Monday, November 11, 2013

#MuktamarPas59: Harun Taib naik angin

pilihanraya kini     5:06 PM    


Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menyelar pihak yang melakukan provokasi dan kempen memburuk-burukkan calon menjelang Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat 2013-2015 hujung bulan ini.

Tegasnya, penyokong bagi setiap calon yang bertanding perlu menjaga tingkah laku mereka seiring dengan nilai Islam yang dibawa PAS.

"Kita memang mengalu-alukan pertandingan secara sihat. Sepatutnya calon tidak memburukkan antara satu sama lain, begitu juga di kalangan penyokong. Masing-masing sepatutnya mengemukakan wawasan, apabila dipilih apakah wawasan yang akan dibawa.

"Saya tak tahu siapa yang buat buruk-buruk itu, saya memang tak setujulah kempen memburuk-burukkan antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Harun, yang menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini berkata demikian apabila diminta mengulas kempen memburuk-burukkan calon Ketua Dewan Pemuda PAS yang dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebook semalam.

Mereka yang bertanding adalah Zulhazmi Shariff, Suhaizan Kaian dan Kamaruzaman Mohamad.

Melalui akaun Facebook 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami', wajah Zulhazmi diubah dengan muka berupa anjing.


Malah pemilik akaun tersebut turut memuat naik beberapa mesej yang merujuk kepada konsep kerajaan perpaduan yang sebelum ini sering disuarakan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, yang didakwanya sebagai 'anjing-anjing liberal'.

Harun bagaimanapun berkata beliau sukar untuk percaya tindakan provokasi itu dilakukan oleh ahli PAS.

"Kalau bukan orang PAS (yang buat) mungkin niatnya mahu melaga-lagakan. Orang PAS tak buat begitu, yang saya tahulah," jelasnya.

Walaupun enggan mengulas lanjut, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli ketika dihubungi pemberita turut senada dengan Harun apabila disoal hal ini.

"Bukan orang PAS, orang PAS tak buat macam ini. Tak tahu siapa buat," katanya.

Pemilik akaun tersebut dalam masa yang sama mendakwa Suhaizan hanya dijadikan ‘kambing hitam’ kepada golongan liberal dengan bertujuan untuk memecahbelahkan perwakilan PAS khususnya undi Kamaruzaman yang dipercayai mempunyai fikrah dan perjuangan dalam Islam yang jelas.

Perbuatan ini jelas bertentangan dengan peraturan pemilihan PAS kali ini yang membenarkan calon mempromosikan diri namun tertakluk kepada beberapa garis panduan.

Antaranya dilarang menerbit, mengeluar, menyiar atau mengedarkan dalam sebarang bentuk kenyataan sama ada secara lisan atau bertulisan atau grafik atau karikatur dalam apa-apa medium sekalipun yang mengandungi fitnah, kejian, celaan, sindiran, atau apa jua kenyataan palsu sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tujuan mempengaruhi atau mendorong mana-mana ahli PAS supaya mencalonkan atau tidak mencalonkan atau mengundi atau tidak mengundi mana-mana ahli PAS. - sumber

3 comments :

Anonymous said...

BEKAS AHLI PAS CANGKAT JERING SAID:
Pas cakap pasal tingkah laku ? akhlak ?? heheheheh.....Cina Nga ko Meng Taiping Baca surah berniat permainkan melayu Islam pun hangpa seronok Takbirr beramai2....lagi mau cakap pasal akhlak Penganut Pas kaaaa...aaiyaaaaakk !!

Anonymous said...

Pemerhati Pas,

Nak jaga akhlak?.Akhlak yg di tentukan oleh siapa?.Islam?.Rasanya Pas dah menjarak jauh dari akhlak Islam.

Anonymous said...

Jgn sembanglah cakap org PAS tak buat mcm tu. Sedangkan Setiausaha Agung pun ada video sex

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.