Monday, December 2, 2013

Anak menangis lihat saya dihina - Ustaz Kazim

pilihanraya kini     12:30 PM    


SEJAK pengumuman dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat lalu, pelbagai kritikan diterima Ustaz Mohammad Kazim Elias, khususnya di laman-laman sosial.

Beliau nyata amat sedih dengan pelbagai gelaran melampau yang diberi kepadanya susulan pengumuman itu sehingga ahli keluarganya turut tertekan.

Menerusi ceramah yang diadakan di ibu negara malam kelmarin, Ustaz Kazim meluahkan perasaannya mengenai isu pelantikan itu. 

"Menangis anak perempuan saya yang kecil itu. Dua hari (dia) tak buka Facebooknya, tak sentuh langsung komputernya. Dia sedih. Isteri dan lima anak saya ambil keputusan untuk balik kampung, tengok sawah, bendang.

"Mereka tak tergamak nak tengok ayah mereka kena maki. 

Isteri saya kata: 'Abang, kami anak beranak berkorban, tak jumpa abang. Tak makan, tak minum (sama-sama) dengan ayah, tak bercuti, walaupun cuti sekolah dah tiga minggu.

"Kami berkorban sebab abang nak berceramah satu Malaysia tapi, sampai hati mereka panggil abang haram jadah, munafik, babi, anjing.'

Itu yang dilontarkan isteri saya apabila membaca komen-komen yang begitu menyedihkan selepas pengumuman itu.

8 comments :

Anonymous said...

Sabar ja la Ustaz, semoga Ustaz dan keluarga tabah menghadapi dugaan yang mendatang...

Anonymous said...

HEHEHEHE.... Ustaz mintak simpati ekkk....?

Anonymous said...

IsyaAllah...segala cacian dan kutukan akan dikembalikan kepada mereka.... Bersabarlah ustaz.... Allah bersama Anda...

Anonymous said...

Anon 12:55, Kalau bahlul,bahlul juga lah. Sabar Ustaz...kami tetap menyokong Ustaz.

Anonymous said...

Kami generasi Y tetap sokong ustaz..

HEHEHEHE.... Ustaz mintak simpati ekkk....?
Anonymous
December 2, 2013 at 12:55 PM

------------------------

Makhluk yang ini nak panggil apa? Aku nak kutuk, aku perlu jaga lidah. Nak biar, memang sial terlampau.

Takpe laa.. Anon, semoga Allah SWT beri balik pada muka kamu pada suatu hari nanti apa yang UKE lalui sekarang. Dan, pada masa tu, aku harap takde orang akan simpati walau secebis pun pada kau.

Amin.

Anonymous said...

Aku tetap sokong Ustaz Kazim.

Anonymous said...

HEHEHEHE.... Ustaz mintak simpati ekkk....?
Anonymous
December 2, 2013 at 12:55 PM
________________________________
MEMANG LAHANAT LAH KO ANON 12:55

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.