Tuesday, December 10, 2013

#Nasional: Hishamuddin ambil keputusan berhenti merokok

pilihanraya kini     11:30 AM    


DatukSeri Hishamuddin Husssein kelihatan ceria buat pertama kali melangkah keluar dari wad sebuah hospital swasta di Jalan Ampang Kuala Lumpur setelah menjalani rawatan kerana ateri sempit.

Beliau meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk mengambil angin, minum kopi dan berbual di kafe hospital itu dengan ditemani isteri Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah dan anak kedua mereka, Faris, 22, dan anak bongsu Fahd, 15..

"Ini merupakan kopi pertama saya selepas dimasukkan ke hospital ini sejak Isnin lalu," katanya.

Katanya pada wartawan di situ beliau menjelaskan beliau dijangka keluar dari hospital esok Isnin dan doktor telah memberitahu bahawa jantungnya akan mengambil masa untuk kembali pulih.

Katanya beliau berazam untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat selepas ini termasuk berhenti merokok.

"Saya sedih terpaksa melalui situasi seperti ini untuk berhenti merokok buat selama-lamanya," jelas beliau.

Beliau berkata beliau tidak sabar untuk pulang dan menunggu kelahiran cucu pertamanya yang bakal dilahirkan anak sulungnya Nasya Alyssa pada bila-bila masa.

Naib Presiden UMNO itu melahirkan rasa sedih dan sayu apabila buat pertama kali beliau tidak dapat menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu.

Beliau berkata ini kerana sejak zaman kanak-kanak lagi beliau tidak pernah terlepas mengikuti kemeriahan dan kehangatan suasana perhimpunan apabila sering menemani ayahanda beliau Allahyarham Tun Hussein Onn.

"Tahun ini pertama kali sepanjang hidup saya, saya tidak dapat menghadiri Perhimpunan Agung UMNO. Perasaan saya sedih dan sayu, namun kata-kata semangat daripada semua menjadi pengubat hati saya.

"Saya mengikuti perkembangan perhimpunan melalui media sosial dan teman-teman yang melawat yang menceritakan mengenai gelagat para pembahas," katanya.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.