Monday, November 25, 2013

#MuktamarPas59: Pas sedia muzakarah dengan UMNO - Presiden

pilihanraya kini     10:39 AM    


PAS secara terbuka menyatakan kesediaannya bermuzakarah dengan seteru tradisinya UMNO untuk berbincang mengenai perlaksanaan pentadbiran Islam di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sedia pada bila-bila masa bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat.

"PAS bersedia untuk muzakarah dengan Umno dalam isu perlaksanaan Islam.

"Kita perlu letakkan hukum Islam di hadapan," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini, hari ini.

Ucapan Hadi itu disambut laungan takbir perwakilan dan pemerhati muktamar PAS.

Abdul Hadi berkata, PAS perlu memainkan peranan dalam mengingatkan UMNO supaya mengamalkan ajaran Islam dalam pentadbiran termasuk berkaitan isu ekonomi, perundangan mahupun keselamatan.

"InsyaAllah ulama-ulama kita akan turun (berbincang). Kita ramai ahli-ahli...nak yang tua atau muda pun ada.

"Nak bincang tentang isu undang-undang atau isu ekonomi pun boleh. Malah kita juga ada orang yang layak bercakap berkaitan isu keselamatan," katanya.

Dalam ucapannya juga, Abdul Hadi mengingatkan ahli-ahli PAS supaya setia dengan parti dan tidak mudah terpedaya dengan mainan musuh.

"Kita ibarat dalam satu bahtera. Saya bimbang jika ada yang tidak tahan dengan gelombang lalu dari terjun dari bahtera.

Yang terjun itu selalunya tidak selamat biarpun dia ulama. Presiden pun kalau terjun tidak selamat," katanya lagi.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.