpin-pemimpin Pas yang kononnya jaguh perjuangkan agama Islam namun tidak nampah batang hidung ketika menunggu keputusan penggunaan kalimah Allah di Mahkamah Rayuan tempoh hari?

Pas selama ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan menghalang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, sebaliknya ramai pemimpin Pas termasuk Presiden Pas sendiri membuat kenyataan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah.

Jadi, kandungan ucapan oleh Presiden Pas itu malam tadi hanyalah pembohongan maha dahsyat yang cuba dibawa dalam kempen Pas di pilihanraya kecil (PRK) Sungai Limau.

Adakah kempen fitnah yang dibawa oleh Pas mampu mempertahankan kerusi Pas di Sungai Limau? Sama-sama kita saksikan.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.