Monday, December 9, 2013

#LuarNegara: Tekad mahu kepong rumah kerajaan

pilihanraya kini     5:30 PM    

Pemimpin anti kerajaan Thailand, Suthep Thaugsuban mengisytiharkan protes terhadap Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, akan diteruskan atau dihentikan hari ini berdasarkan kehadiran penunjuk perasaan.


Ketika berada di kompleks kerajaan yang menjadi tapak protes utama, Suthep berkata, beliau tidak akan meneruskan bantahan lebih lama lagi tetapi turut menekankan mereka tetap akan 'menang atau kalah.' 

"Hari ini akan menjadi medan perjuangan terakhir. Kita akan menang atau kalah. Jika kita gagal (menggulingkan kerajaan), saya akan menyerah kalah dan serah diri kepada polis," katanya kepada penunjuk perasaan. 

Suthep menggesa semua penduduk Thai mengambil bahagian dalam bantahan bagi memulihkan 'kedaulatan rakyat' daripada apa yang disifatkan kerajaan dan Parlimen yang tidak sah.

“Detik penentuan adalah 9.39 pagi ini. Kamu, penduduk Bangkok, keluar dari rumah pada pagi dan berarak di sepanjang jalan ke destinasi sama - Rumah Kerajaan dan kami tidak akan kembali lagi. 

“Bagi penduduk yang tinggal di wilayah, mereka patut pergi ke dewan perbandaran wilayah. 

“Kita akan kepung Rumah Kerajaan dan semua dewan itu. Kita tidak akan benarkan kerajaan sekarang terus bekerja kerana ia tidak lagi sah,” kata Suthep.

Beliau juga menasihatkan mereka yang tidak mahu menyertai protes supaya tidak keluar rumah kerana menjangka lalu lintas di Bangkok akan terlalu sesak dengan penunjuk perasaan.

"Penunjuk perasaan sudah cukup menunjukkan protes mereka," kata Suthep lagi.

“Saya tidak mahu kamu terus menghadapi masalah. Hari Isnin, 9 Disember akan menjadi hari penentuan bagi kita semua.

“Jika berjuta-juta orang hadir, kita menang, jika tidak kita akan kalah dan setakat itu sajalah bagi saya. Saya akan masuk penjara atas dakwaan memberontak,” katanya.

Suthep berkata, beliau akan mengetuai perarakan ke Rumah Kerajaan.

Beliau tidak mahu sesiapa maut khususnya orang tua dan menuduh kerajaan meluluskan kekerasan ke atas penunjuk perasaan.

“Saya mahu beritahu anda kebenarannya. Tidak kira berapa banyak stamina kita ada, kita mungkin cedera atau mati jika sokongan tidak mencukupi,” katanya. - AGENSI

3 comments :

Anonymous said...

Terbukti Rakyat Thai amat benci isu Singtel..(Singapork)..Kalau jepun NTT ambil alih rasanya tiada masalah..

Jgn tamah la singapore

Anonymous said...

马华公会鹅唛區会主席叶金福律师与马华公会鹅唛區会叶君瀚青年圑長, 不但无耻的利用KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.宗教之名捞取权和私利之外, 叧一大罪悪是, 他们仗着权势, 甜言蜜語, 誘骗良家少女, 骗财骗色, 三妻四妾, 破坏别人的家庭. 父子两人, 无悪不做, 实是大色狼, 大老千,缺德的败娄.


今天我把实事公告大家, 是希望公众, 特别是良家少女, 要多多小心, 提防这一娄假面具的佛教徒, 以免一失足成千古恨.

Anonymous said...

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati,

Dengan hormatnya sini, Kami ingin memaklumkan bahawa YIP KUM FOOK(YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) dan anaknya YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat : NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

Harap semua rakyat Malaysia mengambil perhatian dan jauhkan orang yang tersebut kerana jangan terkena tipu

Mereka sangat jahat dan hatinya hitam(kejam), sanggup menipu wang wanita, merosak keluarga orang lain dan sendirinya memakan wang Temple, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, dan berpura-pura merepot ke polis resit hilang.........harap perhatian

Sekian dimaklumkan,
Terima Kasih

SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.