Friday, November 1, 2013

#PRKSgLimau: Mahfuz Omar buat pengakuan lucu di sidang media

pilihanraya kini     6:30 PM    


Mungkin ramai pemberita tersenyum sinis melihat gelagat Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Dato' Mahfuz Omar membuat kenyataan lucu di sidang media semalam.

Mahfuz yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah menunjukkan kebodohannya apabila mempertikaikan gambar Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang dipasang bersama gambar calon Barisan Nasional (BN), Prof Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan siapa 'calon BN' yang bertanding di Dun Sungai Limau.

“Saya nak SPR beri penjelasan siapakah yang bertanding, adakah Mukhriz ataupun Dr Ahmad Sohami Lazim?

“Apakah untuk mendapatkan populariti kononnya seolah-olah Mukhriz lebih popular berbanding calon BN yang tidak popular. Jadi, untuk menawan hati dan pemikiran pengundi-pengundi, maka digunakan gambar Mukhriz seolah-olah calon yang bertanding di Dun Sungai Limau adalah Mukhriz,” katanya.

Sementara itu, SPR menegaskan tiada halangan bagi mana-mana parti politik untuk meletakkan gambar pemimpin parti selain dari gambar calon yang bertanding.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perkara tersebut sudahpun dijelaskan, dibincangkan dan dipersetujui pada PRU13 dengan semua parti politik yang bertanding.

“Dasar SPR benarkan gambar pemimpin seperti PM, MB, pemimpin utama Pas seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Hadi Awang (Presiden Pas).

“Saya harap Datuk Mahfuz tidak perlu bangkitkan isu ini. Tiada yang mengelirukan. Pas boleh letak gambar pemimpin mereka, gambar Datuk Mahfuz pun boleh,” katanya.

Barangkali Mahfuz sudah lupa, bagaimana pula gambar-gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang turut dipasang di Sungai Limau?

Mungkin Mahfuz gentar dan percaya bahawa aura Mukhriz mampu memenangkan BN di Sungai Limau.


4 comments :

Anonymous said...

Apasal la Mampos omar ni mendedahkan kebodohannya satu persatu...

Anonymous said...

Mengapa Mahfui tak persoal bila puak-puak PAS pasang banner Nik Ajis (bedoa sambil menangis)kat simpang-simpang jalan bila ada isu? Mengapa Mam fus Omarojak tak persoal Poster-poster gergasi yg dipasang oleh kerajaan PR (contoh di Selangor)dengan gambar N Ajis/Anu war, Hdi dan Kit siang sedangkan pilihan raya dah selesai. Kalau otak setakat upper secondry je jangan berlagak tak PHD la...

Anonymous said...

Laaaaa, yg depa dok bubuh gambag Azam dgn Arwah Azizan tu bulih pulak. Mabuk todi ke dah nak mamfus mahfus ni? Ambik lagi tahap srp jadi pmimpin. Tktan tiga dulu pun mesti kelaih ujung sekali tuh.

Anonymous said...

Laaaaa, yg depa dok bubuh gambag Azam dgn Arwah Azizan tu bulih pulak. Mabuk todi ke dah nak mamfus mahfus ni? Ambik lagi tahap srp jadi pmimpin. Tktan tiga dulu pun mesti kelaih ujung sekali tuh.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.