Sunday, November 3, 2013

#PRKSgLimau: Guna patung kaki, satu provokasi jahat terhadap BN

pilihanraya kini     7:15 PM    


Barisan Nasional (BN) tidak terlibat sama sekali meletakkan patung-patung provokasi di beberapa tempat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau semalam, tegas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai satu tindakan bodoh, Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata BN membuat laporan polis mengenai perkara itu sebaik sahaja menerima maklumat mengenainya.

"Kita tak buat kerja-kerja bodoh macam itu... yang akan bangkitkan kemarahan, 'invoke' sentimen kebencian, bukan cara kita dan pastinya bukan buatan kita.

"Saya tidak tahu siapa, yang pastinya bila mereka buat begitu mereka fikir orang akan marah BN, ini bukan cara kitalah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup jentera BN di Bilik Gerakan BN di Sungai Limau Dalam di sini hari ini.

Pas dalam sidang media hari ini seolah-olah mendakwa patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan 'kaki ustaz' itu, merupakan provokasi daripada pihak lawan.

Difahamkan, patung itu yang digantung di beberapa tempat sekitar Dun Sungai Limau seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki akibat penyakit kencing manis.

Ditanya mengenai kenyataan Lim Kit Siang semalam yang mendakwa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau akan menentukan sama ada pengaruh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih diterima di negeri ini, Muhyiddin berkata Penasihat DAP itu mungkin mempunyai niat tidak baik.

"Ini bukan soal Tun Mahathir punya influence dan sebagainya, ini ialah pilihan raya, di mana jentera di bawah pimpinan Datuk Mukhriz (Tun Dr Mahathir) dan saya membantu di peringkat pusat, kita nak dapatkan sokongan daripada pengundi di sini.

"Jadi ini bukanlah tumpuan kepada sesuatu individu macam disebutkan Lim Kit Siang, saya tak tahu kenapa dia bersikap personal dalam hal sebegini, nak 'vendetta' yang tidak ada arah tujuan, mungkin niat dia tidak baik," katanya.


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.