Tuesday, November 26, 2013

Segerakan muzakarah - Zahid

pilihanraya kini     1:30 PM    


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap muzakarah di antara PAS dan Umno tidak ditangguhkan dan meminta semua pihak menerima baik kesediaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, apa yang diperkatakan Hadi adalah satu langkah yang telah didendangkan sekian lama namun masih belum terlaksana.

Secara peribadi, katanya, bermuzakarah adalah langkah baik dan harus dilihat dengan roh atau semangat ikhlas yang dibuat Hadi dan kepimpinan PAS.

“Perkara itu bukan satu tawaran hanya kepada Umno atau BN umumnya, tetapi juga kepada kumpulan ulama, cendekiawan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tanpa mengetepikan agama lain.

“Apabila kita mahu fokus dalam memperjuangkan Islam, kita harus tahu bahawa agama lain harus dihormati,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak di sini, semalam.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.