Monday, December 9, 2013

#Nasional: 13 komando hilang ditemui selamat

pilihanraya kini     2:30 PM    


Kesemua 13 anggota komando dari Kem Tentera Sungai Udang di sini, yang dilaporkan hilang selepas bot mereka dipukul ribut di perairan Selat Melaka berdekatan Dataran 1Malaysia Klebang di sini malam semalam, telah ditemui semula.

Kesemua komando itu ditemui orang awam kira-kira pukul 1.19 awal pagi ini dan dibawa ke Hospital Kem Terendak dekat sini untuk mendapatkan rawatan.

Sebelum ini sebanyak 13 anggota komando dari Kem Tentera Sungai Udang di sini dilaporkan hilang selepas bot mereka dipukul ribut di perairan Selat Melaka berdekatan Dataran 1Malaysia Klebang.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam ketika anggota pasukan khas itu menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka di perairan tersebut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Sallehuddin Abd. Rahman berkata, kesemua 13 mangsa yang berada dalam bot berkenaan terdiri daripada dua jurulatih dan 11 anggota komando.

Menurutnya, mereka yang hilang sebelum itu bersama anggota komando yang menaiki empat bot lain sedang menjalani latihan mendayung dari Kem Sungai Udang menuju ke Pulau Nangka yang terletak berhampiran Pulau Besar.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.