Friday, November 1, 2013

#PRKSgLimau: Tamparan hebat! Penyokong Pas halang Anwar Ibrahim ke Sungai Limau

pilihanraya kini     5:14 PM    


Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan ceramah hari ini sebagai usaha membantu kempen Pas di Sungai Limau.

Namun menurut sumber, beberapa pemimpin tempatan Pas dikatakan tidak senang dengan kehadiran Anwar. 

Anwar dilihat menjadi dalang untuk mengulingkan Tan Sri Azizan Razak daripada jawatan Menteri Besar Kedah sebelum ini melalui proksinya iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Sentimen itu dilihat ada kebenarannya apabila Phahrolrazi tidak kelihatan di Sungai Limau membantu kempen Pas sejak hari penamaan calon tempoh hari.

Difahamkan, Phahrolrazi dinasihati supaya tidak turun ke Sungai Limau kerana dikhuatiri mengganggu persiapan jentera Pas.

Jadi tidak mustahil malam ini ceramah Anwar diboikot oleh sebahagian penyokong Pas (pro Azizan). 

Malam tadi, beberapa bilik gerakan Pas di Sungai Limau dilihat menggantung kain rentang yang berbunyi "Kami menolak kehadiran Anwar Ibrahim ke Sungai Limau".

Satu tamparan hebat bahawa ramai penyokong Pas tidak senang dengan kehadiran Anwar Ibrahim.


1 comments :

Anonymous said...

Kami menolak PELIWAT NEGARA

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.