Friday, December 20, 2013

Kemelut ekonomi rakyat, Siapa perlu dipersalahkan?

pilihanraya kini     5:19 PM    


Dalam menghadapi kemelut ekonomi dan tekanan peningkatan kos sara hidup, kewujudan pihak untuk dipersalahkan merupakan langkah termudah bagi rakyat 'keluar' daripada terus dibelenggu permasalahan ini.

Sikap alami manusia yang sering menyalahkan pihak lain, waima atas kesilapan diri sendiri merupakan refleksi kepada tindakan rakyat mutakhir ini, terutamanya ketika menghadapi tekanan disebabkan peningkatan kadar dan harga barangan di pasaran. Ironinya sebilangan besar rakyat tidak mencari jalan penyelesaian mengurangkan tekanan tersebut, sebaliknya mencari pula pihak untuk dipersalahkan.

Dalam keadaan kelembapan ekonomi global ditambahkan lagi dengan kenaikan pelbagai kos, keputusan rakyat menjadikan kerajaan sebagai 'punching bag' bagi melepaskan tekanan mereka adalah tidak dapat dielak.

Ditambah pula dengan sogokan pihak tertentu terutama peranan media pro-pembangkang menyebabkan kemelut ini hanya dianggap bertitik-tolak atas kelemahan urus tadbir kerajaan semata-mata, tanpa melibatkan pihak lain.


Sebenarnya sebilangan rakyat menyedari bahawa kerajaan bukanlah kunci kepada kemelut ekonomi ini semata-mata. Sebaliknya faktor lain juga memainkan peranan sebagai pemangkin kepada kelesuan pertumbuhan ekonomi, selain menyumbang kepada peningkatan kadar dan harga barangan di pasaran.

Mungkin sebilangan rakyat akan beranggapan bahawa kenyataan ini sebagai karut dan sengaja direka-reka bagi membentuk perspektif kerajaan tidak wajar dipersalahkan. Namun rakyat harus akur dengan hakikat kenaikan pelbagai kos turut berpunca daripada krisis ekonomi global. Tetapi pasti sebilangan rakyat akan tetap bertanya; siapakah yang harus kami persalahkan?

PERANAN RAKYAT

Menyalahkan mana-mana pihak pada ketika ini, tidak akan membantu menurunkan harga barangan di pasaran. Sebaliknya rakyat sendiri wajar bersedia untuk mengawal kuasa membeli dan berjimat bagi menghadapi tekanan kenaikan pelbagai kos, terutama melibatkan perbelanjaan bukan perlu.


Sebagai kuasa membeli terbesar, rakyat perlu bijak dalam menguruskan belanjawan peribadi dan rumah tangga. Perbelanjaan luar perlu mesti dielakkan bagi mengurangkan tekanan kewangan terutamanya dalam keadaan ekonomi nasional kurang stabil.

Selain itu, rakyat boleh mengurangkan beban kewangan dengan melakukan beberapa pendekatan mudah dalam memastikan pengurusan belanjawan peribadi dan rumah tangga berada dalam keadaan terkawal. Berkongsi kenderaan ke tempat kerja, menjimatkan penggunaan elektrik dan air di rumah, menggunakan kenderaan awam, menanam sayur-sayuran secara hidroponik dan berbelanja secara berhemah merupakan antara pendekatan untuk mengurangkan tekanan kenaikan pelbagai kos.
Pendekatan-pendekatan sebegini bukan baru diperkenalkan dalam membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah, sebaliknya pelbagai kempen berkaitan telah digerakkankan oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi panduan kepada rakyat ketika menghadapi kemelut ekonomi semasa.

Malah semasa Krisis Ekonomi 1997, kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed jelas mempergiatkan kempen berjimat-cermat kalangan rakyat sebagai pendekatan untuk mengawal tekanan ekonomi semasa dan kadar inflasi nasional.

PERANAN KERAJAAN

Dalam masa sama, kerajaan juga perlu memainkan peranan bagi meminimalkan sebarang kenaikan kos dengan tidak mengenakan sebarang cukai terhadap barang keperluan asas, selain mempersiapkan pelan jangka panjang menghadapi krisis ekonomi global yang dijangka berlarutan sehingga 2018.

Menghadapi kemelut ekonomi rakyat, kerajaan wajar menilai kembali belanjawan dibentang saban tahun. Perbelanjaan luar perlu mesti dihentikan serta-merta untuk mengurangkan defisit nasional dan membantu pertumbuhan ekonomi lebih mapan.

Selain itu, kerajaan harus bersedia untuk mengurangkan perbelanjaan bersifat pengurusan dan meningkatkan perbelanjaan pembangunan bagi menyediakan prasarana mencukupi untuk keperluan pelabur dalam dan luar negara.

Peningkatan jumlah pelaburan dalam negara secara tidak langsung akan membantu proses pertumbuhan ekonomi, selain meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Namun dalam masa sama, kerajaan wajar untuk bersedia dengan mekanisme mengurangkan kebergantungan kepada warganegara asing.

Kebergantungan negara kepada khidmat buruh asing nyata mengikis peluang pekerjaan rakyat tempatan untuk bersaing dalam pelbagai sektor, selain menyumbangkan kepada pengaliran keluar ringgit secara tidak terkawal. Pengaliran keluar tunai secara berterusan bukan sahaja menyebabkan nilai ringgit menurun di pasaran global, malah turut menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi negara.

Bersandarkan atas alasan kadar inflasi nasional meningkat, golongan kapitalis dan pelabur semestinya akan berlumba-lumba menaikkan harga barangan di pasaran. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila majikan lebih mengemari khidmat pekerja asing berbanding warga tempatan disebabkan kos buruh yang rendah.


Namun dalam masa sama, rakyat tempatan turut terkesan apabila gaji ditawarkan kepada mereka tidak setimpal dan sering kali bersamaan tangga gaji buruh asing. Hakikatnya buruh asing tidak begitu terkesan dengan kenaikan pelbagai kos disebabkan tidak mempunyai tanggungan di negara ini, sebaliknya rakyat tempatan pula mempunyai pelbagai keperluan dan tanggungan semasa.

Seandainya kerajaan melihat realiti ini, isu kemelut ekonomi rakyat pasti tidak timbul memandangkan tekanan kos sara hidup dihadapi ketika ini berpunca daripada kenaikan pelbagai kos yang tidak disetimpalkan dengan tangga gaji rakyat.


KESIMPULAN

Kerajaan dan rakyat harus memperbetulkan beberapa pendekatan agar kemelut ekonomi rakyat tidak berterusan. Rakyat perlu berjimat-cermat berbelanja terutama ketika ekonomi global berada dalam keadaan kurang stabil. Manakala kerajaan pula memikirkan mekanisme untuk membela nasib rakyat yang ditindas golongan majikan.



* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan PilihanrayaKini.

2 comments :

Anonymous said...

Salahkan diri sendiri kerana gagal menghambat kemajuan.Aku ni org kampung je asalnya,mak bapak pun penoreh getah,tapi berkat kuat berusaha mampu juga keluar dari kepompong kemiskinan,dan tidak begitu merasa terbeban dgn sebarang perubahan ekonomi yg berlaku sekarang ini.Alhamdulillah.

Anonymous said...

SDRA DI PR Kini,blh masuk

"Terima kasih Ah Jib Gor Gong kerana memelihara kepentingan perut dan tempat tingal Rakyat negeri kami.
Negara2 kami yang miskin tak mampu menjaga anak kami yang berjaya menghantar tiap tahun 18 billion ringgit ke negeri kami.Wang ini amat membabantu reseb bankbank pusat kami yang sentiasa memerlukan reseb wang asing.Tanpa kehadiran rakyat kami yang dapat manafaat subsidi 42Rm Billion setahun , kami tau kami tak mampu menghantar ucapan terima kasih pada 31.Ogos setiap tahun.
Maka sebagai ganti, kami semua mengucap berbillion billion RM (dah 10 tahun) terima kasih sempena ucapan yang penuh kesombongan angkuh boros degil bangadiri sikap suka memuji diri sendiri ke langit tanpa had,di utusan utama Dewan MCA.
Pandan dan secucuk Kamu beri ucapan selaku Bapak Sekolah Vernakular dan sahabat karib keluarga YTL,sahabat Lim Dynasti,sahabat rapat TS Pheng juga ratusan kenamaan cinions yang memberi kamu tamparan hebat.Tepat masa nya.
Memang benar kami Negara miskin belum lagi jumpa saorang ketua Negara yang bodoh saperti kamu.Kamu Negara amat kecil hanya 25 juta rakyat.Kami menyumbang 4 juta tubuh.,ingat ya..
Antara kami tiada siapa Negara berani mendabik dada puji diri sendiri kerana murah hati belanja kan 42 billionRm untuk subsidi beras tepung gula minyak masak petrol disel gas ,sekolah free,hospital murah/free/khidmat bersalin free.
PPRT amat free( sebab warga kami bijak sewakan ke orang bangsa kami juga).Dapat mykad free,elekrik air bersih free,gajet smat fon RM200,Universitas free..
Semua ketua Negara kami lebih bijak tak macam saperti kamu,kerana kami tau ini semua subsidi dan perkhidmatan free membengkerapkan lama dah khazanah kami .
Kami ucapkan terma kasih dan harap PM 1M terus beri subsidi dan perkhidmatan free selagi mana kamu tidak bengkrap lagi.
Walau pun rakyat kamu sendiri susah dan tak cukup kemudahan asas saperti di nikmati olih 4 juta rakyat kami di Malaysia, kami yakin PM 1M terus membenar 1,000,000 lagi rakyat kami dating mengkecapi nikmat yang kami tak mimpi memberi kapada mereka.Kami banga ramai dari rakyat kami menjadi lebih kaya sejahtera dari rakyat kamu.Kami Yakin juga kamu bangga rakyat kamu,masih sengsara tak berjaya saperti rakyat kami.Nak tahu,tubuh LAB 6.juta RM Husni dan Pegawai Penumpang KJ akan Bantu.
Tahniah .
Kami wakil
Negara Gred A :Singapura, People Repablic Of China,England,Australia ,Taiwan
Negara Gred B: India,Sri Lanka,Bangla Desh,Myanmar, Thailand
Negara Gred C : Nepal,Laos,Cambodia
Negara Gred Cekai : Nigeria,Iran,Irak,Columbia,Peru,Palestine ,Lebanon,Pakistan,Venezuela,Lithuania,Bosnia,Bolivia,Philiphine,Indonesia,Vietnam.
Negara Gred bodek Kamu supaya dapat pelaburan duit rakyat kamu: England,Amerika,Turki,Australia."
arjuna waspada
changkat lobak.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.