Thursday, November 7, 2013

#PRKSgLimau: Menteri dakwa Pas pakai pengundi hantu di Sungai Limau?

pilihanraya kini     8:30 AM    


Seorang menteri kanan mendakwa wujudnya pengundi hantu dalam pilihanraya kecil (PRK)Sungai Limau yang dimenangi oleh PAS dan berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dapat menyelesaikan masalah itu. 

Menteri di Jabatan Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim merujuk kepada kawasan Bukit Besar di Sungai Limau yang, menurut beliau, mempunyai jumlah pengundi lebih daripada penduduk setempat. 

Ini kali pertama seorang pemimpin tertinggi kerajaan mendakwa kewujudan pengundi hantu - isu yang sering diketengahkan oleh pembangkang. 

Shahidan berkata beliau akan memberi butiran penuh mengenai gejala itu di Sungai Limau hari ini (khamis) dan menegaskan pengundi hantu adalah isu nasional. 

Pada PRK Sungai Limau, calon PAS Mohd Azam Abdul Samat mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 1,084 undi mengalahkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim. 

Shahidan berkata SPR nampaknya tidak ada pilihan selain menerima orang yang mempunyai alamat di kawasan itu sebagai berhak mengundi dalam PRK berkenaan walaupun mereka tidak menetap di Sungai Limau. 

Shahidan yang turut berkempen di PRK itu turut membidas penyokong PAS yang didakwa menghina dan mencaci pemimpin-pemimpin Umno yang turun padang, termasuk beliau.

“Mereka bercakap mengenai demokrasi tetapi tidak boleh mengawal penyokong mereka...inikah maksudnya negara Islam," kata beliau.

1 comments :

Anonymous said...

pengundi hantu umno. puak-puak kj. benarkah mukhriz sekali lagi disabotaj kj and the gang? mohon siasat.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.