Tuesday, November 12, 2013

#MuktamarPas59: Khairil Nizam dipilih Ketua Pemuda Pas Wilayah

pilihanraya kini     8:39 AM    


Ir Khairil Nizam Khirudin dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sesi 2013-2013 pada muktamar dewan itu, semalam.

Manakala jawatan bagi Timbalan dan Naib Ketua Pemuda diamanahkan kepada Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Ustaz Mohd Farkhan Md Zin.

Muktamar yang diadakan di Dewan Kohilal, Diamond Square telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Ketua sesi lalu, Kamaruzaman Mohamad melepaskan jawatan kerana faktor usia.

Beliau yang berucap pada muktamar itu menyeru para perwakilan menjadikan pergerakan pemuda tersusun dan mematuhi setiap arahan pimpinan agar gerak kerja yang dirancang dan disusun berjalan dengan lancar. 

Khairil Nizam pula dalam ucapan penggulungan berharap para perwakilan untuk sama-sama memperkemaskan saf Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan demi memastikan pemuda bergerak selari dengan 3 unsur penting iaitu tarbiyah, dakwah dan siyasah.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.