Tuesday, December 10, 2013

#Nasional" Kerajaan perlu serius banteras rasuah - Anwar

pilihanraya kini     11:29 AM    


Kerajaan digesa untuk melipatgandakan usaha dalam membanteras rasuah di semua peringkat, demikian menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujar beliau gesaan ini dibuat ekoran Malaysia hanya mampu mencapai tempat ke-53 daripada 177 negara dalam Index Persepsi Rasuah Dunia 2013 berbanding Singapura pada tangga ke-5 dan Brunei (ke-38).

Sekaligus katanya laporan itu membuktikan permasalahan rasuah dilihat berterusan walaupun pelbagai program transformasi politik dan ekonomi dilakukan.

Anwar turut menyelar ketiadaan tekad politik dan kesungguhan kerajaan untuk memerangi gejala rasuah secara bersungguh-sungguh menyebabkan ia masih tidak dapat ditangani sehingga kini.

"Korupsi dan rasuah yang membarah di Malaysia menyebabkan pelbagai ketirisan dan pembaziran dalam kewangan kerajaan seperti yang dibangkitkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara.

"Hasil ketirisan itu mengurangkan pendapatan negara yang akhirnya menyebabkan pertambahan bebanan hidup rakyat melalui pengurangan subsidi bahan keperluan asas seperti gula, elektrik, petrol dan cukai kepada rakyat seperti GST yang bakal dilaksanakan kelak," katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Anti-Rasuah Sedunia hari ini.

"Marilah kita sama-sama melipatgandakan usaha membanteras rasuah yang seharusnya bermula dengan menambah kesedaran individu serta masyarakat awam mengenai bahaya rasuah berterusan melalui pendedahan isu semasa yang berkaitan," katanya.

9 Disember adalah hari Anti-Rasuah Sedunia yang diilhamkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu hasil daripada resolusi 58/4 bertajuk “United Nations Convention against Corruption” atau Konvesyen Pertubuhan Bersatu menentang Rasuah.

3 comments :

Anonymous said...

tu dia...bapak segala rasuah nak bagi nasihat pulak tentang rasuah... macam sial je ko ni aljuburi..!!!

Anonymous said...

Duit 13bilion tu bila nak serah balik? kalau kat abenar dia tak buat, kenapa bapak rasuah tak mahu buat laporan polis tentang akaun pendedahan di parlimen mengenai akaun dia di israel, US, singapore dan lain lagi? SAMAN JANGAN TAK SAMAN......

Anonymous said...

Betui bapa besar rasuah da bagi nasihat,diri sendiri kotor dengan segalanya memang muka macam slamberland aje........

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.